San Marino: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 63:
 
Menurut tradisi, Santo Marinus meninggalkan pulau Rab di [[Croatia]] moden bersama-sama sahabatnya Leo dan pergi ke Rimini sebagai tukang batu. Setelah ditindas kerana menyebarkan ajaran Kristian, beliau lari ke Monte Titano dan membina sebuah gereja kecil dan mendirikian kota dan negara San Marino. Tarikh rasmi pendirian republik ini ialah 3 September 301 Masihi.
 
Pada pertengah abad kelima, sebuah masyarakat telah dibentuk; disebabkan oleh lokasi yang sulit dicapai serta taraf masyarakat yang miskin, negara ini dapat mempertahankan kemerdekaannya meskipun dengan sedikit gangguan. Pada 1503, Cesare Borgia, anak Paus [[Alexander VI]] menakluki republik selama enam bulan hingga kemerdekaan republik dipulihkan oleh pengganti ayahnya, [[Julis II]].<ref>Paul Joseph ''The SAGE Encyclopedia of War: Social Science Perspectives: Volume IV'', 2017, p. 1511.</ref> Pada 1631, kemerdekaannya diakui oleh [[Negeri-Negeri Paus]].
 
== Geografi ==
{{Utama|Geografi San Marino}}
 
San Marino adalah sebuah [[enklaf]] dalam Itali yang berbatasan kawasan [[Emilia-Romagna]] dan [[Marche]]. San Marino hanya berkeluasan lebih 61 km<sup>2</sup>, menjadikan negara ini sebagai negara kelima terkecil dunia (ketiga terkecil di Eropah selepas [[Kota Vatikan]] dan [[Monaco]]). Topografinya didominasi oleh [[Pergunungan Apennine]]. Titik tertinggi negara ialah Gunung Titano dengan ketinggian 749 mmeter di atas paras laut. San Marino adalah negara ketiga terkecil di Eropah setelah [[Kota Vatikan]] dan [[Monaco]]. San Marino tidak memiliki tanah yang datar; keseluruhan negara terletak di atas pegunungan.
 
== Politik ==
{{Utama|Politik di San Marino}}
Pemerintahan San Marino menuruti prinsip republik demokratik berperwakilan berparlimen. Dua orang ketua berkongsi kuasa sebagai ketua negara dan kerajaan, iaitu [[Regen Kapten]]. Parlimen negara, [[Maljlis Agung dan Umum]] dengan 60 buah kerusi memegang kuasa perundangan negara dan berkuasa untuk melantik Regen-Regen Kapten setiap enam bulan. Kedua-dua pemerintah dipilih daripada kedua-dua belah pihak kerajaan dan pembangkang untuk menjamin keseimbangan kuasa.
 
=== Pembahagian pentadbiran ===
San Marino dibahagikan kepada sembilan buah perbandaran atau ''''castelli'''', termasuk ibu kota, bandar San Marino. Setiap ''castelli'' memiliki sebuah ibu kota, ''''capoluogo''''. Senarai ''castelli'' adalah seperti di bawah:
 
* Bandar San Marino
* Acquaviva
* Borgo Maggiore
* Chiesanuova
* Domagnano
* Faetano
* Fiorentino
* Montegiardino
* Serravalle
 
== Ekonomi ==
{{Utama|Ekonomi San Marino}}
 
San Marino tertakluk pada [[zon euro]] dan menggunakan mata wang [[euro]] meskipun bukan sebahagian daripada [[Kesatuan Eropah]]. Industri utama di negara ini termasuk bidang perbankan, elektronik, tembikar dan pelancongan. Hasil-hasil pertanian utama negara ialah anggur dan keju. Sektor pelancongan menyumbang kepada 22% KDNK negara dengan jumlah pelancong mencecah dua juta orang pada 2014.<ref>{{cite web|url=http://www.statistica.sm/contents/instance15/files/document/14079659Tav_Afflusso_tur.pdf|title=Tourists flows|website=statistica.sm|publisher=Statistical Office of San Marino|url-status=dead|archiveurl=https://web.archive.org/web/20151222082104/http://www.statistica.sm/contents/instance15/files/document/14079659Tav_Afflusso_tur.pdf|archivedate=22 December 2015|accessdate=16 December 2015|df=dmy-all}}</ref>
 
== Demografi ==
Negara ini memiliki penduduk sebanyak kira-kira 32,000 orang termasuk 1,000 orang asing yang kebanyakan daripada mereka ialah orang Itali. Kira-kira 5,000 penduduk negara tinggal di luar negara, lazimnya di Itali. Menurut CIA World Factbook, rata-rata jangka hidup laki-laki mencapai 78.52 tahun sedangkan perempuan mencapai 85.72 tahun. [[Bahasa Itali]] ialah bahasa rasmi serta bahasa utama penduduk negara.
 
== Lihat juga ==