Duci Normandy: Perbezaan antara semakan

55 bait ditambah ,  3 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
(v)
 
Tiada ringkasan suntingan
}}
 
'''Duci Normandie''' ({{lang-en|Duchy of Normandy'''}}, {{lang-fr|Duché de Normandie}}) muncul pada tahun 911 akibat daripada [[Perjanjian Saint-Clair-sur-Epte]] di antara [[Charles si Mudah|Raja Charles III]] dari [[Francia Barat]] dan [[Rollo]], pemimpin puak [[Viking]]. Duchy telah dinamakan bersempena dengan nama penduduknya iaitu orang [[Norman]].
 
Bermula pada tahun 1066 sehingga tahun 1204, ia telah dikuasai oleh [[senarai raja England|raja-raja England]], kecuali bagi tempoh singkat pemerintahan [[Robert Curthose]] (1087–1106), anak lelaki bongsu kepada [[William si Penakluk]] tetapi tidak berjaya menuntut takhta England; dan [[Geoffrey Plantagenet, Count Anjou|Geoffrey Plantagenet]] (1144–1150), suami kepada [[Maharani Matilda]] dan ayah kepada [[Henry II dari England|Henry II]].
Pada tahun 1202, [[Philip II dari Perancis]] mengistiharkan [[Normandy]] dilepaskan kepada beliau dan merampasnya menggunakan tentera pada tahun 1204. Ia kekal menjadi wilayah yang dipertikaikan sehingga [[Perjanjian Paris (1259)|Perjanjian Paris]] pada tahun 1259, apabila pemerintah England melepaskan tuntutannya kecuali [[Kepulauan Channel]]; iaitu Bailiwicks di [[Guernsey]] dan [[Jersey]], dan jajahannya (termasuk [[Sark]]).
 
Dalam [[kerajaan beraja Perancis]], duchy kadang-kala diasingkan sebagai sebuah [[appanage]] untuk ditadbir oleh seorang anggota keluarga diraja. Selepas tahun 1469, ia disatukan secara kekal ke dalam jajahan raja, walaubagaimanapun gelaran kadang kala diberikan sebagai satu gelaran kehormat kepada anggota baharu dari keluarga diraja. Duke Normandy Perancis terakhir bagi situasi ini adalah [[Louis XVII dari Perancis|Louis-Charles]], duke bermula pada tahun 1785 sehingga tahun 1789.
 
==Lihat juga==