Kubang Kerian: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 59:
'''Kubang Kerian''' adalah merupakan satu daerah yang dahulu asalnya adalah bernama daerah '''[[Lundang]]'''. Daerah [[Lundang]] ini telah ditubuh pada tahun 1801 oleh Al marhum Sultan Muhammad I untuk dikurniakan kepada dua pupundanya iaitu Al marhum Tuan Lebar Bin Tuan Khomis selaku salah seorang pembesar tertinggi Kelatan yang bergelar Dato' Panglima Perang Lundang untuk memerintah sebagai wizurai yang berpusat di Kampung [[Lundang]]. Selepas Tuan Lebar, keturunannya pula mewarisi sebagai penguasa daerah Lundang ini zaman berzaman sehinggalah pada tahun 1910 apabila berakhir dengan Dato' Lundang.
 
Batas sempadan daerah Lundang ini bermula dari sungai Wakaf Stan di timur hingga sungai Kampung Sireh disebelah barat, sungai Lundang sebelah selatan hingga ke Paya Rambai disebelah utara. Pada awal dekad 1970-an, daerah Lundang telah dipinda batas sempadan pentadbirannya dan telah diubah nama menjadi daerah Kubang Kerian oleh pihak kerajaan bagi mewujudkan subbandar yang baharu kepada bandar raya [[Kota Bharu]] selaras dengan plan rancangan bandar baru yang dikenali sebagai Bandar Baru Kubang Kerian.
 
Nama baharu bagi daerah Kubang Kerian ini diambil sempena nama sebuah kampung yang terletak dipersimpangan Jalan Pasir Puteh dan Jalan Sultan Yahya Petra. Kampung ini berjiran dengan Kampung Kenali disebelah timur dan Kampung Pulong disebelah selatan.
 
==Daerah Dan Bandar Baru Kubang Kerian Sekarang==