Nisan kerek: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 3:
Di Terengganu, perusahaan membuat manisan ini banyak terdapat di [[kampung Batangan]]<ref>[http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/terengganu/sedia-6-000-nisan-kerek-sehari-1.717586 Sedia 6,000 nisan kerek sehari]</ref> dan [[Kampung Jenang]]<ref>[https://www.hmetro.com.my/node/79191 Cara lama dimensi baru]</ref> yang terletak di dalam daerah [[Marang]]. Kebanyakan proses membuatnya adalah masih bersifat tradisional dan diusahakan secara berkeluarga. Beberapa perusahaan manisan di kampung ini mendapat sokongan daripada Yayasan Pembangunan Ushawan Terengganu yang banyak membantu mereka yang berminat didalam Industri Kecil dan Sederhana. Setiap keluarga biasanya mempunyai seorang penyadat atau mereka yang arif dalam soal memanjat pokok kelapa untuk menarah mayang dan mengumpulkan rembesan mayang yang boleh digunakan bagi menghasilkan air tuak, atau dimasak sehingga menjadi pekat untuk penghasilan nisan. Ia kemudian akan dituang kedalam gelung bulat yang dikenali sebagai '''keret''' dan dibiarkan menjadi keras. Nisan ini kemudian akan dibungkus untuk dijual.
 
== Penghasilan ==
Proses membuat manisan ini sememangnya memakan masa dan perlukan kesabaran. Kebiasaannya terdapat dua jenis manisan di hasilkan iaitu manisan gula dan manisan asli. Manisan gula mempunyai kandungan gula yang lebih tinggi dan manakala manisan asli mempunyai kandungan air tuak sehingga 90 peratus dan 10 peratus campuran gula. Air tuak yang siap di masak akan di tuang terus kedalam bekas yang di perbuat daripada mengkuang dari spesis jakas. Sementara menunggu air tuak masak sepenuhnya, kaum wanita akan membuat acuan manisan ini sebagai persediaan awal untuk menghasilkan manisan.
 
Baris 9 ⟶ 10:
Terdapat juga manisan yang dihasilkan dengan cara yang sama tetapi menggunakan pokok kabung. Ini dikenali sebagai [[gula kabung]], atau gula Melaka.
 
== Galeri contoh ==
<gallery>
Imej:YosriNisan.jpg
Baris 15 ⟶ 17:
</gallery>
 
== Rujukan ==
[[Kategori:Makanan]]