Michael Wong (penyanyi): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
kTiada ringkasan suntingan
Baris 34:
Wong merupakan anak jati kelahiran [[Ipoh]], [[Perak Darul Ridzuan|Perak]], beliau telah memulakan kerjayanya sebagai penyanyi bergandingan bersama Victor Wong. Pasangan penyanyi ini berjaya di [[Taiwan]], akan tetapi kerana menghormati perjanjian bersama, keduanya berpisah pada tahun 2000. Wong telah menghasilkan empat album solo, dan yang ketiga adalah album ''Fairy Tale''<ref name="rr">{{ja icon}} {{cite web |url=http://www.rockrecords.co.jp/asia/michael/history.html |title=Singer-songwriter Michael Wong enjoys huge popularity in China |accessdate=2007-08-11 |date=2007 |work=Rock Records official site }}</ref> yang sungguh terkenal. Lagunya ini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa termasuklah versi Bahasa Melayu yang bernama ''Cinta Arjuna'' yang dinyanyikan oleh [[Aliff Aziz]], penyanyi Singapura. Wong telah menempa kejayaan di [[Republik China di Taiwan|Taiwan]], [[China]], [[Hong Kong]] dan [[Malaysia]].
 
Beliau juga telah membantu sebilangan penyanyi hebat dengan menggubah lagu untuk mereka seperti ''"Courage" (勇氣)'' , asalnya dinyanyikan oleh Fish Leong. Peminat Wong menggelarkan beliau sebagai ''Putera Lagu Cinta ''(情歌王子)''. Beliau amat berminat dalam kerjaya pelakon drama dan filem Cina.
 
==Latar belakang==
Baris 42:
Wong, sebagai seorang Katolik, sering menyertai koir gerejanya di bangku sekolah dan pernah sekali menjadi guru koir di sebuah gereja. Beliau selalu mengikuti persembahan muzikal di sekolahnya, [[Sekolah Menengah Kebangsaan Sam Tet|SMK Sam Tet Ipoh]], dan menulis lagu di sekolah menengah. Selepas berpindah ke [[Kuala Lumpur]] untuk menyambung pelajaran dalam kursus kejuruteraan komputer, minat beliau dalam dunia muzik dan penggubahan muzik mula berputik.
 
=== ''Wu Yin Liang Pin'' (無印良品) ===
Menyertai sebanyak 30 pertandingan menyanyi dalam setahun, beliau dapat merangkul juara banyak kali di mana ini menjadi batu loncatan kepada kariernya sekarang. Kemudian, beliau meneruskan pelajarannya dalam bidang kejuruteraaan audio di Ocean Institute Of Audio Engineering semasa dalam kontraknya bersama Asia Pacific Music sebagai artis rakaman. Selepas graduasi, Micheal menghasilkan album pertamanya bersama kedua kawan kolejnya, Chan dan Tan. Bersama dengan Victor Wong, beliau dan rakan-rakannya telah menghantar album tersebut ke Rock Records di mana pihak Rock Records terus menerima mereka. Mereka membentuk satu kumpulan penyanyi duo yang dikenali di Malaysia sebagai Michael & Victor atau ''Guang Liang Pin Guan'' (光良品冠). Di Taiwan dan China, mereka glamor sebagai ''Wu Yin Liang Pin'' (無印良品).
 
=== Perpisahan ===
Baris 51:
Wong bekerja keras untuk mengkarya lagu-lagu baharu untuk album solo terbaharunya, ''Michael's First Album'' (第一次個人創作專輯; ''Dì Yī Cì Gè Rén Chuàng Zuò Zhuān Jí''). Walaupun syarikat muzik menyatakan bahawa Michael patut menghasilkan album solonya sendiri, namun beliau masih belum yakin akan dirinya. Selepas itu, Wong akhirnya menyahut cabaran tersebut dan berjaya mengorak langkah kejayaan. Wong menghasilkan album keduanya, ''Ray of Light'' (光芒; ''Guāng Máng''), pada November 2002. Album tersebut menjadi hit di Taiwan.
 
