Media Prima Berhad: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Syafiq5677 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Hamish (bincang | sumb.)
Reverted 4 edits by Syafiq5677 (talk): Stop please by Twinkle Global (SWMT)
Teg: Buat asal
Baris 1:
{{hatnote|"Media Prima" dilencongkan di sini.}}
K
{{Infobox company
| name = Media Prima Berhad
| logo = Logo Media Prima.svg
| logo_size = 225px
| type = [[Syarikat awam|Awam]]
| genre =
| traded_as = {{myx|4502}}
| ISIN = MYL4502OO000
| foundation = {{start date and age|2003|9|23|df=yes}}
| location_city = [[Bandar Utama]], [[Petaling]], [[Selangor]], [[Malaysia]]
| area_served = Seluruh negara
| key_people = {{plainlist|
* Mohd Nasir Ahmad (Pengerusi)
* Kamal Khalid (Pengarah Urusan Kumpulan)
}}
| revenue = {{increase}} [[RM]] 1.40 bilion
| net_income = {{increase}} [[RM]] 137.08 juta
| num_employees = 3,919 (Disember 2017)
| parent =
| divisions = [[TV3]], [[E!]], [[ntv7]], [[8TV]], [[TV9]], [[Hot FM]], [[Fly FM]], [[One FM]], [[Kool FM]], [[New Straits Times Press]], [[Primeworks Studios]], [[Grand Brilliance]], Big Tree Outdoor, [[Media Prima Digital]], Media Prima Labs
| industry = [[Media massa]]
| products =
| services = Penyiaran televisyen, percetakan, radio, pengiklanan luar, penciptaan kandungan, media baru
| homepage = {{URL|www.mediaprima.com.my}}
| footnotes =
| intl =
}}
 
'''Media Prima Berhad''' ({{myx|4502}}) ialah konglomerat media dan hiburan bersepadu Malaysia yang beribu pejabat di [[Bandar Utama]]. Ia merupakan konglomerat media dan hiburan dan terbesar Malaysia dari segi pendapatan, pendapatan operasi, pendapatan bersih, aset, ekuiti, permodalan pasaran, dan bilangan pekerja. Ditubuhkan pada 2003 menerusi pemecahan aset media [[Malaysian Resources Corporation Berhad]] (MRCB), syarikat ini tersenarai di Papan Utama [[Bursa Malaysia]] dan kini memiliki 100 peratus kepentingan ekuiti dalam [[TV3]], [[E!]], [[ntv7]], [[8TV]] dan [[TV9]]. Media Prima juga memiliki lebih daripada 98 peratus kepentingan ekuiti dalam [[New Straits Times Press]], syarikat penerbitan akhbar terbesar di Malaysia yang menerbitkan akhbar-akhbar terkemuka seperti ''[[New Straits Times]]'', ''[[Berita Harian]]'' dan ''[[Harian Metro]]''.
O
 
Media Prima juga memiliki empat stesen radio iaitu, [[Fly FM]], [[Hot FM]], [[One FM]] dan [[Kool FM]] di bawah Rangkaian Radio Media Prima. Kepentingan lain berasaskan media bagi Media Prima adalah dalam bidang penerbitan karya; pengurusan acara dan bakat. Kedudukan kumpulan ini sebagai peneraju dalam bidang pengiklanan luar ialah melalui Big Tree Outdoor, UPD, The Right Channel dan Kurnia Outdoor.
 
Kumpulan ini juga telah mengembangkan sayapnya ke platform media baru melalui Alt Media dengan pelancaran portal internet gaya hidup, [[gua.com.my]] dan [[Tonton|Tonton.com.my]], video portal baru yang canggih dengan kemampuan definisi tinggi (HD) yang menawarkan kebebasan memilih kandungan secara individu dan rangkaian sosial yang interaktif. [[Emas (saluran TV)|Emas]] ialah saluran retro pertama di Malaysia yang menyiarkan program-program TV popular produksi Media Prima yang boleh ditonton melalui TV Internet Protokol (IPTV) di [[HyppTV]] dan [[Unifi]] milik [[Telekom Malaysia]]. Aurora Mulia Sdn. Bhd., yang dimiliki oleh [[Syed Mokhtar Al-Bukhary]], merupakan pemegang saham terbesar di dalam Media Prima.<ref>https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/188554</ref>
 
