Bahasa Inggeris Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 113.210.187.149 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh XXBlackburnXx
Teg: Undur
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 156:
 
== Peranan Bahasa Inggeris Malaysia di Malaysia Merdeka ==
Walaupun Bahasa Inggeris Malaysia bukan bahasa rasmi Malaysia, ia masih digunakan di kalangan rakyat Malaysia dalam sektor perniagaan. Kira-kira 80% daripada perniagaan bandar di Malaysia menjalankan urus niaga mereka dalam bahasa Inggeris (kedua-dua bahasa Inggeris Malaysia dan [[Manglish]]). Walau bagaimanapun, Bahasa Inggeris Amerika mempunyai cukup bertapak kukuh dalam perniagaan antarabangsa di Malaysia. Bahasa Inggeris Malaysia juga digunakan secara meluas dalam sektor pengiklanan, terutamanya iklan komersial yang menggunakan Bahasa Inggeris Malaysia yang disiarkan di stesen-stesen TV swasta, terutamanya stesen TV milik [[Media Prima]]. Terdapat juga orang [[orang Cina Malaysia|Cina]] dan [[orang India Malaysia|India]] Malaysia yang cenderung berbahasa Inggeris daripada berbahasa Melayu setiap kali mereka ditemuramah di televisyen. Dari segi pendidikan, universiti dan kolej swasta di Malaysia kebanyakannya menggunakan bahasa Inggeris Malaysia untuk identiti mereka. Beberapa tahun kebelakangan ini, kebanyakan syarikat dan pertubuhan di Malaysia telah menggunakanmenggunapakai nama sahrasmi mereka dalam bahasa Inggeris, bukannya bahasa Melayu untuk mencapai arus pemodenan.
 
Di industri muzik, penyanyi seperti [[Siti Nurhaliza]], [[Zee Avi]], [[Yuna (penyanyi)|Yuna]] dan [[Reshmonu]] juga merakamkan dan menyanyikan lagu-lagu berbahasa Inggeris. Terdapat akhbar berbahasa Inggeris di Malaysia seperti ''[[The New Straits Times]]'', ''[[The Star]]'' dan ''[[The Malay Mail]]''. Terdapat juga stesen radio berbahasa Inggeris termasuk [[Hitz.FM]], [[Mix FM]], [[TraXX FM]] dan [[Fly FM]]. Walaubagaimanapun, Malaysia tidak mempunyai sebarang [[stesen televisyen]] yang bersiaran sepenuhnya dalam bahasa Inggeris. Dasar Bahasa Kebangsaan Kerajaan memerlukan stesen TV tempatan untuk menyiarkan sekurang-kurangnya 25% program buatan Malaysia (sama ada Melayu atau Inggeris). Sesetengah stesen TV milik swasta (seperti [[TV3]], [[NTV7]], [[8TV]] dan [[Astro hitz|Astro Hitz.TV]]) menerbitkan beberapa program buatan Malaysia. Beberapa program TV buatan Malaysia dalam bahasa Melayu disediakan dengan sari kata bahasa Inggeris dan sebaliknya.