Perisytiharan Kaherah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
KLITE789 (bincang | sumb.)
KLITE789 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
 
Baris 2:
 
Perisytiharan ini merupakan kesinambungan hasil idea [[Piagam Atlantik]] 1941 keluaran [[Pihak Berikat|Pihak Berikat dalam Perang Dunia Kedua]] yang menetapkan matlamat bagi perintah pasca-perang perintah tersebut. Suatu kenyataan berkaitan perisytiharan ini (''Cairo Communiqué'') disiarkan melalui radio pada 1 Oktober 1943.<ref name="cairo_communique">{{Cite news|url=http://www.ndl.go.jp/constitution/e/shiryo/01/002_46shoshi.html|title=Cairo Communiquè, December 1, 1943|date=1 Disember 1943|publisher=Perpustakaan Diet Negara Jepun}}</ref>
 
==Teks==
<blockquote>
"Beberapa misi ketenteraan telah mencapai kata sepakat mengenai operasi-operasi ketenteraan menentang Jepun pada masa akan datang. Ketiga-tiga Sekutu Besar (''The Three Great Allies'', iaitu Amerika Syarikat, Britain dan China) telah mengungkapkan azam mereka untuk mengenakan desakan tidak henti-henti terhadap musuh kejam mereka melalui laut, daratan dan udara. Desakan ini sudah pun semakin bertambah."
 
"Tiga Sekutu Besar sedang berjuang dalam perang ini untuk membendung dan menghukum pelanggaran Jepun. Mereka tidak memburu laba mahupun berniat untuk memperluas wilayah taklukan. Tujuan mereka adalah untuk melucutkan hak Jepun ke atas semua pulau di Pasifik yang dirampas atau didudukinya sejak bermulanya Perang Dunia Pertama pada 1914, dan memulangkan semua wilayah yang dirampas oleh Jepun dari China seperti [[Manchuria]], Formosa ([[Taiwan]]) dan Pescadores ([[Penghu]]) kepada Republik China. Jepun juga akan diusir dari semua wilayah lain yang dirampasnya secara keganasan dan ketamakan. Ketiga-tiga kuasa besar tersebut yang mengenang penghambaan rakyat Korea telah berazam untuk memastikan bangsa Korea akan menjadi bebas dan merdeka apabila tiba masanya."
 
"Atas matlamat-matlamat inilah Ketiga-tiga Sekutu, seiringan dengan matlamat-matlamat Bangsa-Bangsa Bersatu yang memerangi Jepun, akan terus bersungguh-sungguh untuk mengusahakan operasi-operasi berat dan berpanjangan yang perlu untuk memperoleh penyerahan kalah Jepun tanpa syarat."<ref>[http://www.ndl.go.jp/constitution/e/shiryo/01/002_46/002_46tx.html Text of Cairo Declaration, Government of Japan website]</ref>
</blockquote>
 
== Rujukan ==