TV Pendidikan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kemaskini.
Tiada ringkasan suntingan
Baris 26:
Pada Oktober 2018, Menteri Pendidikan [[Maszlee Malik]] mengumumkan bahawa TV Pendidikan akan dilancarkan semula selepas sekian lama tidak bersiaran.<ref>Noel Achariam (16 October 2018). [https://www.themalaysianinsight.com/s/104149 Education Ministry is looking to bring back TV Pendidikan] ''The Malaysian Insight''. Retrieved on 13 November 2018.</ref><ref>Asmah Rusman (17 October 2018). [https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/10/387122/wujud-semula-televisyen-pendidikan-metrotv Wujud semula televisyen pendidikan] ''[[Harian Metro]]''. Retrieved on November 13, 2018.</ref>
 
TV Pendidikan dilancarkan semula pada 6 April 2020 selepas hampir 12 tahun dan mula bersiaran di [[TV1]], [[TV2]] dan [[TV Okey]], salah satu saluran [[Radio Televisyen Malaysia]].<ref>Syaherah Mustafa (6 April 2020). [https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/673682/kandungan-hari-pertama-tv-pendidikan-dapat-pujian Kandungan hari pertama TV Pendidikan dapat pujian] ''[[Berita Harian]]'' (6 April 2020). Dicapai pada 14 April 2020.</ref> Rangkaian ini membuat kemunculan semula di RTM selepas dua dekad sejak kali terakhir bersiaran pada 1999.<ref>Kirat Kaur (4 April 2020). [https://www.therakyatpost.com/2020/04/04/tv-learning-channel-launched-for-students-who-cant-access-internet-during-mco/ TV learning channel launched for students who can’t access Internet during MCO] ''[[The Rakyat Post]]''. Retrieved on 14 April 2020.</ref>
 
== Sejarah ==
TV Pendidikan telah dilancarkan rasminya pada 19 Jun 1972 oleh [[Perdana Menteri Malaysia]] Kedua, [[Tun Abdul Razak]].<ref>[http://www.pnm.gov.my/yangpertama/Kom_Tvdidik.htm Perkhidmatan TV Pendidikan yang pertama di Malaysia] Perpustakaan Negara Malaysia. Retrieved on November 13, 2014.</ref> Ia diperluaskan ke [[Sabah]] dan [[Sarawak]] pada 30 Ogos 1976. Pada April 1998, Menteri Penerangan ketika itu, Datuk Seri [[Mohamed Rahmat]] (kini Allahyarham) mengumumkan penswastaan TV Pendidikan.<ref>{{cite news|url=http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0412&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=hn_07.htm|title=TV Pendidikan akan diswastakan|publisher=[[Utusan Malaysia]]|date=12 April 1998|accessdate=10 Ogos 2010}}</ref> Bagaimanapun, rancangan untuk penswastaan tidak dilaksanakan kerana TV Pendidikan masih dimiliki oleh Kerajaan.
 
Sebelum ia bersepadu dengan TV9, TV Pendidikan telah bersiaran di [[Astro]] saluran 13 dan kedua-dua stesen televisyen terrestrial Malaysia [[TV1]], [[TV2]] dan [[TV2TV Okey]]. Sejak TV Pendidikan bersiaran hanya pada setengah hari, masa siaran lain telah diambil alih oleh Astro pada 17 Januari 2000. Oleh kerana Astro tidak membaharui kontrak dengan TV Pendidikan pada 31 Disember 2006, Saluran 13 yang menyiarkan TV Pendidikan kini ditukar dengan [[NHK World]] yang kemudiannya dipindahkan ke saluran 963 dan sekarang saluran 398. TV Pendidikan kembali disiarkan di saluran percuma pada 3 Januari 2007, tetapi disiarkan di saluran swasta, TV9 sehingga ia berakhir pada 31 Disember 2008.
 
== Kandungan ==
===RTM (TV1, TV2 dan TV2TV Okey; 1972-1999, 2020-sekarang)===
TV Pendidikan bersiaran di [[RTM]] [[TV1]] dan RTM [[TV2]] selama 27 tahun, dari 1972 hingga 1999. Pada Mac 1994, siaran awal pagi bermula di TV1 dan TV Pendidikan bersiaran sepenuhnya di TV2 dan [[TV Okey]].
 
TV Pendidikan disiarkan dalam dua sesi iaitu 7:20 pagi hingga 1:00 tengahari, dan sesi keduanya pada 2:00 hingga 5:00 petang.