Lebuhraya Pan Borneo: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 90:
==Projek Lebuhraya Pan Borneo==
 
Pada tahun 2015, perdana menteri Dato Seri Najib Razak telah melancarkan Projek Lebuhraya Pan Borneo di Bintulu. Projek ini akan menggantikan lorong sedia ada, 2 hala kepada lorong baharu, 4 lorong 2 hala. Ini bermula dari Telok Melano di Sarawak ke Tawau di Sabah. Jangkaan projek ini siap sepenuhnya ialah sebelum 2026. Projek ini dikendalikan syarikat Bumiputera menerusi Pan Borneo Highway Sarawak dan Lebuhraya Borneo Utara Sdn Bhd bagi Sarawak serta Sabah Pan Borneo (BHP) bagi Sabah. Jumlah keseluruhan berjumlah RM27 bilion. Pada 26 Januari 2019, pakej pertama yang menghubungkan Telok Melano dan Sg. Moyan telah siap sepenuhnya dan dirasimkan oleh Menteri Kerja Raya, Baru Bian dan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. Terdapat syarikat - syarikat Bumiputera terbesar terlibat dalam projek ini, termasuklah Cahya Mata Sarawak melalui anak syarikatnya, PPES Works (PPESW) Sdn Bhd, yang menjalinkan usaha sama dengan BinaPuri untuk projek Sg. Awik - Persimpangan Bintangor and Shin Yang Group melalui Pekerjaan Piasau Konkerit Sdn Bhd untuk projek Persimpangan Lapangan Terbang Bintulu - Sg. Tangap (Jejambat Nyabau).
 
==Kontraktor Lebuharaya Pan Borneo (Sabah)==