Laut Weddell: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
[[Fail:Antarctic-seas-en.jpg|kiri|thumb|460x460px|Laut Weddell ("Weddell Sea") sebagai sebahagian daripada [[Lautan Selatan]]]]
[[Fail:Antarctica Weddell Sea region relief location map.png|kiri|thumb|Laut Weddell]]
[[Fail:Small_Tabular_Icebergs_(26376305448).jpg|kiri|thumb|]]
'''Laut Weddell''' adalah sebahagian daripada [[Lautan Selatan]] yang mengandungi Gir Weddell. Sempadan tanahnya ditetapkan oleh teluk yang terbentuk dari pantai Tanah Coats dan [[Semenanjung Antartika]]. Titik paling timur adalah Tanjung Norvegia di [[Pantai Puteri Martha]], [[Tanah Permaisuri Maud]]. Ke timur Tanjung tersebut ialah [[Laut Raja Haakon VII]]. Banyak bahagian selatan laut dilitupi lapangan [[pentas ais]] yang besar dan kekal iaitu Pentas Ais Filchner-Ronne (bukan pek ais). Laut ini dikelilingi dua wilayah Antartik tuntutan [[Argentina]] (Argentina Antartika) dan [[United Kingdom|Britain]] ([[Wilayah Antartika British]]) yang bertindih, serta juga separanya dalam wilayah tuntutan [[Chile]] ([[Wilayah Antartika Chile]]). Lebar paling luas laut ini adalah sekitar 2,000 km (1200 batu), dan kawasan ini sekitar 2.8 juta kilometer persegi.<ref>{{Cite web|url=http://www.britannica.com/EBchecked/topic/638688/Weddell-Sea|title=Weddell Sea|publisher=Encyclopædia Britannica|accessdate=Julai 2015}}</ref>