==Sejarah==
 
===2003–2010: Sejarah awal===
Kumpulan ini diwujudkan hasil pemecahan aset-aset media [[Malaysian Resources Corporation Berhad]] (MRCB), iaitu Sistem Televisyen Malaysia Berhad (yang mengendalikan rangkaian televisyen [[TV3]]) dan [[New Straits Times Press|New Straits Times Press (Malaysia) Berhad]]. Usaha penstrukturan semula korporat ini selesai pada Ogos 2003, memberi laluan kepada pelancaran Media Prima pada bulan berikutnya. Media Prima mengambil alih status penyenaraian Sistem Televisyen Malaysia dalam Papan Utama [[Bursa Malaysia|Bursa Malaysia Securities Berhad]].
 
Tidak lama kemudian, Media Prima membeli 80% kepentingan dalam Metropolitan TV Sendirian Berhad yang memiliki satu lesen Penyedia Perkhidmatan Aplikasi Kandungan (CASP) yang membolehkannya membuka sebuah stesen televisyen. Pada 8 Januari 2004, Metropolitan TV melancarkan stesen [[8TV]] sebagai pengganti [[MetroVision]] yang ditutup pada November 1999.
 
Kemudian pada 29 April, Media Prima membeli Perintis Layar Sendirian Berhad (PL) yang memiliki 75% saham Max-Airplay Sendirian Berhad. Max-Airplay sebelum ini pernah diberi kebenaran membuka stesen radio oleh Malaysia Airports Sepang yang memegang lesen CASP untuk penyiaran radio. Pada 30 Jun, syarikat ini memulakan siaran ujian di [[Lembah Kelang]] sebelum meluaskan kehadirannya di seluruh negara dengan siaran penuh pada 3 Oktober sebagai [[Fly FM]].
 
Pada 10 Jun, Media Prima mengumumkan jaminan 98% saham ekuiti sebanyak RM49 juta dalam Ch-9 Media Sendirian Berhad yang mengendali rangkaian televisyen [[Channel 9]]. Saluran ini pernah ditutup pada awal tahun 2005 untuk penstrukturan semula korporat.<ref>{{en}} {{cite news|url=http://www.apb-news.com/content/july05/lead-mediaprima.htm|title=Media Prima takes over Channel 9|publisher=APB Online|date=2005-07-15}}</ref> Akhirnya Channel 9 dibuka semula sebagai [[TV9]] pada 22 April 2006.
 
Pada Julai 2005, syarikat ini mengumumkan bantuannya kepada Natseven TV Sendirian Berhad, Synchrosound Studio Sendirian Berhad dan Questseven Dot Com Sendirian Berhad dalam menjalani "skim penstrukturan semula korporat dan hutang". Dalam satu kenyataan akhbar, syarikat ini juga menyatakan akan "mengenal pasti lingkungan-lingkungan yang mana kedua-dua pihak boleh membentuk hubungan strategik untuk bekerjasama." Natseven TV mengendali rangkaian televisyen [[ntv7]], sementara Synchrosound Studios dan Questseven merupakan pemegang lesen dan pengendali stesen radio WowFM.<ref name="ntv7">{{en}} {{cite news|title=ntv7 for RM90m|url=http://www.theedgedaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_32843483-cb73c03a-a45a2400-c0c1a458|author=Francis, I.|publisher=The Edge Daily|date=2005-10-27}}</ref> Sekarang Synchrosound Studios pengendali stesen radio [[Hot FM]].
 
Kemudian pada 27 Oktober, diumumkan bahawa Media Prima telah membeli 100% saham Natseven TV bernilai RM90 juta. Pembelian ini menaikkan bahagian pasaran penonton televisyen Media Prima ke 48%, sekaligus menjadikan Media Prima pemilik kesemua rangkaian televisyen swasta [[siaran percuma]] di Malaysia.<ref name="ntv7"/>
 
