Perbezaan antara semakan "Senarai Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom ke Tanah Melayu"

k
tiada ringkasan suntingan
k
 
Pada tahun 1896, jawatan '''[[Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri Melayu Bersekutu]]''' telah dicipta; Pesuruhjaya Tinggi itu mewakili Kerajaan British dalam [[Negeri-negeri Melayu Bersekutu]], sebuah persekutuan empat buah [[negeri naungan]] British di Tanah Melayu. Kediaman rasmi Pesuruhjaya Tinggi adalah King's House (kini sebahagian daripada sebuah hotel, [[Carcosa Seri Negara]]), terletak di [[Taman Tasik Perdana]] di [[Kuala Lumpur]], ibu negara Negeri-negeri Melayu Bersekutu. King's House berfungsi sebagai tempat yang penting untuk orang kenamaan diraja dan tetamu kehormat.
 
[[Gabenor Negeri-negeri Selat]] sentiasa menjadi ex-officio Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri Melayu Bersekutu; kediaman rasmi Gabenor adalah di [[Singapura]], ibu negeri Negeri-negeri Selat, dan dikenali sebagai Rumah Kerajaan (kini [[Istana Singapura|Istana]], kediaman rasmi [[Presiden Singapura]]).
44

suntingan