Serban: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
CyberTPBOT (bincang | sumb.)
k pengemasan, replaced: masaalah → masalah
Baris 7:
 
== Perspektif Islam ==
Menutup kepala bagi lelaki hukumnya sunat, tapi tak boleh ketika dalam ihram. Salah satu cara menutup kepala adalah dengan memakai ''serban'' bagi kaum lelaki, yang juga merupakan pakaian Sunnah yg khusus. <ref>[http://www.inter-islam.org/hadeeth/st16.htm CHAPTER ON THE TURBAN OF SAYYIDINA RASOOLULLAH SALLALLAHU ALAIHE WASALLAM]</ref> Pemakaian serban itu adalah ''dengan cara melilitkan serban pada "[[kopiah]]". Tidak dinafikan masyarakat Arab memakai serban termasuk musyrikin Quraisy dan kabilah2 Arab yg lain. Tapi Nabi saw membezakan cara lilitannya sebagaimana ahli Hadis meriwayatkan baginda mengajar Sayyidina Ali cara memakai dan membuat lilitan serban sebelum mengutus menantunya itu ke Khaibar dlm ekspedisi dakwah. (al Mubarakfuri, Tuhfah al Ahwazi, Jld 5, ms 336 dari Imam atTabarani, dihasankan oleh Imam as Suyuti)
 
Pada zaman Rasullulah; akhlak, cara makan minum, pergaulan dan pakaiannya menjadi ikutan para sahabat-sahabat, sahabat kepada sahabat atau lebih jelas dari tabi'in-tabi'in, hingga ke hari ini.
 
Riwayat mengenai serban yakni warna, panjang/saiz terdapat dalam ''Syama'il Tarmidhi'' atau kitab2 lain seperti yang telah dikeluarkan di Malaysia, yang salah satu daripadanya ditulis oleh Mufti E.Bemat.
 
Berdasarkan kisah-kisah Nabi Muhammad, memang ada mengisahkan Nabi memakai serban. Antaranya ketika Nabi Muhammad pulang ke rumah dan mengetuk pintu memberi salam sebanyak 3 kali, tetapi isteri baginda iaitu Aisyah tidak menjawab salam, lalu baginda tidur diluar rumah dengan berbantalkan serbannya. Keesokan hari Aisyah terkejut dengan Rasulullah yang tidur di luar rumah..
 
Kisah lain, ada seekor [[kucing]] tidur di atas serban Rasulullah tetapi Nabi tak rentap serban itu kerana tidak mahu mengganggu kucing yang sedang tidur itu. Malah baginda memotong serbannya itu.
 
Mereka yang melarang atau menghalang seseorang itu daripada mengamalkan sesuatu sunnah Rasullullah SAW, seperti memakai serban itu dengan rela hatinya, tanpa apa-apa tekanan, ancaman atau paksaan, bolehlah dianggap sebagai membencinya. Dan dalam satu hadis, Rasullullah menyingkirkan mereka yang membenci sunnahnya daripada golongan yang mengikuti Rasullullah dengan perkataan ".. maka bukanlah ia dari golonganKu."
Baris 24:
 
== Penggunaan serban di Malaysia ==
Di [[Malaysia]], murid Islam di sekolah kerajaan adalah dilarang memakai serban. Pada November 23, 2004 Hakim mahkamah rayuan, Gopal Sri Ram, mengesahkan keputusan guru besar Fatimah Sihi<ref>[http://www.malaysianbar.org.my/selected_judgements/the_serban_case_full_judgment_delivered_by_datuk_abdul_hamid_mohamad_fcj.html The Serban Case: Full Judgment delivered by Datuk Abdul Hamid Mohamad FCJ]</ref>, yang menyingkirkan tiga murid Sekolah Kebangsaan Felda Serting di [[Negeri Sembilan]] pada 10 November 1997 kerana memakai serban. Mereka berusia antara 10 - 13 tahun. Mahkamah memutuskan bahawa ia merupakan masaalahmasalah displin murid enggan mengikuti peraturan sekolah. [http://www.abc.net.au/news/stories/2004/11/23/1250039.htm ]
[http://politics101malaysia.blogsome.com/2006/07/12/islam-much-more-than-turban-and-goatee/ ] [http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Saturday/Minda/20060722101459/Article/indexs_html ]
 
Baris 36:
Kain serban yang dipakai sepanjang 5 meter. Di Amerika Syarikat, Kanada , Eropah dan lain-lain, mereka yang memakai serban dianggap sebagai penganut agama Sikh. Serban di kalangan penganut Sikh amat berkait dengan kepercayaan dan wajib dipakai .
 
Penganut Sikh dilarang memotong rambut dan memakai serban agama rambut yang panjang mudah diurus. Tetapi orang prempuan tidak perlu memakai serban.
 
Di Rajasthan, India ada banyak gaya memakai serban . Setiap 15 &nbsp;km perjalanan, anda akan dapati bentuk serban yang berbeza.
* Pada 27 Ogos 2007, pihak pentadbir keselamatan lapangan terbang di [[Amerika Syarikat]] (TSA) mengenakan peraturan pemeriksaan menyeluruh dan terpeinci ke atas serban atau penutup kepala penganut agama Sikh biarpun sudah melepasi [[mesin imbasan]] pengesan besi. Dasar ini berkuatkuasa sejak 4 Ogos 2007 . Semua anggota keselamatan di 450 [[lapangan terbang]] dan [[stesen kereta api]], [[pelabuhan]] dan [[sistem transit aliran ringan]] akan melaksanakan semua prosedur yang ditetapkan.
 
Baris 52:
* http://www.jhonly4jc.blogspot.com
* [http://ustazmelaka.net/forum/index.php?topic=371.0 SERBAN, KOPIAH DAN SONGKOH: MANA YANG SUNNAH DAN LEBIH SUNNAH.]
 
 
[[Kategori:Islam]]
[[Kategori:Agama Sikh]]
[[Kategori:Kristen]]
 
[[pa:ਪਗੜੀ]]