=== ''Dongeng'' ===
Selepas mengeluarkan dua album solonya, peminat Wong harus menunggu lagi dua tahun sebelum beliau akhirnya melancarkan album yang amat ditunggu-tunggukan, ''Fairy Tale'' (''Tong Hua'') atau Dongeng dalam Bahasa Melayu. Lagu ini digubah oleh dirinya sendiri. Penat lelah bekerjanya membawa hasil apabila album ini terus mengukir kejayaan dan dikatakan ini merupakan album Wong yang paling laku di pasaran. ''Fairy Tale'' terbukti sebagai rekod single yang terunggul apabila menjadi lagu nombor 1 didengar setelah hanya beberapa hari dikeluarkan pada Januari 2005, menjadikannya berada di carta teratas kaunter muat turun Baidu 500 untuk 15 minggu semasa Asia sedang mengalami "Puting Beliung ''Fairy Tale''". Single ini merupakan lagu Bahasa Cina paling berjaya di abad ke-21. Hingga tahun 2012, lagu ini masih kekal di senarai atas dalam carta karaoke.
 
Baris 60:
Bakat sandiwara Wong semakin menyerlah apabila beliau bersama penyanyi Taiwan [[Richie Jen]], penyanyi Malaysia Ah Niu dan aktor Kantonis terkemuka Sammi Cheng menghasilkan sebuah filem [[Summer Holiday (filem)|Summer Holiday]] pada tahun 2000. [[Pulau Redang]], [[Terengganu]] menjadi set penggambaran bagi filem tersebut. Di samping itu, Wong telah berlakon dalam berberapa siri drama TV di Taiwan, seperti ''White Romance'', ''Wintry Night 2'' di mana beliau bertutur dialek natifnya, Hakka, dan banyak lagi. Selain itu juga, Wong telah berlakon dalam filem komedi BTS yang diarahkan oleh pengarah filem Taiwan Su Chaopin. Tidak ketinggalan, minat beliau dengan pentas muzikal juga terserlah apabila Wong menyertai drama muzikal Taiwan, ''Mr. Wing'', pada Ogos 2005.
 
=== ''Komitmen'' ===
Beliau mengeluarkan album keempatnya berjudul 《約定》(Yue Ding / ''Commitment'') atau Komitmen dalam Bahasa Melayu, di mana 1.5 juta naskhah dijual kurang dari sebulan. Hal ini merupakan koleksi terbaik hasil kerja kerasnya. Terdapat sejumlah 17 trek dalam album ini. Tiga lagu baharu yang direka sendiri bertajuk 《約定》("Commitment"), 《都是你》(Dou Shi Ni / "It's You") dan 《擁抱我》(Yong Bao Wo / "Embrace Me"). Beliau juga memuatkan lagu-lagu yang beliau telah tulis atau nyanyi semasa beliau bergandingan bersama Victor. Peminatnya berkembang dengan luar biasa dan beliau menerima populariti seluruh dunia. Beliau berjaya merangkul pelbagai anugerah dari Malaysia, Hong Kong, Taiwan dan China.
 
Baris 73:
Konsert keduanya berjudul "Michael's Commitment Concert Malaysia 2006" diadakan di [[Arena Axiata|Stadium Putra]] (kini Axiata Arena) di [[Bukit Jalil]], Kuala Lumpur. Di sebabkan respons yang sungguh memberangsangkan, Wong bersetuju untuk membuat konsertnya sebanyak dua malam. Wong berbesar hati kerana peminatnya sungguh hebat dan berharap kedua-dua konsert ini dapat memperkenalkan tanah airnya, Malaysia, kepada peminat dari negara lain, sambil memainkan peranan sebagai duta Tourism Malaysia. Kedua-dua konsert tersebut menjanjikan malam yang amat istimewa apatah lagi apabila peminat dapat menikmati alunan lagu cinta swakarya Wong.
 
Wong menghasilkan sebuah kompilasi berjudul ''Michael 1996–2006 the greatest hits'' pada 16 Mei 2007. Pada 9 November 2007, Wong merasmikan album studio solo kelimanya, ''Never Apart.'' Beliau juga telah menghasilkan single digital pertamanya yang mempunyai dua lagu [[Bahasa Kantonis|Kantonis]] berjudul 店小二 (Dian Xiao Er) and 清水 (Qing Shui). Pada Oktober 2010, Wong mewakili Malaysia dan membuat persembahan di [[Festival Lagu Asia]] ke-7 yang dikelola oleh ''Korea Foundation for International Culture Exchange'' di Stadium Olimpik Seoul''.'' Pada Malam [[Krismas]] 2012, Teresa Carpio dan beliau telah mendendangkan lagu di ''The Joint in Hard Rock Hotel & Casino'' di [[Las Vegas, Nevada|Las Vegas]], [[Amerika Syarikat]] dalam sebuah acara spesial Krismas.
 
== Diskografi ==