Perbezaan antara semakan "Antibiotik"

860 bait ditambah ,  8 bulan lalu
tiada ringkasan suntingan
 
'''Antibiotik''' (daripada perkataan [[bahasa Yunani Kuno]] αντιβιοτικά, ''antiviotika'', "menentang hidupan") merupakan sejenis sebatian kimia yang digunakan untuk melawan jangkitan mikroorganisma seperti [[kuman]] atau [[bakteria]].
 
Antibiotik boleh diperolehi daripada sumber [[biologi]] seperti [[kulat]] dan [[mikroorganisma]]. Dengan kemajuan dalam kimia organik, antibiotik kini juga boleh dihasilkan melalui sintesis kimia. Ubat antiobiotik bertindak dengan membunuh kuman yang menyebabkan jangkitan. Contoh-contoh ubat antibiotik ialah [[penisilin]] dan [[streptomisin]].
 
Antara contoh ubat antibiotik ialah:
* [[Penisilin]]
* [[Streptomisin]]
 
== Pengunaan ==
== Kesan sampingan ==
Antibiotik diperiksa untuk sebarang [[kesan sampingan]] negatif sebelum ia boleh digunakan, di mana ia biasanya selamat dan boleh diterima pesakit. Walau bagaimanapun, ada pula sesetengah antibiotik yang telah dikaitkan dengan [[kesan sampingan]] yang meluas daripada yang bertahap sederhana hinggalah ke tahap sangat parah bergantung kepada jenis antibiotik yang digunakan, mikroba sasaran dan keadaan pesakit yang menerima antibiotik ini.<ref>Slama TG, Amin A, Brunton SA, et al. (Julai 2005). "A clinician's guide to the appropriate and accurate use of antibiotics: the Council for Appropriate and Rational Antibiotic Therapy (CARAT) criteria". Am. J. Med. 118 Suppl 7A (7): 1S–6S. PMID 15993671. doi:10.1016/j.amjmed.2005.05.007.</ref><ref>{{Cite web|title = Antibiotics and Selective Toxicity – Boundless Open Textbook|url = https://www.boundless.com/microbiology/textbooks/boundless-microbiology-textbook/antimicrobial-drugs-13/overview-of-antimicrobial-therapy-153/antibiotics-and-selective-toxicity-773-727/|website = Boundless|access-date = 12 Februari 2016}}</ref> Kesan-kesan ini barangkalinya boleh mencerminkan sifat farmakologi atau toksikologi antibiotik tersebut atau boleh melibatkan kehipersensitifan atau tindak balas badan persakit terhadap [[alahan]].<ref name=Antibioticandantiprotozal>{{cite book|title=Chemical Analysis of Antibiotic Residues in Food.|date=2012|publisher=John Wiley & Sons, Inc.|isbn=9781449614591|pages=1–60|url=http://www.newbooks-services.de/MediaFiles/Texts/6/9780470490426_Excerpt_001.pdf}}</ref>
 
== Kerintangan ==
{{Utama|Perintang antibiotik}}
Masalah kewujudan bakteria yang dapat merintang keberkesanan antibiotik kini menjadi perkara yang lazim. Kemunculan bakteria-bakteria perintang berlaku akibat proses evolusi yang berlaku dalam terapi antibiotik. Hal ini membawa kepada kemunculan strain dan spesies rintang antibiotik (''superbug'') yang membawa kepada perkembangan penyakit-penyakit yang semakin sukar dirawat. Punca lazim kerintangan antibiotik ialah [[penyalahgunaan antibiotik]] seperti penggunaan sendiri antibiotik tanpa nasihat pihak bertauliah.<ref name="Larson2007">{{cite journal|year=2007|title=Community factors in the development of antibiotic resistance|journal=Annual Review of Public Health|volume=28|issue=1|pages=435–47|doi=10.1146/annurev.publhealth.28.021406.144020|pmid=17094768|doi-access=free|vauthors=Larson E}}</ref>
 
== Rujukan ==