Totalitarianisme: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tofeiku (bincang | sumb.)
k Reverted 1 edit by 118.100.91.21 (talk) to last revision by Kururubot. (TW)
Teg: Buat asal
Baris 6:
 
== Sejarah ==
[[Giovanni Gentile]], [[Ahli falsafah|ahli falsafah]] Itali yang terkenal dengan teori fasismenya telah mula menggunakan istilah ''totalitario'' yang merujuk kepada struktur dan matlamat sebuah negara yang baru. Negara bkanbaru mewukini menyokongakan ideologimewakili rasmi[[Negara bangsa|negara bangsa]] secara total dan memberi bimbingan menyeluruh ke arah matlamat nasional.<ref>Stanley SemasaG. RapatPayne, diFascism: NurembergComparison 1934and Definition (UW Press, 1980), porn. kerajaan73</ref>. NaziBeliau bawahmenggambarkan pimpinantotalitarianisme Adolfsebagai sebuah [[Masyarakat|masyarakat]] di mana ideologi negara Hitlermempunyai telahpengaruh, berjayajika mengumpulkanbukan lebihkuasa, sejutake rakyatatas Jermanrakyatnya.
 
Perkataan ini kerap digunakan oleh [[Benito Mussolini]] bagi rejimnya di [[Itali]]. Menurutnya, sistem ini mempolitikkan segala yang spititual dan kemanusiaan<ref>G. Gentile & B. Mussolini dalam "La dottrina del fascismo" 1932)</ref>. Sewaktu [[Perang Dunia II]], [[Hannah Arendt]] seorang ahli falsafah telah mempopularkan konsep ini untuk menunjukkan persamaan di antara [[Nazisme]] dan [[Stalinisme]] sebagai [[Teori sivik|teori-teori sivik]]. Kebanyakan rejim-rejim fasis dan komunis telah dianggap sebagai totalitarian walaupun sebahagian besar daripadanya seperti rejim [[Francisco Franco|Franco]] di [[Sepanyol]], dan Mussolini di [[Itali]] sebelum [[Perang Dunia II]], dan juga rejim komunis seperti di [[Yugoslavia]] di bawah pimpinan [[Joseph Tito|Tito]] dan China di bawah [[Deng Xiaoping]], adalah lebih bersifat autoritarian berbanding totalitarian.
 
Namun, terdapat beberapa kerajaan yang lalu yang boleh dianggap sebagai totalitarian. Kerajaan [[Joseph Stalin]] di [[Kesatuan Soviet]] dan kerajaan [[Jerman]] di bawah pimpinan [[Adolf Hitler]] adalah beberapa contoh kerajaan yang totalitarian. Kedua-dua kerajaan ini telah bertahan lama dan rakyatnya seolah-olah terperangkap dengan ideologi kerajaannya masing-masing. [[Khmer Rouge]] di bawah kerajaan [[Pol Pot]] yang zalim menunjukkan betapa bahayanya sistem ini kepada masyarakat di mana lebih kurang dua juta rakyat [[Kemboja]] telah dijadikan mangsa penindasan rejim tersebut.
 
== Beberapa andaian dalam sistem totalitarianisme ==
Terdapat hujah yang menyatakan totalitarianisme memerlukan seorang tokoh hebat "pemimpin agung" yang disanjungi sebagai ketua sesuatu regim. Kebanyakan masyarakat totalitarian mempunyai pemimpin seperti model ini - misalnya, [[Adolf Hitler|Hitler]], [[Stalin]], [[Mao Zedong]], [[Benito Mussolini|Mussolini]], [[Pol Pot]], dan [[Kim Il-Sung]]. Oleh yang demikian ramai cendikiawan tidak menganggap era-Brezhnev Soviet dan kebanyakan negara [[Perjanjian Warsaw]] sebagai totalitarian. Namun, apabila kerajaan-kerajaan ini tumbang, sebahagian besar penduduknya dan para intelek di negara tersebut mengatakan pengalaman mereka ketika itu adalah sememangnya totalitarianisme. Oleh itu, pemimpin yang berkarisma tidak semestinya perlu di dalam sistem totalitarianisme.
 
Kebanyakan cendekiawan dalam bidang totalitarianisme seperti Karl Popper, Hannah Arendt, Carl Friedrich, Zbigniew Brzezinski, dan Juan Linz mempunyai pandangan berbeza mengenai totalitarianisme. Namun mereka semua bersetuju terdapat beberapa elemen yang sama dalam kerajaan totalitarian. Antaranya adalah<ref>{{cite web|url=http://www.associatepublisher.com/e/t/to/totalitarianism.htm|title=Totaltarianism|publisher=About,Inc.}}</ref>:
# Percubaan untuk mengerahkan kesemua penduduk negara untuk menyokong ideologi rasmi negara. Semasa Rapat di Nuremberg 1934. kerajaan Nazi bawah pimpinan Adolf Hitler telah berjaya mengumpulkan lebih sejuta rakyat Jerman<ref>{{cite web|url=http://www.historyplace.com/worldwar2/triumph/tr-will.htm|title=Triumph of the Will|publisher=HistoryPlace.Com}}</ref>.
# Sikap tidak toleransi terhadap sebarang aktiviti yang bukan ke arah matlamat negara
# Regim Totalitarian akan mengekalkan kuasa melalui pelbagai cara seperti mewujudkan [[polis rahsia]], [[propaganda]] melalui media yang dikawal kerajaan, menyekat kebebasan bersuara termasuk kritikan, penggunaan pengawasan yang berleluasa atatau ''mass surveillance'' dan menggunakan taktik untuk menakutkan rakyat atau ''terror tactics''.
 
== Senarai Negara Totalitarian ==
 
== Nota dan rujukan ==
{{reflist|2}}
 
{{stub}}