Pendidikan menengah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
Pendidikan bestari
'''Pendidikan menengah''' terdiri daripada pendidikan menengah rendah dan menengah atas. Ianya dipanggil menengah kerana ia terletak di tengah-tengah iaitu antara sekolah rendah dan universiti (pendidikan tinggi). Usia pelajar-pelajar di sekolah menengah adalah di antara tiga belas hingga lapan belas tahun atau sembilan belas tahun. Oleh kerana ia menjurus ke arah [[universiti]], pelajarannya adalah lebih berat berbanding pendidikan rendah. Di negara-negara ber[[bahasa Inggeris]] seperti Australia dan New Zealand, [[Sekolah Menengah|sekolah menengah]] dikenali sebagai "Secondary schools".
 
pendidikan merupakan satu pendidikan di mana sesebuah sekolah itu menggunakan komputer untuk melakukan kerja-kerja sekolah.Namun begitu,didapati rami pelajar-pelajar telah menyalahgunakan komputer-komputer di sekolah bestari.antara penyalahgunaannya ialah melayari internet sesuka hati seperti laman web lucah dan lain-lain.masalah ini harus dibanteras supaya pendidikan bestari dapat diteruskan untuk menghasilkan pelajar-pelajar yang cemerlang bagi menjamin masa depan negara dari segi ekonominya dengan mempunyai ramai pekerja-pekerja yang mahir.
== Sekolah menengah di Malaysia ==
Pendidikan menengah di sini adalah dijalankan di:-
* sekolah akademik (sekolah biasa atau berasrama penuh)
* [[sekolah teknik dan vokasional]]
* [[sekolah kebangsaan agama]]
Selepas tingkatan tiga, pelajar-pelajar dibahagikan kepada aliran tertentu seperti [[sains]], [[perdagangan]] atau [[sastera]]. Sewaktu berusia tujuh belas atau lapan belas tahun iaitu di tingkatan lima, mereka dikehendaki mengambil peperiksaan [[Sijil Pelajaran Malaysia]] atau SPM. Sekiranya lulus mereka boleh meneruskan pelajaran menengah di tingkatan enam dan mengambil peperiksaan [[Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia]] atau STPM ataupun mengambil [[peperiksaan]] lain seperti A-levels.
 
Lihat juga: [[Pendidikan Malaysia#Pendidikan Menengah|Pendidikan Menengah Malaysia]]
 
== Sekolah menengah di barat ==
Di Amerika Syarikat, bergantung kepada daerah sekolah, pelajar-pelajar sekolah rendah atau ''elementary school'' boleh melanjutkan pelajaran samada di ''middle school'' atau ''junior high school''. ''Middle school'' adalah setaraf dengan [[pendidikan]] menengah rendah iaitu tingkatan 1 hingga tiga. Manakala ''Junior high school'' terdiri dari pelajar-pelajar ''grades 7-9'' atau tingkatan empat hingga enam. Selepas itu, pelajar-pelajar pergi ke ''high school'' iaitu ''grades 9-12'' atau bersamaan dengan kursus matrikulasi di Malaysia.
 
Berbanding dengan [[Malaysia]], negara ini tiada peperiksaan penilaian kebangsaan seperti SPM. Namun, untuk melanjutkan pelajaran ke universiti, pelajar perlu lulus dalam semua matapelajaran wajib dan mendapat GPA ([[Purata Nilai Gred Kumulatif]]) yang baik bagi setiap penggal di ''high school''. Bagi setengah-setengah universiti pula, menghendaki pelajarnya untuk lulus ujian SAT atau ''[[Scholastic Aptitude Test]]''.
 
Kebanyakan negara di [[Amerika Latin]] seperti [[Argentina]] dan [[Mexico]] mempunyai sekolah menengah seperti di Amerika Syarikat. Namun, pendidikan menengah yang wajib hanya ke tahap gred 9 atau pendidikan menengah rendah. Akibat tekanan ekonomi yang teruk ramai pelajar akan mematkan pelajaran mereka di peringkat ini dan terus ke alam pekerjaan.
 
[[de:Weiterführende_Schulen]]
[[en:Secondary education]]
[[fr:Enseignement secondaire]] [[ja:中等教育]]
[[nl:Gymnasium]]
[[sv:Gymnasium]]