Paradisaea: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zamwan (bincang | sumb.)
v
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 13:21, 27 April 2020

Paradisaea adalah satu genus burung yang terdiri daripada tujuh spesies dari famili Paradisaeidae. Ia juga mengandungi subgenus, Paradisornis, yang hanya diberikan pada Cenderawasih Biru. Genus ini boleh ditemui di pulau New Guinea selain pulau-pulau berdekatan dalam gugusan Kepulauan Aru, Kepulauan D'Entrecasteaux dan Kepulauan Raja Ampat. Spesies burung ini mendiami kawasan jenis hutan dari aras laut hingga pertengahan hutan montane. Beberapa spesies mempunyai taburan populasi yang sangat terhad.[1] Satu kajian pada tahun 2009 yang memeriksa mitochondrial DNA famili ini mendapati bahawa burung Cenderawasih Paradisaea berada dalam klad bersama dengan genus Cicinnurus. Ia menunjukan bahawa Cenderawasih Biru adalah lebih tua bagi kesemua spesies-spesies lain dalam genus ini.[2]

Paradisaea
Cenderawasih Raggiana (Paradisaea raggiana)
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Passeriformes
Keluarga: Paradisaeidae
Genus: Paradisaea
Linnaeus, 1758
Subgenera

Kesemua burung dalam genus ini bersaiz besar, dan Dimorfisme seks. Warna bulu burung jantan termasuk mempunyai ciri-ciri bulu sayap tepi yang berkilat, dan sepasang bulu pelepah seperti wayar yang muncul dari hujung ekor. Bulu sayap pada bahagian sisinya akan digunakan semasa proses mengawan.[1]

Nama Paradisaea, berasal daripada bahasa Latin "paradise". Nama tempatan di Indonesia adalah cenderawasih.

Spesies

Subgenus Image Common name Scientific name Distribution
Paradisornis Blue bird-of-paradise Paradisornis rudolphi East-Central and Southeastern New Guinea, mostly in altitudes of 1400-1800 m.
Paradisaea   Lesser bird-of-paradise Paradisaea minor Most of Northern, Northwestern and Western New Guinea (nominate race found also on Misool and other nearby islands.), also Eastern New Guinea near the Huon region; found at altitudes from 0-1500 m.
  Greater bird-of-paradise Paradisaea apoda Southwestern and southern New Guinea, as well as the Aru Islands; found at altitudes around 900-950 m.
  Raggiana bird-of-paradise Paradisaea raggiana Most of South, East-Central, Eastern and Southeastern New Guinea; typically found around at 1500 m in altitude.
  Goldie's bird-of-paradise Paradisaea decora Fergusson and Normanby islands in the D’Entrecasteaux Archipelago located Southeast of New Guinea; found at lower altitudes than other Paradisaea members.
  Red bird-of-paradise Paradisaea rubra Waigeo and Batanta islands of Raja Ampat in West Papua at altitudes of around 550-600 m.
  Emperor bird-of-paradise Paradisaea guilielmi Mountains in the Huon Peninsula in Northeastern New Guinea; commonly found at altitudes of 1300-1500 m, though can be found lower at 400-670 m.

Rujukan

  1. ^ a b Firth, Clifford B.; Firth, Dawn W. (2009), "Family Paradisaeidae (Birds-of-paradise)", dalam del Hoyo, Josep; Elliott, Andrew; Christie, David (penyunting), Handbook of the Birds of the World. Volume 14, Bush-shrikes to Old World Sparrows, Barcelona: Lynx Edicions, m/s. 404–459, ISBN 978-84-96553-50-7
  2. ^ Irested, Martin; Jønsson, Knud A; Fjeldså, Jon; Christidis, Les and Per GP Ericson (2009). "An unexpectedly long history of sexual selection in birds-of-paradise". Evolutionary Biology. 9 (235). doi:10.1186/1471-2148-9-235. PMC 2755009. PMID 19758445.

Templat:Birds-of-paradise