Perbezaan antara semakan "Evolusi serigala"

4,015 bait ditambah ,  2 bulan lalu
 
Pada tahun 2013, satu penjujukan DNA mitokondrion bagi ''canid''-''canid'' mirip serigala purba mendedahkan satu lagi zuriat terpisah bagi 3 haplotip (yang membentuk satu kelompok haplo) yang ditemukan pada 3 spesimen Pleistosen Akhir dari Belgium; walau bagaimanapun, ini belum dikesan pada serigala ekstan.<ref name="thalmann2013"/><ref name="pilot2014"/> Salah satu merupakan "[[anjing paleolitik#Anjing Goyet – 36,000 tahun sebelum kini|anjing Goyet]]".<ref name="thalmann2013"/>
 
====Pandangan bertentangan====
[[Fail:Phylogenetic tree for wolves.jpg|thumb|[[Pokok filogenetik]] mDNA untuk serigala. Klad ditandai I–XIX. Kawasan/haplotip kekunci ditandai dan haplotip baharu dipaparkan dengan tebal. Sampel-sampel Pleistosen Akhir diwakili oleh nombor 1–10. Haplotip [[serigala Bering]] (Alaska 28,000 tahun sebelum kini) ditemukan pada klad moden XVI dari China.]]
Pada tahun 2016, satu kajian dijalankan oleh sebab kebimbangan bahawa kajian-kajian mDNA terdahulu mungkin telah dijalankan dengan resolusi genetik tidak cukup atau liputan geografi terhad dan tidak menyertakan spesimen mencukupi dari Rusia, China, dan Timur Tengah. Kajian ini membandingkan [[jujukan DNA|jujukan]] 582 [[pasangan bes]] bagi [[kawasan kawalan mtDNA|kawasan kawalan mitokondrion]] yang memberikan resolusi filogenetik dua kali daripada yang dalam kajian tahun 2010.<ref name="pilot2010"/> Kajian ini membandingkan jujukan-jujukan spesimen kedua-dua serigala moden dan serigala purba, termasuk spesimen dari kawasan terpencil di Amerika Utara, di Rusia, dan di China. Kajian menyertakan [[#Serigala Taimyr|serigala Taimyr]], [[anjing paleolitik#Anjing Goyet – 36,000 tahun sebelum kini|"anjing" Goyet]], [[anjing paleolitik#Anjing Altai – 33,000 tahun sebelum kini|"anjing" Altai]], serigala Bering, dan spesimen purba lain.<ref name="ersmark2016"/>
 
Kajian menemukan 114 haplotip serigala berlainan dalam 314 jujukan, dengan haplotip-haplotip baharu yang ditemukan di Siberia dan di China. Pokok filogenetik beresolusi kepada 19 klad yang menyertakan kedua-dua serigala moden dan serigala purba, yang menunjukkan bahawa klad-klad paling basal termasuk [[serigala India#Canis Indica|serigala kelabu India]] dan [[serigala Himalaya]], dengan subklad serigala dari China dan Mongolia yang tergolong dalam klad serigala Himalaya. Kedua-dua haplotip Amerika Utara paling basal menyertakan [[serigala Mexico]] dan [[serigala Pulau Vancouver]]. Walau bagaimanapun, serigala Pulau Vancouver menunjukkan haplotip sama dengan anjing yang menunjukkan percampuran,<ref name="ersmark2016"/> dengan zuriat anjing yang basal kepada semua subspesies Amerika Utara yang ekstan.<ref name="fan2016"/> Di Eropah, dua haplotip yang paling berbeza secara genetik membentuk [[serigala Iberia]] dan secara terpisah [[serigala Itali]] yang berkedudukan hampir dengan serigala purba. [[Serigala Greenland]] kesemuanya tergolong dalam satu haplotip yang pernah ditemukan dalam kalangan serigala Amerika Utara dan yang menunjukkan asal usulnya dari Amerika Utara. Serigala timur disahkan sebagai hibrid koyote/serigala. Serigala yang ditemukan di rantau [[Semenanjung Chukotka]], sempadan Korea Utara, [[Wilayah Amur]], dan [[Khakassia]] menunjukkan kepelbagaian genetik terbesar dan dengan kaitan rapat dengan semua serigala yang ditemukan di serata Holartik. Satu haplotip purba yang telah ditemukan di Alaska (Beringia Timur 28,000 tahun sebelum kini) dan di Rusia (Gua Medvezya "Beruang", kawasan [[Pechora]], [[Pergunungan Ural]] Utara 18,000 tahun sebelum kini) dikongsi dengan sesetengah serigala moden yang ditemukan di China dan di Mongolia.<ref name="ersmark2016"/>
 
Penemuan terdahulu bagi dua kelompok haplo serigala<ref name="pilot2010"/> tidak sejelasnya digariskan dalam kajian ini tetapi ada persetujuan bahawa kepelbagaian serigala masa silam telah hilang pada permulaan Holosen di Alaska, di Siberia, dan di Eropah dengan pertindihan terhad dengan serigala moden. Untuk serigala purba Amerika Utara, walaupun bukan model kepupusan/penggantian yang dicadangkan oleh kajian sebelumnya,<ref name="leonard2007"/> kajian ini menemukan bukti memadai bagi kejejalan populasi di Amerika Utara yang dalamnya kepelbagaian serigala purba hampir hilang pada sekitar permulaan Holosen (tidak ada penjelasan lanjut dalam kajian). Di Eurasia, kehilangan zuriat-zuriat purba tidak dapat semudahnya dijelaskan dan terlihat seperti telah menjadi perlahan merentasi masa dengan sebab-sebab yang tidak jelas.<ref name="ersmark2016"/>
 
===Ke Amerika dan ke Jepun===
30,809

suntingan