Perbezaan antara semakan "Evolusi serigala"

2,807 bait ditambah ,  3 bulan lalu
}}
{{Clear}}
 
====Percampuran dengan ''canid'' pupus yang tidak diketahui====
[[Fail:Canis early hybridisation.jpg|thumb|400px|Penghibridan ''Canis'' pada masa lampau<ref name="gopalakrishnan2018"/>]]
Pada tahun 2018, [[penjujukan seluruh genom]] digunakan untuk membandingkan anggota-anggota genus ''Canis'', bersama dengan anjing hutan (''Cuon alpinus'') dan anjing pemburu Afrika (''Lycaon pictus''). Ada bukti bagi aliran gen sesama [[serigala keemasan Afrika]], [[jakal keemasan]], dan serigala kelabu. Kajian ini mencadangkan bahawa serigala keemasan Afrika ialah keturunan bagi ''canid'' [[percampuran genetik|tercampur secara genetik]] dengan keleluhuran 72% [[serigala]] kelabu dan 28% [[serigala Habsyah]], dan bahawa serigala Habsyah pernah mempunyai julat wilayah lebih luas di Afrika. Seekor serigala keemasan Afrika dari [[Semenanjung Sinai]], Mesir menujukkan percampuran tinggi dengan serigala kelabu Timur Tengah dan anjing, lalu menandakan peranan jambatan darat di antara benua Afrika dengan benua Eurasia dalam evolusi ''canid''. Ada bukti aliran gen sesama jakal keemasan dengan serigala Timur Tengah, kurang begitu dengan serigala Eropah dan serigala Asia, dan paling kurang dengan serigala Amerika Utara. Kajian ini mencadangkan bahawa leluhur bersama bagi [[koyote]] dan serigala kelabu telah [[percampuran genetik|bercampur secara genetik]] dengan [[populasi hantu]] bagi ''canid'' pupus yang tidak dikenal pasti. ''Canid'' ini rapat secara genetik dengan [[anjing hutan]] dan telah mengalami evolusi selepas pencapahan anjing liar Afrika daripada spesies ''canid'' lain. Kedudukan [[basal (filogenetik)|basal]] bagi koyote berbanding dengan serigala dicadangkan dengan sebab koyote yang mengekalkan lebih genom mitokondrion bagi ''canid'' yang tidak diketahui ini.<ref name="gopalakrishnan2018"/>
 
Satu kajian genom terhadap serigala di China menyertakan spesimen muzium bagi serigala dari China selatan yang dikumpulkan pada antara 1963–1988. Serigala-serigala dalam kajian membentuk 3 klad: serigala Asia Utara yang menyertakan yang dari China utara dan dari Rusia timur, [[serigala Himalaya]] dari Penara Tibet, dan suatu populasi unik dari China selatan. Satu spesimen yang terletak setenggara Wilayah [[Jiangxi]] menunjukkan bukti bagi percampuran antara serigala yang berkaitan dengan serigala Tibet dengan serigala lain di China. Satu spesimen dari Wilayah [[Zhejiang]] di China timur pula mengongsi aliran den dengan serigala-serigala dari China selatan. Walau bagaimanapun, genomnya bercampur sebanyak 12–14 peratus dengan ''canid'' yang mungkin merupakan anjing hutan atau ''canid'' yang belum diketahui yang bertarikh lebih awal daripada pencapahan genetik bagi anjing hutan. Populasi serigala dari China selatan dipercayai masih wujud di rantau berkenaan.<ref name="Wang2019"/>
 
===Dua kelompok haplo serigala===
30,809

suntingan