Bismut: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
{{kotakunsurKotak info bismut}}
 
'''Bismut''' (daripada [[Bahasa Inggeris]]: Bismuth) ialah sejenis unsur yang mempunyai [[nombor atom]] 83 dan diberikan simbol '''Bi''' . Istilah sains bismut yang lama ialah '''bisman'''. Dalam Bahasa Melayu, bismut juga dikenali sebagai '''timah wurung'''. Logam ini berat, rapuh dan berwarna merah jambu. Bismut digolongkan dalam kumpulan [[logam lemah]] dan mempunyai sifat kimia yang serupa dengan [[arsenik]] dan [[antimoni]]. Antara kesemua logam, [[kediamagnetan]] bismut adalah yang paling asli, manakala [[kekonduksian terma]] bismut adalah kedua terendah selepas [[raksa|merkuri]]. Logam ini pada amnya dianggap sebagai logam paling akhir dalam susunan jadual berkala yang bersifat stabil dan tidak beradioaktif, walaupun sebenarnya bismut adalah sedikit radioaktif tetapi mempunyai separuh hayat dengan jangka masa yang sangat lama.
 
[[Fail:Wismut Kristall und 1cm3 Wuerfel.jpg|thumb|kanan|Kristal bismuth buatan menggambarkan struktur kristal berbentuk seperti langkah tangga, dengan satu batu bismut berukuran 1 cm<sup>3</sup>.]]
Sebatian bismut digunakan dalam bidang [[kosmetik]] (bahan solek) dan perubatan. Aloi bismut pula menjadi semakin penting dalam bidang perdagangan dan komersil sebagai pengganti kepada plumbum, lebih-lebih lagi setelah [[plumbum]] dijumpai mempunyai kesan-kesan toksik dan adalah berbahaya kepada manusia.
 
== Sejarah ==
Bismut mungkin berasal dari [[bahasa Latin]] ''bisemutun'', daripada [[bahasa Jerman]] ''Wismuth''. Pada awalnya, bismut sering dikelirukan dengan timah dan plumbum akibat rupa logam-logam itu yang serupa. [[Claude Francois Geoffroy]] pada tahun 1753 berjaya menunjukkan bahawa logam ini berbeza dengan plumbum.
 
== Kewujudan ==
Di dalam kerak Bumi, jumlah bismut ialah kira-kira 2 kali lebih banyak daripada emas. Galian-galian lazim bismut termasuk [[bismutinit]] and [[bismit]]. Bismut biasanya diekstrak sebagai produk sampingan hasil pemrosesan biji logam seperti plumbum, tungsten dan campuran logam lain.
 
== Kegunaan ==
Dalam bidang perubatan, [[bismut subsalisilat]] ialah ubat [[antasid]] lazim untuk melegakan sakit di [[saluran gastrousus]] seperti [[Diarea|cirit-birit]]. Campuran bismut dan [[mangan]] berupaya menghasilkan sebuah magnet kekal. [[Bismut telurida]] ialah [[semikonduktor]] dan komponen [[Kesan termoelektrik|termoelektrik]] yang baik.
 
== Rujukan ==
 
=== Petikan ===
{{reflist|2}}
 
=== Bibliografi ===
{{refbegin}}
* Taylor, Harold A. Jr., "Bismuth", Financial Times Executive Commodity Reports (London: Mining Journal Books Ltd.) 2000 ISBN 1-84083-326-2
Baris 15 ⟶ 27:
* {{Commonscat-inline}}
 
{{Sebatian bismut}}
{{Compact periodic table}}
{{Sebatian bismut}}
{{Kawalan kewibawaan}}