Perbezaan antara semakan "Evolusi serigala"

2,452 bait ditambah ,  2 bulan lalu
 
''Canis dirus''<ref name="fossilworks4"/> hidup pada Pleistosen Akhir hingga Holosen Awal di Amerika Utara dan di Amerika Selatan.<ref name="kurten1984"/> ''C. dirus'' merupakan yang terbesar antara semua spesies ''Canis''.<ref name="wang2008"/>{{rp|hlm. 52}} Pada tahin 1987, hipotesis-hipotesis baharu mencadangkan bahawa populasi mamalia dapat menyebabkan kebangkitan bagi bentuk lebih besar yang dipanggil hipermorf semasa waktu kelimpahan makanan, tetapi apabila makanan menjadi kurang, hipermorf akan menyesuaikan diri dengan menjadi bentuk lebih kecil atau menjadi pupus. Hipotesis ini mungkin menjelaskan saiz tubuh besar yang ditemukan pada mamalia-mamalia Pleistosen Akhir berbanding dengan padanan modennya. Kedua-dua kepupusan dan [[penspesiesan]] – perpisahan spesies baharu daripada spesies lama – dapat berlaku bersama-sama sewaktu kala iklim ekstrem.<ref name="geist1998"/><ref name="geist1987"/> Gloria{{nbsp}}D.{{nbsp}}Goulet bersetuju dengan Martin dan selanjutnya mencadangkan bahawa hipotesis ini mungkin menjelaskan kemunculan tiba-tiba bagi ''C.{{nbsp}}dirus'' di Amerika Utara, dan bahawa oleh sebab keserupaan rupa bentuk tengkorak ''C.{{nbsp}}dirus'' menyebabkan kebangkitan hipermorf ''C.{{nbsp}}dirus'' kerana kelimpahan buruan, persekitaran stabil, dan pesaing besar-besar.<ref name="goulet1993"/> Nowak, Kurten, dan Berta tidak bersetuju dengan Goulet dan mencadangkan bahawa ''C. dirus'' tidak diterbitkan daripada ''C. lupus''.<ref name="nowak1979"/><ref name="kurten1980"/><ref name="berta1988"/> Ketiga-tiga orang ahli paleontologi ternama Xiaoming Wang, R. H. Tedford, dan R. M. Nowak kesemuanya telah mencadangkan bahawa ''C. dirus'' telah mengalami evolusi daripada ''C. ambrusteri'',<ref name="wang2008"/>{{rp|hlm. 52}}<ref name="tedford2009"/>{{rp|hlm. 181}} dengan pernyataan Nowak bahawa ada spesimen-spesimen dari Gua Cumberland, Maryland yang menandakan bahawa ''C. ambrusteri'' mencapah kepada ''C. dirus''.<ref name="nowak2003"/>{{rp|hlm. 243}}<ref name="nowak2002"/> Kedua-dua takson mengongsi sebilangan ciri ([[sinapomorfi]]), yang mencadangkan satu asal bagi ''C. dirus'' pada [[Usia Irvington]] Akhir di rupa bumi terbuka di tengah benua, dan kemudian berkembang ke arah timur dan menyesarkan leluhurnya ''C. ambrusteri''.<ref name="tedford2009"/>{{rp|hlm. 181}}
 
====Kacukan-kacukan ''dirus–lupus''====
[[Fail:Wolf cranium labelled.jpg|thumb|300px|Gambar rajah bagi tengkorak serigala dengan ciri kekunci berlabel (dalam bahasa Inggeris)]]
Merriam menamakan 3 spesies luar biasa berdasarkan spesimen-spesimen yang ditemukan dari [[lubang tar La Brea|lubang tar Rancho La Brea]]. Spesies-spesies ini dianggap oleh Nowak sebagai [[sinonim taksonomi]] untuk ''Canis lupus''.<ref name="nowak1979"/>
 
''Canis occidentalis furlongi'' (Merriam 1910)<ref name="merriam1910"/> diperihalkan sebagai serigala yang agak lebih kecil daripada ''C. dirus'' dan lebih berkait rapat dengan serigala balak ''[[Canis lupus occidentalis]]''. Walau bagaimanapun, [[gigi geraham kecil]] P4-nya ([[gigi pencabik]] atasan) adalah besar, dan [[kuspa (anatomi)#hipokon|hipokon]] bagi [[gigi geraham|gigi geraham M1]] adalah lebih besar daripada yang pada ''C. dirus''. Gigi dan lelangit bagi satu spesimen diperihalkan sebagai perantaraan bagi ''Canis dirus'' dan ''Canis lupus occidentalis''.<ref name="merriam1910"/> Nowak mencadangkan nama ''Canis lupus furlongi'' kerana beliau mempercayai bahawa ia merupakan subspesies bagi serigala kelabu.<ref name="nowak1979"/> Ada kemungkinan bahawa serigala-serigala yang hidup di kawasan-kawasan pinggiran menghasilkan kacukan antara ''C. dirus'' dengan serigala kelabu.<ref name="stevenson1978"/>
 
''Canis milleri'' (Merriam 1912),<ref name="merriam1912b"/> serigala Miller, adalah sebesar serigala balak tetapi dengan kepala lebih pendek dan lebih berat. Tengkorak dan kegigiannya diperihalkan sebagai penengah antara ''Canis lupus occidentalis'' dengan ''Canis dirus''. Tengkoraknya berbeza daripada tengkorak pada ''occidentalis'' kerana tengkoraknya lebih lebar, terutamnya pada lelangit, dan P4 dan M1-nya lebih besar daripada yang pada mana-mana serigala balak yang diketahui, dengan P4 yang menghampiri yang pada ''C. dirus'' dari segi saiz.<ref name="merriam1912"/> Ia dianggap oleh Nowak sebagai sinonim taksonomi bagi ''Canis lupus furlongi''.<ref name="nowak1979"/>
 
''Aenocyon milleri'' (Merriam 1918)<ref name="merriam1918"/> pula diperihalkan sebagai serigala yang berbeza daripada ''Canis dirus'' kerana saiz lebih kecil, kresta sagital rendah, dan inion kurang ketara, tetapi lebih dekat dengan ''C. dirus'' berbanding dengan serigala balak. Hanya satu spesimen ditemukan. Ia dianggap oleh Nowak sebagai sinonim taksonomi bagi ''Canis lupus furlongi''.<ref name="nowak1979"/>
 
===''Canis mosbachensis''===
30,809

suntingan