TV3: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 36:
TV3 dilancarkan pada 1984 dengan slogan ''Berita Terkini Hiburan Sensasi'' (''First in News Best in Entertainment'').
 
Sistem Televisyen Malaysia Berhad (STMB) atau TV3 telah diperbadankan pada 1983 sebagai televisyen perdagangan pertama di [[Malaysia]]. Ia merupakan sebahagian daripada kumpulan syarikat [[Media Prima]]. TV3 memulakan penyiarannya di [[Lembah Klang]], (sekitar [[Kuala Lumpur]], bandar raya terbesar di Malaysia) pada 1 Jun 1984 bertepatan dengan tarikh hijriyahhijriah 1 Ramadhan 1404H.
 
Tidak lama kemudian liputannya meningkat ke seluruh negara, dan pada hari ini ia boleh diterima di negara jiran, sama ada sebagai satu saluran daratan atau melalui satelit. Di [[Singapura]], saluran ini menimbulkan kontroversi kerana menyiarkan rancangan-rancangan dalam [[bahasa Kantonis]], antara dialek-dialek Cina yang diharamkan pihak berkuasa media [[Singapura]] sebagai langkah memupuk penggunaan [[bahasa Mandarin]] di kalangan rakyatnya. Kerajaan Singapura mencegah akhbar tempatan dan majalah-majalah daripada membawa susunan rancangan untuk saluran ini, walaupun ada bagi saluran televisyen Malaysia yang lain.