Pada tahun 2007, rangkaian televisyen Media Prima memperkenalkan kemudahan Catch-Up TV bagi rancangan-rancangan yang disiarkan TV3, ntv7, 8TV dan TV9, kebanyakannya rancangan tempatan dan buatan stesen sendiri, di laman web masing-masing, untuk penonton setia yang terlepas siaran rancangan terlibat di kaca TV.<ref>{{cite web|url=http://broadcastengineering.com/automation/digital-rapids-media-prima/|title=Digital Rapids brings Malaysian TV online for Media Prima|publisher=BoradcastEngineering|date=2007-11-28}}</ref> Selain itu, Media Prima melancarkan portal Internet [[gua.com.my]]. Tidak lama kemudian pada tahun yang sama, Media Prima melancarkan perkhidmatan panggilan video rancangan TV dan gua.com.my ke telefon bimbit 3G.<ref>{{cite web|url=http://www.mobileworld.com.my/v2/index.php/20071210432/Consumer/News/Media_Prima_launches_Mobile_TV_service.html|title=Media Prima launches Mobile TV service|publisher=Mobile World|date=2007-12-10}}</ref>
 
Pada tahun 2008, Media Prima mengasaskan sebuah anak syarikat di [[Filipina]] bernama MPB Primedia Inc. yang bergandingan dengan dengan [[Associated Broadcasting Company|ABC Development Corp.]] untuk melancarkan semula saluran [[The 5 Network|TV5]] dengan imej baru dengan pembiayaan dana media AS$150 juta yang disediakan oleh pihak Media Prima.<ref>{{cite news|author=Jeeva Arulapalam|title=Media Prima upbeat on Philippine TV network venture|publisher=Business Times|date=2008-07-29|url=http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/Tuesday/Frontpage/jmp28-2.xml/Article/index_html|accessdate=2008-10-02}}</ref> Bekas Pengarah Pengurusan [[EMI]] Filipina Christopher Sy menyelia operasi MPB Primedia. Malangnya, setahun kemudian, ekoran krisis ekonomi sedunia, Media Prima terpaksa menjual seluruh pegangan saham 70%-nya kepada Mediaquest Holdings Inc pada harga RM 54 juta untuk membendung kecairan keuntungan bagi pihak Media Prima.<ref>{{cite news|title= Media Prima sells MPB Primedia for US$16m |publisher=Business Times |date=21 Oktober 2009|url=http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/mpb20-2/Article/index_html|accessdate=30 November 2009}}</ref>
 
Pada tahun 2008 juga, sebuah lagi anak syarikat bernama [[Primeworks Studios]] dilancarkan untuk mengambil alih penerbitan televisyen stesen-stesen TV3, ntv7, 8TV dan TV9 (kecuali berita) di samping berusaha menjayakan produk TV Malaysia ke pasaran antarabangsa.<ref>{{cite news|title=MPB's primeworks studios gears towards international market|publisher=OnScreen Asia|date=2008-08-18|url=http://www.onscreenasia.com/article-3555-mpbsprimeworksstudiosgearstowardsinternationalmarket-onscreenasia.html|accessdate=2008-09-11|language=Inggeris}}</ref><ref>{{cite news|title=Media Prima unit to liven up content|author=Jeeva Arulampalam|publisher=Business Times|date=2008-09-12|url=http://web.archive.org/web/20080918035803/http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/Saturday/Nation/jpworks.xml/Article/index_html|accessdate=2008-09-21}}</ref>
 
Pada tahun 2010, Media Prima, menerusi anak syarikatnya Alt Media, melancarkan tapak sesawang video [[Tonton]] yang menggantikan ciri Catch-Up TV di tapak-tapak stesen TV sebagai portal penontonan video rancangan yang baru disiarkan di TV.
 
===2011–2016: Pengembangan===
Pada September 2011, Media Prima merupakan antara 6 syarikat penyiaran ASEAN termasuk [[MediaCorp]], [[Media Nusantara Citra]] dan [[ABS-CBN]] bergabung bagi membentuk satu perikatan penyiaran serantau yang dikenali sebagai [[Smart Alliance]] bagi menjalankan perikatan untuk bekerjasama dalam tiga bidang—kandungan, jualan dan pemasaran, dan teknologi–dan memanfaatkan skala ekonomi dan pasaran gabungan yang boleh ditawarkan oleh rantau ini.<ref>{{Cite web|url=http://www.channelnewsasia.com/stories/singaporelocalnews/view/417408/1/.html|title=Six broadcasters from ASEAN form SMART Alliance|date=September 24, 2011|publisher=[[MediaCorp]] [[Channel NewsAsia]]|accessdate=December 2, 2015}}</ref><ref>{{cite web|url=http://www.mysinchew.com/node/22886|title=Media Prima joins SMART Allliance with ASEAN broadcasters|date=6 April 2009|accessdate=12 Januari 2013|website=My Sinchew}}</ref>
 
