Sembilu II: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
→‎Sinopsis: Pembetulan jalan cerita
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 23:
 
==Sinopsis==
Azman ([[Mustapha Kamal]]), abang kepada Wati ([[Erra Fazira]]) telah dibicarakan dan dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun diatas kesalahan membakar rumah Awie ([[Awie]]). Manakala Wati pula telah menamatkan pengajiannya lalu mengambil alih syarikat arwah ayahnya bagi menggantikan tempat abangnya yang masih berada di penjara. Hubungan Awie dan Wati berjalan dengan lancar dan mereka merancang untuk bertunang. Namun dek kerana kesibukan masing-masing membuatkan pertunangan itu tertangguh dan Ziana ([[Ziana Zain]]) yang masih obses dengan Awie meneruskan rancangan liciknya untuk menggoda Awie agar jatuh ke dalam perangkapnya sekali lagi. Namun kali ini Ziana berpura-pura kononnya dia sudah melupakan perasaannya terhadap Awie dan berpura-pura menjadi teman yang sedia mendengar masalahnya. Azman akhirnya dibebaskan namun sikap Azman yang kini suka berdiam diri dan penuh misteri membuatkan Awie dilanda keresahan. Kemunculan Syamsul ([[Zulkifli Khan]]), mengeruhkan lagi hubungan Awie dan Wati. Syamsul yang menaruh hati kepada Wati berhasrat untuk memperisterikan Wati. Azman yang sememangnya masih menaruh dendam terhadap Awie berusaha untuk memisahkan Awie dan Wati dan membantu Syamsul untuk mendekati Wati. Awie menjadi cemburu apabila mengetahui Azman membantu Syamsul untuk mendapatkan Wati. Ziana yang mengetahui akan hal itu menjadi semakin ligat menjalankan rancangan jahatnya untuk memisahkan Awie dan Wati. Ziana menghasut Wati dengan mengatakan bahawa hubungannya dengan Awie mula kembali serius. Wati yang terpedaya dengan kata-kata Ziana itu kemudian segera menerima lamaran Syamsul. Bagaimanapun akhirnya Ziana menyedari bahawa Awie sememangnya tidak pernah menyimpan perasaan terhadapnya dan mencuba untuk meminta maaf dan menjelaskan keadaan sebenar kepada Wati namun segalanya sudah terlambat apabila mengetahui Wati bakaltelah berkahwin dengan Syamsul. Setelah mendengar penjelasan Ziana, Wati kemudian bertemu dengan Awie untuk meminta maaf diatas kesilapannya yang meragui kesetiaan Awie selama ini. Awie yang mengetahui Wati akantelah menjadi isteri Syamsul, kemudian memaafkan Wati namun dia terpaksa melepaskan Wati kerana tidak mahu menghalangmerosakan perkahwinan tersebut.Wati dan Syamsul
 
==Pelakon==