Cili padi: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
CyberTPBOT (bincang | sumb.)
k pengemasan, replaced: masaalah → masalah (3)
Baris 20:
== Ciri-ciri botani ==
[[Fail:YosriLadaTungeng1.jpg|thumb|200px|Buah cili padi tumbuh menegak ke atas.]]
Tumbuhan renek saka sederhana besar boleh mencapai ketinggian 0.5-25–2 m. Batang bercabang banyak, dahannya berbuku-buku, batang tua separa berkayu, liat. Daun tunggal, sederhana besar, bertangkai sederhana panjang, susunan berselingan, berbentuk bujur telur dengan hujung meruncing, berwarna hijau muda. Bunga tunggal, sederhana besar, putih, berbentuk bintang keluar dari celah ketiak daun. Buah panjang menirus, berwarna hijau ketika muda dan bertukar merah apabila masak, bersaiz kecil, buah menghala ke atas, tangkai buah berwarna coklat, mengandungi banyak biji. biji kecil, berwarna coklat setelah matang.
 
== Varieti ==
Baris 39:
 
=== Kerinting daun ===
Penyakit Kerinting Daun yang disebabkan oleh Virus Tristeza merupakan satu lagi masaalahmasalah dalam penanaman cili padi dan sentiasa menjadi 'Kegusaran' kepada penanam cili padi. Pemerhatian petani mendapati apabila telah mula berlaku serangan kerinting daun pada satu dahan atau pokok ianya akan cepat merebak kepada pokok lain dengan cepat jika tidak dikawal dengan segera. Tanda serangan apabila dilihat daun muda yang aktif mula kerinting atau berkerekot atau bergulong dan kadang-kadang kekuningan sedikit bermula pada satu dahan dan akan membiak kekawasan lain. Akibatnya pokok tidak dapat menjalankan fotosintesis dengan cekap dan pengeluaran bunga akan terganggu atau tidak berbunga langsung. Lazimnya tunas-tunas baru tudak akan keluar dan jika ada buah pun saiznya sangat kecil (macam cili mini). Belum ada kajian terperinci bagaimana punca serangan tetapi serangga seperti koya, semut, aphids dan sebagaimya mungkin menjadi agen merebaknya penyakit ini selain daripada petani sendiri yang kurang menjalankan sanitasi. Kawalan dengan racun kimia hampir tiada langsung dan adalah disyorkan agar dahan pada pokok diserang dipotong dan dibakar atau jika serangan yang sangat teruk maka pokok dalam kebun tersebut dicabut dan dibakar. Kalau banyak pokok dalam kebun telah banyak diserang lebih balik musnahkan semua dan tanam baru.
[[Fail:Green chilli padi in Singapore.png|thumb|Cili padi di Singapura]]
=== Bintik daun ===
Baris 45:
 
== Perosak ==
Antara perosak tanaman cili padi adalah Hamama Merah, Kutu Daun dan Aphids serta Koya. Serangga ini merupakan agen untuk peyebaran pathogen pembawa penyakit sama ada kulat, bakteria atau virus. Koya yang tinggal di bawah daun yang telah berkerekot akan menghasilkan cecair manisan (secretion) yang akan menyebabkan semut suka akan manisan tersebut dan menghisapnya, berlendir dan memnyebabkan akan wujudnya kulat Jelaga Hitam. Koya juga mampu bergerak keseluruhan pokok cili padi dimana ini menyebabkan kadar serangan penyakit cepat merebak. Bagi mengawal masaalahmasalah kutu daun boleh digunakan semburan racun kimia seperti chlorpyrifos imidachlorpid mengikut arahan pada label. Serangan Hamana Merah boleh dikawal dengan semburan racun Malathion atau Dichlofol.
 
== Cabaran di Malaysia ==
Kini penanaman cili padi telah wujud dengan ada petani yang menanam secara komersil. Walaupun begitu Malaysia masih mengimport beratus metrik tan cili api Siam dari Thailand setiap tahun melalui Padang Besar, Bukit Kayu Hitam dan di Golok atau Pengkalan Kubur. Kenapa petani di Malaysia tidak mampu menghasilkan cili padi yng mencukupi untuk penduduk tempatan? Salah satu sebabnya adalah masaalahmasalah serangan penyakit cili padi tempatan yang sukar diatasi sama ada kawalan kimia, IPM atau kaedah lain.
 
Penanaman cili padi di Malaysia banyak cabarannya untuk mendapatkan hasil yang konsisten keuntungannya kerana jika tidak dijaga dengan baik, pokok cili api mudah diserang musuh dan juga penyakit. Pokok cili padi di Malaysia tidak banyak pilihan varieti untuk dipilih bagi tujuan pengeluaran komersil walau telah ada beberapa jenis baru seperti Cili Bangi dan Cili Padi Semerah yang lama dipromosikan. Penerimaan kalangan petani terhadap kedua-dua jenis cili ini masih perlahan dan petani masih memilih cili padi tempatan walau pun hasilnya rendah dan mudah diserang penyakit tetapi memberikan harga yang tinggi. Kini telah ramai petani yang memilih cili api centil (didakwa sebagai cili api import) yang memberikan hasil lebih tinggi dan mudah diuruskan terutama dalam sistem fertigasi.