Perbezaan antara semakan "Evolusi serigala"

573 bait ditambah ,  6 bulan lalu
 
===Pencapahan dengan koyote===
Pada tahun 1993, satu kajian mencadangkan bahawa serigala Amerika Utara memaparkan trait-trait tengkorak yang lebih serupa dengan koyote berbanding dengan serigala dari Eurasia.<ref name="goulet1993"/> Pada tahun 2016, satu kajian DNA [[jujukan seluruh genom|seluruh genom]] mencadangkan, berdasarkan andaian yang dibuat, bahawa semua serigala dan koyote Amerika Utara mencapah daripada leluhur bersama kurang daripada 6,000–117,000 tahun lalu. Kajian juga menunjukkan bahawa serigala Amerika Utara mempunyai amaun ketara bagi keleluhuran koyote dan semua koyote mempunyai pada takat tertentu mempunyai keleluhuran serigala, dan bahawa [[serigala merah]] dan [[serigala timur]] sangat [[percampuran genetik|tercampur]] dengan perkadaran berbeza-beza daripada keleluhuran serigala kelabu dan koyote. Satu ujian menunjukkan masa pencapahan serigala/koyote pada 51,000 tahun sebelum kini yang memadani kajian-kajian lain, yang menunjukkan bahawa serigala hadir pada sekitar masa ini. Satu lagi ujian menunjukkan bahawa serigala merah mencapah daripada koyote pada antara 55,000–117,000 tahun sebelum kini dan serigala rantau Tasik-tasik Besar pula pada 32,000 tahun sebelum kini. Ujian-ujian dan pemodelan lain menunjukkan berbagai-bagai julat pencapahan dan kesimpulannya ialah julat yang kurang daripada 6,000 dan 117,000 tahun sebelum kini.<ref name="vonholdt2016"/><ref name="virginia2016"/> Penemuan ini bercanggah dengan rekodcatatan fosil yang menunjukkan spesimen kekoyoteanmirip koyote yang bertarikh kembali ke 1 satu juta tahun sebelum kini.<ref name="wang2008"/>
 
Serigala kelabu moden tersebar ke luar Beringia pada 25,000 tahun lalu. Ini menandakan bahawa jika koyote dan serigala merah terbit daripada penjajahan ini, tarikh sejarah bagi kedua-duanya hanya pada puluh ribuan dan bukan pada ratus ribuan tahun lalu, yang tekal dengan kajian-kajian lain.<ref name="Schweizer2020"/>
 
{{Lanjut|Koyote Pleistosen}}
 
===Anjing bela jinak===
30,815

suntingan