Perbezaan antara semakan "Kerajaan Aru"

1,006 bait ditambah ,  5 bulan lalu
k
 
== Sejarah ==
 
Penduduk asal Aru dipercayai keturunan dari atau berkaitan dengan suku Karo, yang mendiami Tanah Karo yang lebih jauh di pedalaman. Cadangan ini didasarkan pada etimologi yang nampaknya munasabah bagi nama-nama berbunyi yang sama, antara "Aru", "Haru", dan "Karo".
 
Tapak arkeologi Benteng Putri Hijau, sebuah kubu kuno di dekat Medan, menunjukkan peninggalan beberapa lapisan budaya yang diperkirakan sejak abad ke-12 hingga ke-18. Pembuatan kubu ini sesuai dengan tradisi suku Karo dan suku Batak pada amnya yang membina ''kuta'' atau ''huta'', sebuah pemukiman yang dikelilingi tembok dan ''parik'' (parit), sebagai binaan pertahanan untuk melindungi kampung itu daripada peperangan antar puak yang tidak henti-henti. Artifak yang ditemukan antara lain termasuk alat batu, seramik China, peluru timah dan syiling Aceh. Serpihan lingam yang ditemui di tapak Sukanalu yang lokasinya berdekatan, menunjukkan bahawa penduduk Aru berpegang pada animisme asli maupun Hindu sebelum Islam masuk ke rantau ini.
 
== Rujukan ==
2,244

suntingan