Dalam tahun 2011, Media Prima mempunyai bilangan penonton dan kekuatannya terletak pada asalnya kandungannya, yang telah menjadi sebahagian penting dalam landskap TV Malaysia. Tetapi ia mungkin mengalami adeks yang hilang tahun depan dengan kemasukan ABN, menurut penganalisis: "pai tidak mendapat apa-apa yang lebih besar".<ref>{{cite web|url=https://www.thestar.com.my/business/business-news/2011/11/26/media-prima-has-lions-share-of-freetoair-tv-viewers/|title=Media Prima has lion’s share of free-to-air TV viewers|author=John Loh|publisher=[[New Straits Times]]|date=26 November 2011|accessdate=25 April 2012}}</ref>
 
Media Prima bekerja sama dengan [[Perbadanan Pembangunan Multimedia]] (MDeC) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) selama tiga tahun bagi mempromosikan acara dan inisiatif berkaitan industri kreatif yang dilaksanakan melalui Inisiatif ICT Negara melalui MSC Malaysia.<ref>{{cite web|url=https://www.theedgemarkets.com/article/mdec-media-prima-promote-creative-industry|title=MDeC, Media Prima to promote creative industry|author=|publisher=The Edge Markets|date=16 Ogos 2011|accessdate=25 April 2012}}</ref>
 
Pada tahun 2012, Media Prima telah memperuntukkan RM100 juta kepada RM120 juta sebagai perbelanjaan modal (capex) setahun untuk tiga tahun akan datang. Profil kredit kumpulan dan penarafan P1 mencerminkan kedudukan pasarannya yang kukuh dalam industri media, serta profil kewangan yang mantap.<ref>{{cite web|url=https://www.thestar.com.my/business/business-news/2012/08/13/media-prima-plans-rm100m-to-rm120m-capex-per-year-over-3-yrs/|title=Media Prima plans RM100m to RM120m capex per year over 3 yrs|author=|publisher=The Star Online|date=23 November 2012|accessdate=26 April 2013}}</ref>
 
Konglomerat ini mencatatkan pertumbuhan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) sebanyak 3% untuk tahun-ke-tarikh (YTD) September 2012.<ref>{{cite web|url=https://www.marketing-interactive.com/media-prima-grows-in-strength/|title=Media Prima grows in strength|author=|publisher=Marketing Interactive|date=13 Ogos 2012|accessdate=26 April 2013}}</ref>
 
Pada November 2012, Media Prima memperkenalkan laman sesawang video digital yang dikenali sebagai Vedoo yang disasarkan untuk individu kreatif yang menghasilkan iklan video dalam mempromosikan sesebuah produk.<ref>{{cite web|url=https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2012/11/03/stesen-tv-media-prima-beri-golongan-muda-hasilkan-iklan-video|title=Stesen TV Media Prima Beri Golongan Muda Hasilkan Iklan Video|author=Feride Hikmet Atak|publisher=[[mSTAR Online]]|date=3 November 2012|accessdate=26 April 2013}}</ref>
 
Pada 14 Disember 2012, Media Prima melancarkan unit perniagaan digital mereka yang diperluaskan sebagai [[Media Prima Digital]]. Penyusunan semula ini merupakan sebahagian daripada strategi Media Prima yang lebih luas untuk menyelaraskan dan mengoptimumkan perniagaan digital yang kini wujud di pelbagai platform. Media Prima Digital akan menjadi peneraju untuk menjadikan media baru menjadi salah satu perniagaan utama Kumpulan, termasuk televisyen, cetak, radio, penciptaan kandungan, dan rumah atau papan tanda.<ref>{{cite web|url=https://www.hardwarezone.com.my/tech-news-media-prima-unveils-integrated-digital-media-arm|title=Media Prima Unveils Integrated Digital Media Arm|author=Jeremy Cheong|publisher=Hardware Zone|date=14 Disember 2012|accessdate=26 April 2013}}</ref>
 
