Pentaksiran Tingkatan Tiga: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
k Bahasa Tamil bukan Bahasa India
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Kemaskini
Baris 1:
'''Pentaksiran Tingkatan Tiga'''&nbsp;([[tulisan Jawi|Jawi]]:''' ڤنتکسيرن&nbsp;تيڠکتن&nbsp;تيݢ '''), atau diperkenalkan dengan nama singkatannya '''PT3''', merupakan sebuah pentaksiran sumatif untuk menilai pencapaian akademik murid pada peringkat menengah rendah di Malaysia.<ref>http://didikmalaysia.com.my/bm/?page_id=527</ref> PT3 ialah sebuah penilaian yang digunakan untuk menggantikan [[Penilaian Menengah Rendah]] yang telah dijalankan sejak tahun 1993. Pentaksiran ini mencakupi skop sukatan pelajaran dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 berdasarkan matlamat, objektif dan kandungan mata pelajaran berkenaan. Namun, Pentaksiran Tingkatan Tiga diumumkan dalam keadaan yang agak tergesa, iaitu dalam tempoh beberapa bulan sebelum pentaksiran itu dijalankan buat pertama kalinya pada tahun 2014 bermula bulan Julai sehingga bulan Oktober pada tahun yang sama.{{Rujukan diperlukan}} Pada tahun 2017, bermulanya silibus baru bagi kumpulan murid 2004 dimana terdapat beberapa silibus tingkatan 3,4,5, yang telah diawalkan dan menjadikan silibus semakin sukar.
 
Terdapat empat ujian yang hendak dilakukan oleh calon-calon iaitu '''kerja khusus''' untuk mata pelajaran ''Geografi, Sejarah'', Reka Bentuk Teknologi dan Asas Sains Komputer, ujian '''lisan bertutur dan ujian mendengar''' untukbagi ''Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu'', serta ujian bertulis untuk mata pelajaran selanjutnya.
Pengumuman keputusan Peperiksaan PT3 2019 akan diumumkan pada Disember 13 2019 Setiap calon PT3 2019 boleh mendapatkan keputusan PT3 di sekolah masing-masing bermula pukul 10 pagi.
 
==Sejarah==
 
[[Pentaksiran Berasaskan Sekolah]] telah diperkenalkan untuk menyediakan satu set indikator untuk menilai potensi murid dan kesediaan untuk belajar, selain menguji penguasaan dan pencapaian. Namun begitu, ramai guru-guru yang terlibat berasa tidak puas hati terhadap sistem yang dilaksanakan oleh [[Kementerian Pelajaran Malaysia]], KPM. Pelbagai aduan berhubung SPPBS telah disuarakan oleh para guru sejak ia mula dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Ada di antara warga pendidik yang menggunakan kemahiran audiovisual memuat turun klip video berhubung SPPBS di laman YoutubeYouTube. Antara rungutan yang kerap dikemukakan adalah jalur lebar laman KPM yang terhad mengakibatkan sistem SPPBS yang dilaksanakan oleh KPM tersangat perlahan untuk diakses ratusan ribu guru di seluruh Malaysia dalam tempoh yang sama. <ref>http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/23466--warga-guru-bantah-sppbs-di-laman-sosial</ref>
 
Selain itu juga, sebelum Pentaksiran Tingkatan 3 disahkan sebagai pengganti PMR, terdapat beberapa peperiksaan yang dicadangkan oleh kerajaan, seperti '''Pentaksiran Berasaskan Sekolah Menengah Rendah''' (PBSMR) dan '''Penilaian Pentaksiran Menengah Rendah''' (PPMR). <ref>http://www.cikguhailmi.com/2013/12/ppmr-ganti-pmr-bukan-pbsmr.html</ref> Hal ini telah menyebabkan ramai dari kalangan murid, ibu bapa beserta guru berasa keliru terhadap cara penilaian akhir yang akan dilaksanakan.
 
Sehubungan dengan insiden yang berlaku, kerajaan mengakui bahawa [[Pentaksiran Berasaskan Sekolah]] mempunyai pelbagai kelemahan. Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh mengakui wujudnya kelemahan dalam pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang diperkenalkan di sekolah-sekolah pada 2011 telah membebankan golongan pendidik selain daripada tugas mengajar di bilih darjah. Bagaimanapun, beliau memberi jaminan pelaksanaan PBS itu akan ditambah baik dari semasa ke semasa supaya guru tidak tertekan dengan tambahan tugas terbabit menyebabkan mereka hilang minat untuk meneruskan kerjaya terbabit.<ref>http://www.sinarharian.com.my/nasional/kerajaan-akui-kelemahan-bukan-niat-bebankan-guru-1.200617</ref>
Baris 14 ⟶ 13:
Dalam bulan Februari 2014, kerajaan menangguhkan pelaksanaan sistem PBS sehingga ke tarikh yang diberitahu. Kementerian mengambil inisiatif meneliti semula pelaksanaannya agar dapat mengurangkan bebanan tugas guru, dengan memfokuskan kepada rombakan perkara yang melibatkan kekerapan guru memasukkan data termasuk pengisian borang perekodan prestasi murid yang boleh membebankan guru.<ref>http://www.sinarharian.com.my/nasional/guru-tak-perlu-teruskan-pbs-sehingga-diberitahu-1.253840</ref>
 
Akhirnya, pada bulan April, kerajaan mengumumkan pelaksanaan sistem PBS yang baharu dengan penilaian akhir menengah rendah yang bernama Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Menurut [[Tan Sri Muhyiddin Yassin]] selaku [[Timbalan Perdana Menteri Malaysia]] merangkap [[Menteri Pelajaran Malaysia|Menteri Pendidikan I]], Sistem PBS baru yang akan dilaksana bermula 1 April ini akan mengurangkan beban guru sehingga 80 peratus.<ref>http://www.malaysiakini.com/news/257444</ref> Selepas beberapa minggu kemudian, Ujian PT3 yang menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mula mendapat respons positif orang ramai sejak dilaksanakan pada 1 Julai lepas. Menurut Datuk [[Mary Yap Kain Ching]] selaku Timbalan Menteri Pendidikan I, walaupun pada peringkat awal ia membebankan guru dan pelajar, namun setelah dilaksanakan, mereka mendapati ujian berkenaan begitu menyeronokkan dan memberi banyak faedah di mana pelajar lebih cenderung menggunakan internet untuk mencari bahan berbanding hanya menggunakan buku teks sebagai rujukan seperti sebelum ini.<ref>http://www.sinarharian.com.my/nasional/ujian-pt3-dapat-respons-positif-orang-ramai-1.298343</ref>
 
Berdasarkan PT3, pelajar Tingkatan 3 akan dinilai berdasarkan 4empat jenis penilaian merangkumi keputusan keseluruhan, penghuraian keputusan mata pelajaran, laporan pentadbiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum serta laporan psikometrik berkaitan minat dan kecenderungan seseorang.<ref>http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0622&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_17.htm</ref>
 
Pada 2020, pihak KPM telah membatalkan pelaksanaan PT3 serta [[Ujian Pencapaian Sekolah Rendah]] berikutan [[pandemik COVID-19 di Malaysia]], dan sistem penilaian baharu akan menggantikan pentaksiran yang dibatalkan.<ref>{{Cite web|url=https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1832182|title=UPSR dan PT3 bagi tahun 2020 dibatalkan|last=|first=|date=15 April 2020|website=Bernama|url-status=live|archive-url=|archive-date=|access-date=15 April 2020}}</ref>
 
== Gred penilaian ==