Perbezaan antara semakan "Evolusi serigala"

513 bait ditambah ,  2 bulan lalu
 
====Isu masa====
Ada dua andaian kekunci yang dibuat untuk mentarikhkan masa pencapahan untuk spesies: [[masa generasi]] dan [[kadar mutasi]] genetik untuk setiap generasi. Masa antara generasi untuk serigala diandaikan sebanyak tiga tahun berdasarkan serigala kelabu ekstan, dan dua tahun untuk anjing yang berdasarkan anjing ekstan.<ref name="lindblad2005"/> Satu kajian besar terkini mengandaikan masa generasi sebanyak 2 tahun untuk anjing untuk sejauh 10,000 tahun lalu, dan kemudian mengandaikan masa generasi sebanyak 3 tahun (sama dengan serigala) sebelum itu untuk menghitung masa pencapahan tercadang antara kedua-duanya.<ref name="freedman2014"/> Pada tahun 2017, ahli sains penyelidikan serigala [[L. David Mech]] bertanya tentang sebab penghitungan masa anggaran oleh para ahli biologi evolusi bagi pencapahan anjing daripada serigala melalui penggunaaan masa generasi serigala sebanyak tiga tahun apabila karya-karya terbitan yang menggunakan set-set data besar menunjukkan angka 4.2–4.7 tahun. Mereka digalakkan untuk menghitung semula tarikh-tarikh pencapahan mereka sewajarnya.<ref name="mech2017"/>
 
Kajian-kajian DNA dijalankan tetapi dengan "kadar mutasi sebagai sumber dominan bagi ketidakpastian".<ref name="freedman2014"/> Pada tahun 2005, Lindblad-Toh menjujukanmenjujukkan genom draf pertama bagi anjing ekstan, dan menghitung kadar mutasi tercadang sebanyak 1x10<sup>−8</sup> mutasi untuk setiap generasi.<ref name="lindblad2005"/> Pada tahun 2015, Skoglund dapat menjujukkan genom draf pertama bagi [[#Serigala Taimyr|serigala Taimyr]] dari 35,000 tahun sebelum kini dan menggunakan tarikh radiokarbonradiokarbonnya untuk memvalidasi kadar mutasi genetik tercadang sebanyak 0.4x10<sup>−8</sup> mutasi untuk setiap generasi.<ref name="skoglund2015"/> Perbezaannya ialah faktor masa sebanyak 2.5. Walau bagaimanapun, satu lagi kajian menyatakan bahawa hanya oleh sebab hanya ada satu spesimen serigala Pleistosen yang telah dijujukkan setakat ini, maka hasilnya patut dilayan dengan waspada, dengan kajian itu yang kemudian menyediakan kedua-dua anggaran untuk menghitung masa pencapahan antara serigala dengan anjing.<ref name="fan2016"/> Walau bagaimanapun, pada tahun 2016, kadar mutasi bagi [[asal usul anjing bela jinak#Anjing Newgrange &ndash; dua peristiwa pembelajinakan|anjing Newgrange]] dari 4,800 tahun sebelum kini memadani yang bagi serigala Taimyr.<ref name="frantz2016"/>
 
===''Canid'' keserigalaan===
30,809

suntingan