Pada Februari 2013, Media Prima telah mengumumkan tiga pelantikan utama untuk membantu meningkatkan kecekapan operasi. Kumpulan ini melantik Datuk Kamal Khalid sebagai ketua pegawai operasi (perkhidmatan berkumpulan kumpulan), [[Ahmad Izham Omar]] sebagai ketua pegawai eksekutif (rangkaian televisyen) dan Shareen Ooi Bee Hong sebagai ketua pegawai pemasaran kumpulan, yang akan berkuat kuasa 1 Mac 2013.<ref>{{cite web|url=https://www.thestar.com.my/business/business-news/2013/02/26/media-prima-appoints-key-personnel/|title=Media Prima appoints key personnel|author=|publisher=[[The Star Online]]|date=26 Februari 2013|accessdate=26 April 2013}}</ref>
 
Media Prima merancang untuk beralih ke suapan definisi tinggi (HD) untuk salah satu saluran TV terestrialnya. Ia mengambil masa awal semester pertama 2014 walaupun media gergasi belum lagi mendedahkan saluran sebenar (daripada empat) yang akan menerima rawatan HD.<ref>{{cite web|url=https://www.lowyat.net/2013/10840/media-prima-plans-to-launch-hd-simulcast-for-its-tv-channel-in-2014/|title=Media Prima Plans To Launch HD Simulcast For Its TV Channel In 2014|author=|publisher=Lowyat|date=22 Julai 2013|accessdate=26 April 2014}}</ref>
 
Pada 23 April 2014, Media Prima mendedahkan bahawa mereka tidak akan menyiarkan perlawanan [[Piala Dunia FIFA 2014]] yang akan datang di [[Brazil]] kerana kos yang terlalu tinggi. Menurut pengarah urusan kumpulan [[Datuk]] [[Amrin Awaluddin]]: "Kami tidak akan membawa perlawanan Piala Dunia kerana kos terlalu tinggi, tetapi kami membawa beberapa berita luar mengenai Piala Dunia, pasukan, sambutan atau peristiwa yang berlaku sepanjang perlawanan,".<ref>{{cite web|url=https://www.thesundaily.my/archive/1026946-MRARCH249614|title=Media Prima drops Fifa ball|author=|publisher=[[The Sun, Malaysia]]|date=24 April 2014|accessdate=26 April 2014}}</ref>
 
Media Prima mengumumkan pada November 2014 bahawa ia akan mengurangkan bilangan pekerja dengan menawarkan mereka satu bayaran sekali sahaja. Menurut kenyataan Media Prima, skim pemisahan bersama (MSS) akan dilaksanakan mulai 14 November dan siap pada 15 Disember.<ref>{{cite web|url=https://www.thestar.com.my/business/business-news/2014/11/08/media-prima-to-reduce-headcount-via-mss/|title=Media Prima to reduce headcount via MSS|author=Desiree Tresa Gasper|publisher=[[The Star Online]]|date=8 November 2014|accessdate=26 April 2015}}</ref>
 
Media Prima diiktiraf sebagai salah satu daripada 10 syarikat paling telus bagi tahun 2014 oleh Badan Pengawas Pemegang Saham, syarikat lain yang turut diiktiraf ialah [[Maybank]] dan [[Telekom Malaysia]].<ref>{{cite web|url=http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-nasional/578-2015-05/19491-15-mei-media-prima-tm-maybank-antara-10-syarikat-paling-telus-2014-.html|title=Media Prima, TM, Maybank antara 10 syarikat paling telus 2014|author=|website=pmr.penerangan.gov.my|date=15 Mei 2015|accessdate=16 Mei 2015}}</ref>
 
Pada 13 Ogos 2015, Media Prima mengumumkan perletakan jawatan Datuk Johan Jaafar sebagai Pengerusi, Datuk Seri [[FD Iskandar]] dilantik sebagai pengerusinya yang baharu berkuatkuasa 31 Ogos 2015.<ref>{{cite web|url=https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2015/08/13/johan-jaafar-media-prima|title=Johan Jaafar letak jawatan pengerusi Media Prima|author=|publisher=[[mStar Online]]|date=13 Ogos 2015|accessdate=14 Ogos 2015}}</ref>
 
