Kubang Kerian: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 65:
==Daerah Dan Bandar Baru Kubang Kerian Sekarang==
 
Daerah Kubang Kerian merupakan pusat sebuah kawasan Parlimen dalam jajahan [[Kota Bharu]], [[Kelantan]], [[Malaysia]] yang juga dikenali sebagai Parlimen Kubang Kerian. Di dalam daerah Kubang Kerian terdapat beberapa mukim antaranya [[Lundang]], [[Mukim Al Muttaqin, Lundang|Al Muttaqin]], [[Demit]], [[Kenali]], [[Langgar]], [[Chicha]], [[Telok Baru]], [[Wakaf Stan]], [[Bunut Payung]], [[Wakaf Siku]], dan [[Pulong]]. Majoriti penduduk dalam daerah Kubang Kerian ini adalah merupakan [[Muslim]].
 
Di kawasan bandar baru Kubang Kerian selain mempunyai kawasan perumahan, apapartment dan kondominium serta juga perumahan flat, terdapat juga Kampus cawangan [[Universiti Sains Malaysia]] (USM) atau lebih dikenali sebagai Kampus Kesihatan USM (USMKK). Kampus ini memiliki 3 pusat pengajian - Sains Perubatan (termasuk [[Jabatan Neurosains]]), Sains Pergigian dan Sains Kesihatan. Sebuah hospital pengajaran, [[Hospital Universiti Sains Malaysia]] (HUSM) juga terletak di kawasan kampus. Bandar Baru Kubang Kerian terletak kira-kira 10-15 minit perjalanan dari Kota Bharu dan kira-kira 15-20 minit dari lapangan terbang [[Pengkalan Chepa]]. Mempunyai sebuah klinik kesihatan kerajaan dan tiga buah sekolah menengah kebangsaan iaitu SMK Kubang Kerian, SMK Kubang Kerian 2 dan SMK Kubang Kerian 3.