Parti Gerakan Rakyat Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
SEDARWIKI (bincang | sumb.)
gerakan 2020
SEDARWIKI (bincang | sumb.)
Baris 37:
Parti Gerakan Rakyat Malaysia telah ditubuhkan pada 1968. Antara usaha yang dilakukan oleh Parti Gerakan adalah berusaha membentuk sebuah Negara bernama Malaysia diwarnai oleh keharmonian masyarakat majmuk, keadilan sosial, kesaksamaan ekonomi, demokrasi berpolitik dan liberalisme budaya. Gerakan percaya dan yakin dalam penggunaan strategi yang pragmatik dan pendekatan yang bukan berteraskan satu kelompok masyarakat dan bersiap sedia komited kepada niat-niat murni.
 
*=== '''1968 - 1972: TAHUN-TAHUN AWAL''' ===
 
Parti Gerakan Rakyat Malaysia telah dibentuk pada 24 Mac 1968. 6 pengasas parti ini adalah Professor Syed Hussein Alatas dari Universiti Singapura; Dr. David Tan Chee Khoon, Ahli Parlimen Batu, Selangor dan bekas ketua Parti Buruh; Dr. J.B.A. Peter, Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA); Dr. Lim Chong Eu, Ahli Parlimen Tanjung, Pulau Pinang dan bekas Presiden Parti Demokratik Bersatu (UDP); Profesor Wang Gungwu dari Universiti Malaya, dan V. Veerapan, seorang peguam dan bekas pemimpin Parti Buruh.
 
Berikutan daripada kelulusan Pendaftar Pertubuhan pada 25 Mei 1968,sebuah Jawatankuasa Pusat pertama yang terdiri daripada 6 orang Melayu (termasuk dua wanita), 6 orang Cina dan 3 orang India telah ditubuhkan. Jumlah keahlian parti pada masa itu adalah 1,400 orang dengan 43 cawangan yang ditubuhkan di kebanyakan kawasan perbandaran bukan Melayu, dengan Dr. Lim Chong Eu memegang tampuk di Pulau Pinang dan Dr. Tan Chee Khoon di Kuala Lumpur. Sebagai langkah untuk mengekalkan penguasaan parti ke atas kerajaan negeri dan merealisasikan pembangunan yang telah dijanjikan dalam manifesto kempen pilihanraya parti untuk Pulau Pinang,sebuah gabungan kerajaan telah dibentuk bersama dengan Parti Perikatan pada 13 Februari 1972.
 
*=== '''1973 - 1979: PENGUKUHAN DAN PERTUMBUHAN''' ===
 
Persidangan Perwakilan Nasional 1973 telah ditundakan kepada Mac 1974 kerana menunggu pengumuman mengenai perkembangan penting dalam parti. Pada 19 Disember 1973, Pemangku Presiden Dr. Lim Chong Eu telah mengumumkan bahawa Dr. Lim Keng Yaik, Paul Leong Khee Seong, Alex Lee Yu Lung, Dr. Tan Teong Hong, Soong Siew Hoong dan ribuan reformis yang juga bekas ahli MCA telah menyertai Gerakan. Akibat dari penyertaan besar-besaran itu, di antara tahun 1974 dan tahun 1975, sejumlah 71 cawangan baru dan 39 bahagian baru telah ditubuhkan di sekitar Pantai Barat Semenanjung Malaysia terutama sekali Perak, Negeri Sembilan dan Selangor dan diserapkan dalam struktur parti.
 
Baris 116 ⟶ 114:
Pada 9 Mei 2018, pilihanraya umum ke-14 telah memberi tamparan yang hebat kepada Gerakan dan Barisan Nasional secara umum. Gerakan kalah semua 11 kerusi Parlimen dan 31 kerusi Negeri yang ditandingi. Di Pulau Pinang, Gerakan telah gagal memenangi sebarang kerusi dalam 3 pilihanraya. Ini juga kali pertama Barisan Nasional hilang kuasa dan gagal menubuhkan kerajaan selepas 60 tahun. Rakyat Malaysia membuka lembaran baharu dalam sejarah negara di mana Pakatan Harapan yang dipimpin oleh Tun Dr. Mahathir menubuhkan Kerajaan Baharu, dan secara rasminya membuka laluan kepada ‘2 party system’ di peringkat pusat. Gerakan sebagai sebuah parti yang berprinsipkan ‘people’s first’ menerima keputusan pengundi dan sedia menerima mesej yang ingin disampaikan oleh rakyat secara terbuka.
 
* '''2018 – 2020: TITIK PERMULAAN YANG BARU'''<br /> <br />Kekalahan Barisan Nasional di PRU14 jelas menunjukkan bahawa rakyat menolak pemerintahan BN. Oleh itu, pada 23 Jun 2018, kepimpinan Gerakan di bawah Sdr Mah Siew Keong telah membuat keputusan untuk meninggalkan Barisan Nasional dan membuat pendirian untuk mewujudkan blok ketiga secara bebas. Pada 16 September 2018, Sdr Mah Siew Keong telah mengumumkan perletakan jawatannya sebagai presiden parti ketika Persidangan Perwakilan Gerakan Negeri Sembilan yang ke-43. Pilihanraya parti yang diadakan pada bulan November 2018 telah menyaksikan lebih banyak orang muda mengambil bahagian, jelas menunjukkan komitmen untuk membina semula Gerakan. Lantaran itu, pada 17 November 2018, Sdr Dr. Dominic Lau Hoe Chai telah dilantik sebagai presiden nasional yang ke-6 dan beliau berjanji untuk membina semula Gerakan dan mewujudkan kuasa ketiga yang bebas dalam politik Malaysia di bawah pucuk kepimpinannya. Pada Mac 2019, Parti Gerakan Rakyat Malaysia menyambut ulang tahun penubuhan yang ke-51 yang bertemakan ‘Menghidupkan Semula Gerakan, Belayar ke Arah yang Baru’ (‘Revitalize Gerakan, Sail Anew’). Pelbagai program telah dianjurkan di peringkat negeri dan pusat yang menekankan halatuju, pembaharuan dan pergerakan kuasa ketiga. Lantaran itu, Sdr Dr. Dominic Lau Hoe Chai berikrar untuk mengembalikan semula kegemilangan parti dan menawan semula negeri Pulau Pinang.
 
Pada 16 November 2019, Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Dr. Md Farid Md Rafik dari Pakatan Harapan (PPBM). Parti Gerakan meletakkan timbalan setiausaha agung Sdri Wendy Subramaniam sebagai calon parti pada PRK itu bagi memberi pilihan alternative kepada pengundi Tanjung Piai. Ini merupakan kali pertama Gerakan bertanding menggunakan logo, bendera, serta nama parti sendiri setelah hampir lima dekad. Inilah julung kalinya, sebagai sebuah parti yang bebas, Gerakan membuat keputusan sendiri untuk bertanding dalam PRK tersebut.