Syamsul Yusof: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Finasmalaysia (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Finasmalaysia (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 28:
}}
 
'''Mohd Syamsul Mohd Yusof''' (lahir 21 Mei 1984) ialah seorang penerbit filem, pengarah, penulis skrip, pelakon, penyunting filem, penyanyi, komposer, penulis lirik dan penerbit lagu Malaysia. Beliau terkenal menerusi filem-filem bergenre aksi dan seram sehingga berjaya mencipta rekod sebagai Pengarah Terbaik paling muda pernah memenangi anugerah [[Festival Filem Malaysia ke-23]] iaitu pada usia 25 tahun. Beliau ialah anak kepada pengarah tersohor negara yang pernah mendapat jolokan ''Six Million Dollar Man'', Datuk [[Yusof Haslam]]. Hasil kejayaan bapa beliau diteruskan Syamsul dengan cemerlang menerusi beberapa filem pecah panggung dan digelar ''The Twenty Million Dollar Man untuk kejayaan filem Munafik''. Sepanjang penglibatannya dalam industri filem, beliau telah enam kali memenangi anugerah Pengarah Terbaik di Festival Filem Malaysia, Anugerah Skrin dan Anugerah PROFIMA. Beliau juga pernah memenangi anugerah Pengarah Asia Terbaik di [[Asia Pacific Film Festival]] di Cambodia.