Lebuhraya Pan Borneo: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
ProtectedUsed (bincang | sumb.)
Gerardjr (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 90:
==Projek Lebuhraya Pan Borneo==
 
Pada tahun 2015, perdana menteri Dato Seri Najib Razak telah melancarkan Projek Lebuhraya Pan Borneo di Bintulu. Projek ini akan menggantikan lorong sedia ada, 2 hala kepada lorong baharu, 4 lorong 2 hala. Ini bermula dari Telok Melano di Sarawak ke Tawau di Sabah. Jangkaan projek ini siap sepenuhnya ialah sebelum 2026. Projek ini dikendalikan syarikat Bumiputera menerusi Pan Borneo Highway Sarawak dan Lebuhraya Borneo Utara Sdn Bhd bagi Sarawak serta Sabah Pan Borneo (BHP) bagi Sabah. Jumlah keseluruhan berjumlah RM27 bilion. Pada 26 Januari 2019, pakej pertama yang menghubungkan Telok Melano dan Sematan telah siap sepenuhnya dan dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya, Baru Bian dan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. Terdapat syarikat - syarikat Bumiputera terbesar terlibat dalam projek ini, termasuklah Cahya Mata Sarawak melalui anak syarikatnya, PPES Works (PPESW) Sdn Bhd, yang menjalinkan usaha sama dengan BinaPuri untuk projek ke-6, Sg. Awik - Persimpangan Bintangor, Hock Seng Lee (HSL) melalui usaha sama dengan Dhaya Maju Infrastructure (DMIA) untuk projek ke-7, Persimpangan Bintangor - Sg. Kua, Samling Resources Sdn Bhd, anak syarikat Samling Group untuk projek Telok Melano - Sematan, yang siap sepenuhnya dan Sematan - Sg. Moyan, Naim Berhad untuk projek Persimpangan Pantu - Batang Skrang melalui kerjasama dengan Gamuda Berhad, Endaya Construction Sdn Bhd bagi projek Batang Skrang - Sg. Awik hasil kerjasama dengan TRC Synergy Bhd dan Pembinaan Kuantiti Sdn Bhd dan Shin Yang Group melalui Pekerjaan Piasau Konkerit Sdn Bhd untuk projek ke-10, Persimpangan Lapangan Terbang Bintulu - Sg. Tangap (Jejambat Nyabau). Samling Group merupakan kontraktor tunggal yang melaksanakan dua projek serentak (Pakej pertama dan pakej kedua; Telok Melano - Sg. Moyan) manakala, Endaya TRC PK JV Sdn Bhd merupakan satu-satunya kontraktor yang terdiri daripada tiga syarikat - Endaya Construction Sdn Bhd, TRC Synergy Berhad dan Pembinaan KunatitiKuantiti Sdn Bhd - dan digabungkan melalui usaha sama antara ketiga-ketiga syarikat tersebut untuk projek ke-5 Batang Skrang - Sg. Awik. Konsortium KPE Sdn Bhd ditubuhkan melalui usaha sama antara KACC Sdn Bhd dan Perbena Emas Sdn Bhd bagi penamat projek dan pakej yang terakhir, pakej ke-11, Sg. Tangap - Jalan Pujut 7 Link.
 
==Kontraktor Lebuharaya Pan Borneo (Sabah)==