Penjajap (perahu layar): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Verosaurus (bincang | sumb.)
Verosaurus (bincang | sumb.)
Baris 21:
 
== Deskripsi ==
Penjajap dibuat dari bahan yang ringan. Biasanya sangat panjang dan sempit dan mempunyai kedalaman (''draft'') yang cetek. Ini membolehkan mereka belayar di atas karang dan sungai. Penjajap besar memerlukan cadik, kerana tanpanya, ia boleh tenggelam.<ref name="warren2" /> Untuk keperluan bertempur, penjajap dilengkapi baik dengan meriam berkaliber besar mahupun [[lela]] (meriam yang lebih kecil dari [[meriam]] Barat). Pada penjajap kecil hanya terdapat satu atau dua lantaka. Penjajap mempunyai buritan tajam tetapi dengan galeri yang menonjol ke belakang. Rumah geladak di tengah terbuat dari daun sawit dengan atap jerami. Pada abad ke-19 mereka dikendalikan menggunakan kemudi garis tengah reka bentuk barat, tetapi penjajap awal mungkin telah menggunakan kemudi samping ganda. Mereka memiliki 1, 2, atau 3 tiang layar bergantung pada ukurannya, layar segiempat mempunyai ''yard'' (pebahu atau andang-andang atas) dan ''boom'' (pekaki atau andang-andang bawah). Dayung sempit panjang juga digunakan untuk pendorong. Nama "Pagar Tenggalong" merujuk pada sejenis penjajap dengan bibir/pinggir berhias.<ref>{{Cite book|title=Native Craft in Southeast Asia Waters|last=United States. Office of Strategic Services. Research and Analysis Branch|first=|publisher=Office of Strategic Services. Research and Analysis Branch|year=1944|isbn=|location=|pages=}}</ref>
 
Penjajap kecil membawa 1-2 buah ''[[Rentaka|lantaka]]'' dipasang pada haluan, manakala yang besar mempunyai meriam tambahan di bahagian samping. Mereka digerakkan oleh dayung dan 2 buah [[Layar tanja|layar tanja.]] Mereka boleh didayung ke hadapan mahupun ke belakang. Deknya biasanya terbuka dengan pentas yang biasa disebut "balai". Ruangan kecil terdapat di belakang, sebagai ruang nakhoda dan simpanan senjata.<ref name="warren2" /><ref name=":1" />