Festival Filem Cannes: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Membatalkan semakan 4795258 oleh Fandi89 (Perbincangan)
Teg: Buat asal
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 19:
 
==Sejarah==
Sejak Pameran Universal 1937, [[Perancis]] telah merasakanmenyatakan keinginan untuk menyatukan prestij kebudayaannya dengan menganjurkan pertandingan filem antarabangsa. Pada tahun 1930-an, dunia telah dikejutkan dengan pengaruh Kerajaan Jerman dan Itali yang fasis dalam pemilihan filem untuk [[Pesta Filem Venice|Festival Filem Venice]] yang dirasmikan pada bulan Ogos oleh Dr. Joseph Goebbels.<ref>{{cite web|url=http://www.history.com/this-day-in-history/first-cannes-film-festival |title=First Cannes Film Festival |work=history.com |deadurl=yes |archiveurl=https://web.archive.org/web/20131227022715/http://www.history.com/this-day-in-history/first-cannes-film-festival |archivedate=27 Disember 2013 |df=dmy}}</ref> Oleh kerana itu, Philippe Erlanger (Pengarah Persatuan Tindakan Kesenian Perancis) dan pengkritik filem Émile Vuillermoz dan René Jeanne (ketiga-tiga ahli-ahli juri antarabangsa Festival Filem Venice) telah mengemukakan kepada Jean Zay, Menteri Pendidikan dan Persatuan Beaux-Arts, idea festival antarabangsa panggung wayang yang bebas dari segi politik. Jean Zay, yang berminat dalam cadangan itu, membalas dengan baik 26 Disember 1938 perkara itu dan menggalakkan [[Amerika Syarikat]] dan [[British]] supaya memboikot Festival Filem Venice. Harold Smith, wakil Paris untuk Motion Picture Association of America dan Neville Kearney, perwakilan rasmi pawagam Inggeris di Perancis, berjanji untuk menyokong "''festival dunia bebas''." Festival ini adalah perkongsian Perancis-Amerika yang mewujudkan pasaran terbesar dalam dunia perfileman.
 
Beberapa bandar raya menjadi calon untuk diadakan festival ini, termasuklah [[Aix-les-Bains]], [[Algiers]], [[Biarritz]], [[Lucerne]], [[Oostende|Ostende]], [[Vichy]] dan akhirnya [[Cannes]]. Henri-Georges Clouzot suka akan Cannes kerana terdapat cahaya matahari yang terik di kawasan tersebut. Jawatankuasa penyelarasan terdiri daripada wakil-wakil dari pelbagai kementerian yang terlibat dengan perayaan itu, setelah mengambil tahu kelebihan tiap-tiap kota tersebut serta menghantar perwakilannya di lokasi-lokasi itu, mereka akhirnya memilih Cannes. Dua anak jati Cannes, Henri Gendre, pemilik Grand Hotel, dan Jean Fillioux, pemilik Palm Beach, telah dikemukakan bilik, peralatan dan dewan projeksi yang mampu menempatkan seramai seribu penonton. Di samping itu, bandar Cannes telah bertekad untuk menyediakan belanjawan kewangan sebanyak 600 000 Franc, untuk menempatkan ahli jawatankuasa di bilik penerimaannya dan berjanji untuk membina sebuah istana yang khusus didedikasikan untuk festival filem tersebut.