Nabi Ibrahim a.s.: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 51:
===Penghancuran berhala-berhala===
 
Kegagalan Nabi Ibrahim menyedarkan ayahnya bapa saudaranya tidak sedikit pun mempengaruhi ketetapan hatinya dan melemahkan semangatnya untuk berjalan terus memberi penerangan kepada kaumnya. Nabi Ibrahim tidak henti-henti mengajak kaumnya berdialog tentang kepercayaan mereka dan mereka sudah tidak berdaya menyanggah alasan-alasan yang dikemukakan Nabi Ibrahim tentang kebenaran ajarannya dan kebatilan kepercayaan mereka. Tetapi mereka tetap berpegang kepada alasan yang mereka hanya meneruskan apa yang nenek moyang mereka lakukan sejak turun-temurun dan sesekali tidak akan melepaskan kepercayaan yang mereka warisi.
 
Nabi Ibrahim akhirnya merasa tidak bermanfaat lagi untuk berdebat dengan kaumnya yang keras kepala dan tidak mahu menerima keterangan yang dikemukakan oleh beliau. Nabi Ibrahim kemudian merancang akan membuktikan kepada kaumnya dengan perbuatan yang dapat dilihat dengan mata kepala mereka sendiri bahawa berhala-berhala betul-betul tidak berguna bagi mereka.