Evolusi serigala: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Amir Hamzah 2008 (bincang | sumb.)
Amir Hamzah 2008 (bincang | sumb.)
Baris 408:
 
Serigala dihapuskan di bahagian selatan kawasan geografi bersejarahnya di Amerika Utara menjelang pertengahan abad ke-20. Satu kajian mDNA bagi 34 tinggalan serigala dari Amerika Utara bertarikh kembali antara tahun 1856 dengan tahun 1915 menemukan kepelbagaian genetiknya dua kali ganda daripada yang pada serigala moden di rantau-rantau ini, dan dua pertiga haplotip yang dikenal pasti adalah unik. Hasil-hasil ini menunjukkan bahawa populasi terdahulu bagi beratus ribu serigala pernah wujud di Mexico dan di Amerika Syarikat Barat.<ref name="leonard2004"/><ref name="miklosi2015"/>
 
===Beringia===
Serigala kelabu terkesan daripada [[kejejalan populasi]] (pengurangan) seluruh spesies pada sekitar 25,000 tahun sebelum kini semasa Maksimum Glasier Terakhir. Ini diikutio oleh populasi tunggal serigala moden yang berkembang ke luar [[Beringia#Refugium Bering|tempat perlindungan Bering]] untuk menduduki semula bekas kawasan serigala, lalu menggantikan populasi-populasi serigala Pleistosen Akhir merentasi Eurasia dan Amerika Utara seperti yang berlaku.<ref name="Loog2018"/><ref name="Werhahn2018"/><ref name="Schweizer2020"/> Populasi sumber ini barang kali tidak menyebabkan kebangkitan anjing, tetapi bercampur dengan anjing yang membolehkan serigala-serigala ini beradapatasi dalam persekitaran-persekitaran altitud tinggi (cth. Tibet). Ini mencadangkan bahawa pencapahan genetik bagi anjing Eropah dan anjing Asia Timur dapat berdasarkan percampuran dengan subpopulasi berlainan bagi serigala.<ref name="Schweizer2020"/>
 
Hanya ada sedikit maklumat genetik yang tersedia tentang serigala purba yang wujud sebelum kejejalan. Walau bagaimanapun, kajian-kajian menunjukkan bahawa satu atau lebih populasi purba ini lebih berkait rapat secara keturunan dengan anjing berbanding dengan serigala moden, dan mungkin ada lebih kecenderungan terhadap pembelajinakan oleh manusia-manusia pertama untuk menjajah Eurasia.<ref name="Schweizer2020"/>
 
===Pencapahan dengan koyote===