Perbezaan antara semakan "Kerajaan Aru"

715 bait ditambah ,  4 bulan lalu
k
 
Kerajaan Aru disebutkan dalam dua sumber [[Jawa]] yang berasal dari sekitar abad ke-14. Menurut ''[[Pararaton]]'', kerajaan Aru disebutkan di antara pemerintahan yang ingin disatukan oleh [[Gajah Mada]] di bawah kekuasaan [[Majapahit]] dalam [[Sumpah Palapa]]nya.<ref name=mangku>Mangkudimedja, R.M., 1979, Seat Pararaton. Alih aksara dan alih bahasa Hardjana HP. Jakarta: Departemen P dan K, Proyek Penerbitan Buku Sastra Indonesia dan Daerah.</ref> Pada tahun 1339, ekspedisi angkatan laut Majapahit Jawa menyerang beberapa negara pesisir di Sumatera; yang walaupun gagal menawan [[Kerajaan Pasai|Samudera Pasai]] namun berjaya menguasai Aru dan Pane ([[Kerajaan Panai|Panai]]).<ref name="Muljana-Haru"/><ref name="Kompas-Aru"/> ''[[Kakawin Nagarakretagama|Nagarakretagama]]'' (1365) pupuh 13 menyebutkan Aru sebagai salah satu negara bawahan Majapahit di Sumatera.<ref name="Riana"/>
 
 
Menurut [[Hikayat Raja-raja Pasai]] dan [[Sulalatus Salatin]] kerajaan Aru [[pengislaman|diislamkan]] oleh Nakhoda Ismail dan Fakir Muhammad; mereka juga mengislamkan Merah Silu, raja pertama Samudera Pasai pada pertengahan abad ke-13. Menurut Yingya Shenglan (1416), sebuah rekod dinasti Ming China yang disusun oleh Ma Huan mengenai ekspedisi Zheng He, raja Aru dan rakyatnya telah memeluk Islam. Selepas abad ke-13, Islam perlahan-lahan mulai mendapat pengikut di kalangan penduduk Aru. Namun, animisme atau paganisme asli masih meluas, terutama di kalangan penduduk kawasan pedalaman, dan sebilangan kecil pemeluk Hindu masih bertahan.
 
=== Perkembangan ===
 
Penemuan batu nisan Muslim di tempat pemakaman di Kota Rentang menunjukkan bahawa golongan elit Kerajaan Aru, iaitu Raja dan keluarganya, telah memeluk Islam. Batu nisan Islam ini terbuat dari batu vulkanik dengan tulisan Arab Jawi, yang serupa dengan yang terdapat di Aceh dan negeri-negeri Melayu yang lain. Tapak ini berada di Kota Rentang di Hamparan Perak, Deli Serdang, yang dipercayai menjadi lokasi ibu kota Kerajaan Aru. Banyak artifak telah ditemui di tapak ini, termasuk batu nisan Islam, seramik dan serpihan tembikar dari China, Thailand dan Sri Lanka, dan syiling Arab dari abad ke-13 dan ke-14. Penemuan lain termasuk jejak pembinaan kayu, batu binaan dan sisa-sisa kapal kayu.
 
== Rujukan ==
2,244

suntingan