Pada awal 2016, Media Prima Berhad dan [[CJ Group|CJ O Shopping Corporation]] menandatangani perjanjian untuk menubuhkan rangkaian beli-belah rumah yang mengintegrasikan platform televisyen, dalam talian dan mudah alih.<ref>{{cite web|url=http://www.theedgemarkets.com/article/media-prima’s-jv-launches-home-shopping-business|title=Media Prima’s JV launches home shopping business|publisher=The Edge Markets|date=4 April 2016|accessdate=6 April 2016}}</ref> Saluran TV membeli-belah yang diberi nama [[CJ Wow Shop|CJ WOWSHOP]] akan dikendalikan oleh MP CJ O Shopping Sdn. Bhd.<ref>{{cite web|url=https://www.lipstiq.com/2016/119358/home-shopping-network-cj-wow-shop-debuts-in-malaysia|title=Home Shopping Network CJ WOW SHOP Debuts In Malaysia|author=Dang Sari|publisher=Lipstiq Malaysia|date=|accessdate=6 April 2017}}</ref> CJ WOW Shop menjejaki lebih 1,400 pesanan dengan pendapatan jualan menggandakan sasaran awalnya sejak hari pembukaan dan maklum balas diperoleh dari seluruh Malaysia bermula dari segmen pertama yang disiarkan pada pukul 6 pagi, dengan sekurang-kurangnya 50 pembelian yang berasal dari pelanggan di [[Malaysia Timur]].<ref>{{cite web|url=http://www.marketing-interactive.com/media-prima-berhad-partners-koreas-cj-o-shopping-co/|title=Media Prima Berhad partners with Korea’s CJ WOW Shopping Co.|publisher=Marketing Interactive|date=5 April 2016|accessdate=6 April 2016}}</ref>
 
Media Prima telah menyusun semula operasi percetakan dan menumpukan perhatian kepada insiatif digital. Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Datuk Seri Amrin Awaluddin, "Penyusunan semula operasi loji percetakan kami, misalnya, adalah untuk mengurangkan kapasiti percetakan dan mengoptimumkan kecekapan kos".<ref>{{cite web|url=https://www.bharian.com.my/node/218163|title=Media Prima susun semula operasi percetakan, fokus inisiatif digital|author=Ahmad Fiesal Othman|publisher=[[Berita Harian]]|date=29 November 2016|accessdate=20 April 2017}}</ref>
 
===2017–kini: Perkembangan terkini===
Pada Mei 2017, Media Prima mengumumkan perjanjian untuk memperoleh pemula media baru Rev Asia untuk RM105 juta, atau kira-kira $ 24.2 juta. Perjanjian itu akan menyaksikan Rev Asia diintegrasikan ke dalam platform Media Prima untuk mewujudkan entiti media digital terbesar di Malaysia. Peningkatan Rev Asia pula bermakna jumlah jualan Media Prima akan menduduki tempat ketiga di Malaysia berdasarkan lalu lintas—seramai 10.4 juta pelawat bulanan—di belakang hanya [[Facebook]] dan [[Google]], yang menarik kira-kira 15.7 juta dan 14.1 juta sebulan.<ref>{{cite web|url=https://techcrunch.com/2017/05/08/media-prima-buys-rev-asia-for-24m/|title=Media Prima buys Rev Asia for $24M to create Malaysia’s largest digital media platform|author=Jon Russell|publisher=TechCrunch|date=9 Mei 2017|accessdate=10 Mei 2017}}</ref>
 
Pada 13 Oktober 2017, Media Prima diumumkan antara 45 syarikat di Malaysia yang diiktiraf dengan anugerah 'Syarikat Terbaik di Asia untuk Bekerja' oleh HR Asia.<ref>{{cite web|url=https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/10/337003/media-prima-antara-syarikat-terbaik-di-asia|title=Media Prima antara syarikat terbaik di Asia|author=Nazura Ngah|publisher=[[Berita Harian]]|date=13 Oktober 2017|accessdate=13 Oktober 2017}}</ref>
 
