The Godfather: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
kTiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 41:
| gross = USD246–287 juta{{refn|name=Gross|group=N}}
}}
'''''The Godfather''''' ("[[Orang tua baptispembaptis|Si Bapa BaptisPembaptis]]") merupakan sebuah filem drama jenayah Amerika Syarikat tahun 1972 arahan [[Francis Ford Coppola]]. Ia merupakan adaptasi novel berjudul sama karya [[Mario Puzo]] yang mengisahkan perjalanan hidup keluarga Corleone yang berhijrah dari [[Sicilia]], [[Itali]] untuk memulakan hidup baharu di [[Bandar Raya New York]], [[Amerika Syarikat]]; filem ini lebih bertumpukan kepada watak Vito Corleone (lakonan [[Marlon Brando]]), ketua keluarga ini yang turut mengendalikan suatu kumpulan jenayah [[Mafia di Amerika Syarikat|Mafia]] handalan. Filem ini turut dibintangi [[Al Pacino]], [[James Caan]], [[Richard Castellano]], [[Robert Duvall]], [[Sterling Hayden]], [[John Marley]], [[Richard Conte]] dan [[Diane Keaton]].
 
Sejak penayangan filem ini pada 24 Mac 1972, ia disambut meriah atas persembahan dan pembikinannya sehingga banyak menaikkan nama para bintangnya termasuk Coppola dan Pacino; filem ini memenangi kategori-kategori [[Anugerah Akademi untuk Filem Terbaik|Filem Terbaik]], [[Anugerah Akademi untuk Pelakon Lelaki Terbaik|Pelakon Lelaki Terbaik]] serta [[Anugerah Akademi untuk Lakon Layar Adaptasi Terbaik|Lakon Layar Adaptasi Terbaik]] dalam 10 calonan diraih acara [[Anugerah Akademi ke-45]] tahun sama. Ia turut dianggap sebagai antara filem terhebat dihasilkan Amerika Syarikat sepanjang zaman. Ia dipilih [[Pejabat Pendaftaran Filem Kebangsaan]] [[Perpustakaan Kongres Amerika Syarikat]] atas kepentingannya dari segi "budaya, sejarah, atau estetik" pada tahun 1990.
 
== Jalan cerita ==
{{BM}}
[[Don]] Vito Corleone tidak bisa menolak apapun permintaan atau kunjungan tetamu semasa mengadakan perkahwinan untuk anak perempuannya, Connie Corleone dengan seorang kenalan keluarga bernama Carlo Rizzi. Salah satu tetamu ini, Bonaserra, meminta Vito agar "mengajar" seberapa pemuda tidak bertanggung jawab yang memperkosa dan menganiaya anaknya. Beberapa waktu setelah itu, datangnya [[anak baptis]] Vito Johnny Fontane yang memintanya agar menjamin lakonan dalam suatu filem diimpikannya - seorang anak angkat Vito yang juga peguam iaitu Tom Hagen pergi ke [[Los Angeles]] agar mendesak penerbit filem tersebut Jack Woltz. mengekalkan Fontane dalam barisan pelakonnya. Woltz tidak mengendahkan malah mengusir Tom; namun keesokan harinya Woltz terbangun dengan kepala kuda kesayangannya [[Pemenggalan|dipenggal]] atas ribanya, Woltz bertukar fikiran lalu bersetuju mengambil Fontane sebagai bintang utama.