Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Aghni (bincang | sumb.)
Balai Ibadat Kampong Sengkarai Tutong.
CyberTPBOT (bincang | sumb.)
k →‎Balai Ibadat Kampong Sengkarai Tutong.: pengemasan, replaced: masaalah → masalah
Baris 44:
Tahun 1980, derma telah dijalankan dan mendapat sambutan yang baik. Hampir satu tahun iaitu bulan Mac 1981, Balai Ibadat ini telah mula dibina dan selesai pembinaannya pada bulan Jun pada tahun yang sama, dan digunakan pada tahun itu juga. Perbelanjaan dianggarkan berjumlah sebanyak $28,000.00 dengan keluasan tanah seluas ¼ ekar. Tanah ini adalah digunakan secara Tanah Tumpang Sementara(TOL). Sekarang telah diambil alih oleh Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam. Keluasan Balai Ibadat ini pada asalnya ialah 40 kaki X 45 kaki.
 
Memandangkan para jemaah dari sehari ke sehari semakin bertambah dan keluasan yang ada sudah tidak boleh menampung jemaah terutamanya apabila Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha, maka timbul pemikiran untuk menambah keluasannya bagi menampung ramai jemaah. Maka jawatankuasa ta'mir Balai Ibadat ini telah meminta kepada Jabatan Hal Ehwal Syariah (Sebelum Jabatan Hal Ehwal Masjid) untuk menambah besar seluas 40 kaki X 30 kaki. Akhirnya Jabatan Hal Ehwal Syariah meluluskan untuk membuat tambahan tersebut pada tahun 1987. Memandangkan juga masaalahmasalah dapur untuk mengadakan majlis-majlis dan tandas, maka ahli-ahli jawatankuasa ta'mir memikirkan, perlunya ada bangunan dapor dan tandas yang baru. Maka Jabatan Hal Ehwal Syariah sekali lagi meluluskan perbelanjaan bagi pembinaan dapur dan tandas yang baru ini pada tahun 1991 dan sehingga hari ini ianya masih digunakan. Pada tahun 1992 atap yang lama telah diganti dengan atap yang baru yang mana perbelanjaannya juga diberi oleh Jabatan Hal Ehwal Syariah.