Pada Jun 2018, Media Prima melalui anak syarikatnya, Rev Asia Holdings Sdn Bhd mengumumkan telah mengambil alih 52% kepentingan ekuiti Vocket Media Sdn Bhd bernilai RM2.6 juta. Pengambilalihan itu juga sekaligus menjadikan Vocket sebagai sebuah lagi anak syarikat baharu Media Prima. Menurut kenyataan mereka: "Usaha mengambil alih ini adalah selari dengan pelan tranformasi MPB dan anak-anak syarikatnya bagi mengembangkan bisnes digital memandangkan yang Vocket mempunyai laman sosial millenial Melayu yang berkembang dengan pantas di Malaysia."<ref>{{cite web|url=https://kapital.my/2018/06/thevocket-com-kini-milik-media-prima/|title=TheVocket.com Kini Milik Media Prima|author=|publisher=Kapital|date=13 Jun 2018|accessdate=13 Jun 2018}}</ref>
 
Syarikat ini memulakan kerjasama dengan penyedia perkongsian video [[YouTube]] melalui perkhidmatan "Players for Publishers" untuk mengukuhkan kedudukannya dalam industri media digital di Malaysia. Melalui kerjasama itu, kandungan video berkualiti tinggi yang dihasilkan oleh MPB termasuk dari rangkaian televisyen, radio, The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP) dan Media Prima Digital boleh didapati di YouTube.<ref>{{cite news|url=https://www.nst.com.my/business/2018/08/399075/media-prima-partners-youtube-enhance-its-digital-media-platform|title=Media Prima partners with YouTube to enhance its digital media platforms|author=Hazwan Faisal Mohamad|work=[[New Straits Times]]|date=7 Ogos 2018|accessdate=1 September 2018}}</ref>
 
Media Prima dilaporkan telah menjual tapak Balai Berita New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) di Bangsar dan tanah di mana kilang percetakannya terletak di Shah Alam kepada PNB Development Sdn Bhd padaharga RM280 juta. Ini merupaka aset utama kedua yang dilupuskan oleh kumpulan itu selepas menjual kepentingan 21.36% kepada [[Malaysian Newsprint Industries]] (MNI) untuk pertimbangan tunai sebanyak RM45.4 juta pada 2 Mei.<ref>{{cite news|url=https://www.thestar.com.my/business/business-news/2018/08/31/media-prima-sells-bangsar-shah-alam-properties/|title=Media Prima sells Bangsar, Shah Alam properties|work=[[The Star Online]]|date=31 Ogos 2018|accessdate=1 September 2018}}</ref>
 
Media Prima menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama [[Dailymotion]] pada 22 Oktober 2018 bagi mengembangkan jangkauan digital dan mempertingkatkan kandungan video kepada penonton Malaysia.<ref>{{cite news|url=https://www.nst.com.my/news/nation/2018/10/424054/media-prima-signs-mou-collaboration-dailymotion|title=Media Prima signs MoU on collaboration with Dailymotion|author=Esther Landau|work=[[New Straits Times]]|date=31 Ogos 2018|accessdate=1 September 2018}}</ref>
 
Setakat 30 Januari 2019, Media Prima ialah penyedia kandungan mudah alih pilihan pengguna, mengatasi [[Google]] dan [[Facebook]].<ref>{{cite news|url=https://www.nst.com.my/business/2019/01/455970/media-prima-beats-google-facebook-malaysias-most-popular-choice-mobile|title=Media Prima beats Google and Facebook as Malaysia’s most popular choice for mobile content|author=|work=[[New Straits Times]]|date=30 Januari 2019|accessdate=23 April 2019}}</ref>
 
Pada 9 April 2019, Media Prima bekerjasama dengan Grabyo bagi meningkatkan strategi video sosialnya dan meningkatkan dominasinya dalam pasaran kandungan digital Malaysia.<ref>{{cite news|url=https://advanced-television.com/2019/04/10/media-prima-partners-with-grabyo/|title=Media Prima partners with Grabyo|work=Advanced Television|date=10 April 2019|accessdate=20 April 2019}}</ref>
 
