Teori tetangsi: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
P-Tanah (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
P-Tanah (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 3:
'''Teori tetangsi''', '''teori tetali''', atau '''teori dawai''' adalah suatu [[Model matematik|model alam]] yang membayangkan setiap [[zarah]] itu adalah sejenis objek [[Dimensi|bermatra-1]] bernama [[tetangsi]]. Ia menerangkan bagaimana suatu tetangsi itu merambat merentasi ruang serta bagaimana ia berinteraksi dengan tetangsi lain. Pada skala yang lebih besar daripada saiz tetangsi itu, suatu tetangsi kelihatannya tiada beza dengan [[zarah]] biasa. Setiap [[jisim]], [[cas]], dan sifat-sifat lain zarah tersebut ditentukan oleh [[getaran]] tetangsi tersebut. Dalam teori tetangsi, salah satu daripada banyak mod getaran dihasilkan oleh tetangsi mewakili [[graviton]], iaitu [[Graviti|daya graviti]] yang berbentuk zarah. Oleh itu, teori tetangsi juga adalah suatu [[Graviti kuantum| teori graviti kuantum]].
 
Ia pertama kali dikaji pada lewat 1960-an sebagai suatu teori [[Daya nuklear| daya kuat nuklear]] sebelum ia diganti oleh [[kromodinamik kuantum]]. Ahli fizik kemudiannya menyedari bahawa kelemahan-kelemahannya yang membuatkannya tidak sesuai dalam kerangka [[fizik nuklear]] merupakan suatu kelebihan jika dilihat dari kerangka [[Graviti kuantum| teori graviti kuantum]]. Bentuk terawal teori tetangsi dipanggil [[teori tetangsi kebosonan]] kerana hanya mengambil kira [[Boson| zarah boson]]. Kemudiannya, ia berkembang menjadi [[teori aditetangsi]] yang menghubungkan sifat [[adisimetri]] di antara [[boson]] dan [[fermion]]. Terdapat lima jenis teori tetangsi utama yang diterima. Pada pertengahan tahun 1990-an, suatu [[Konjektur|terkaan]] telah diusulkan bahawa sebenarnya setiap satu daripada lima jenis ini adalah merujuk kepada teori yang sama iaitu [[teori-M]], tetapi untuk kes-kes tertentu. Pada penghujung 1997, ahli-ahli teori mendapati terdapat satu perhubungan penting yang dipanggil [[padanan AdsAdS/CFT]] yang menghubungkan teori tetangsi dengan [[teori medan kuantum]].
{{tunas-fizik}}