Media Prima telah memeterai perkongsian digital dengan [[iflix]] untuk TV tangkapan percuma, sejurus selepas iflix menandatangani perkongsian yang sama dengan JTBC Content Hub, cabang pengedaran kandungan syarikat media Korea Selatan JTBC. Sebagai sebahagian daripada perkongsian itu, Media Prima akan menjadikan lebih 1,000 jam kandungan dari perpustakaannya melalui saluran berjenama tonton khusus pada platform iflix untuk meningkatkan penawaran kandungan tempatan Malaysia.<ref>{{cite news|url=https://www.marketing-interactive.com/media-prima-ties-up-with-iflix-for-dedicated-tonton-branded-channel/|title=Media Prima ties up with iflix for dedicated tonton branded channel|author=Janice Tan|work=Marketing Interactive|date=25 April 2019|accessdate=2 Mei 2019}}</ref><ref>{{cite news|url=https://worldscreen.com/tvasia/iflix-partners-with-media-prima-for-local-content/|title=Iflix partners with Media Prima for local content|author=Mansha Daswani|work=Worldscreen|date=24 April 2019|accessdate=2 Mei 2019}}</ref>
 
Pada Julai 2019, tokoh perniagaan [[Syed Mokhtar Al-Bukhary]] dilaporkan telah memiliki 24% kepentingan dalam Media Prima.<ref>{{cite news|url=https://www.theedgemarkets.com/article/now-he-has-24-stake-what-would-syed-mokhtar-do-media-prima|title=Now that he has a 24% stake, what would Syed Mokhtar do with Media Prima?|author=|work=The Edge Markets|date=6 Julai 2019|accessdate=15 Julai 2019}}</ref> Ini menjadikan beliau sebagai pemegang saham ketiga terbesar di Media Prima.<ref>{{cite news|url=https://www.theedgemarkets.com/article/umno-sells-1109-media-prima-stake-syed-mokhtar|title=UMNO sells 11.09% Media Prima stake to Syed Mokhtar|author=|work=The Edge Markets|date=3 Julai 2019|accessdate=15 Julai 2019}}</ref> Pada tahun 2019, menurut satu sumber, Media Prima akan memindahkan operasinya dari Sri Pentas di Bandar Utama, yang telah beroperasi sejak 1990-an. Salah satu premis kumpulan yang sedang mempertimbangkan untuk berpindah ialah di Saujana Resort, Seksyen U2, Shah Alam yang dimiliki oleh Pelaburan Hartanah Bhd.<ref>{{cite news|url=https://www.theedgemarkets.com/article/media-prima-said-be-moving-out-sri-pentas|title=Media Prima said to be moving out of Sri Pentas|author=Esther Lee|work=The Edge Markets|date=6 Ogos 2019|accessdate=23 September 2019}}</ref>
 
==Bahagian pasaran==
Pada tahun 2007, Media Prima ialah kumpulan media terbesar di Malaysia dengan memiliki kesemua stesen televisyen swasta utama serta menguasai kira-kira 54% penonton televisyen Malaysia, sementara pesaing terdekatnya iaitu pengendali televisyen berbayar satelit, [[Astro (televisyen satelit)|Astro]] pula menguasai lebih kurang 29% penonton. [[Radio Televisyen Malaysia]] (RTM) milik kerajaan pula meraih 17% pasaran.<ref name="netto">{{cite news | first=Anil | last=Netto | coauthors= | title=Malaysian media giant grasps for Internet | date=30 November 2017 | publisher=Malaysia Today | url =http://www.malaysia-today.net/nuc2006/news2007.php?itemid=709 | work =Asia Times Online | pages = | accessdate = 7 Disember 2007 | language = Inggeris}}</ref> Media Prima juga memiliki stesen radio [[Fly FM]], [[Hot FM]] dan [[One FM]].
 
Selaku pemilik [[New Straits Times Press]] (NSTP), Media Prima turut menguasai akhbar ber[[bahasa Inggeris]] iaitu [[New Straits Times]] serta akhbar ber[[bahasa Malaysia]] iaitu [[Berita Harian]] dan [[Harian Metro]]. Media Prima mengaku akhbar-akhbar NSTP meraih 50% bahagian pasaran akhbar di Malaysia dengan lebih dua juta orang pembaca setiap hari.{{Fact|date=December 2007}} Bahagian Media Prima dalam jumlah pengiklanan cetak di negara kira-kira 59% pada tahun 2007.<ref name="netto"/>
 
==Stesen siaran==