Perbezaan antara semakan "Qin Shi Huang"

1,846 bait dibuang ,  6 bulan lalu
Sungguhpun pemerintahan [[autokrasi|autokratik]] baginda yang begitu zalim, namun Qin Shi Huang masih dianggap oleh ramai pada masa kini sebagai seorang tokoh penting dalam sejarah China kerana penyatuan China telah bertahan selama lebih 2,000 tahun.
 
Qin Shi Huang mencipta satu gelaran yang padan dengan pencapaiannya menyatukan Negera Cina yang luas, malah menyatukan dunia. China kuno, seperti [[Rom purba]], percaya empayar mereka merangkumi seluruh dunia, konsep yang dirujuk sebagai "semua yang berada di bawah langit/syurga".
== Konvensyen penamaan ==
 
Qin Shi Huang telah diputerakan dalam Kerajaan Zhao, maka baginda menerima nama akhir Zhao, yang merupakan cabang "Ying". Baginda dilahirkan pada bulan Cina ''zhēng'' (正), bulan pertama dalam kalendar Cina dahulu, dan menerima nama yang diberi iaitu Zheng (政), kedua-duanya boleh saling diubah ketika Cina kuno. Dalam antikuiti Cina, orang menggabungkan nama keluarga dan nama diberi bersama seperti kebiasaan orang Cina kini. Maka, pada zaman dahulu, Qin Shi Huang adalah "Zhao Zheng" atau "Ying Zheng".
 
Nama yang diberikan tidak pernah digunakan kecuali oleh saudara terdekat; maka, adalah salah untu memanggil Qin Shi Huang "Putera Zheng", atau dengan istilah dinasti biasa "Raja Zheng dari Qin". Sebagai seorang raja, baginda dirujuk sebagai "Raja Qin" sahaja. Jika baginda menerima nama selepas kemangkatan seperti ayahanda baginda, baginda akan dikenali oleh para sejarahwan sebagai "Raja NN. (nama anumerta) dari Qin".
 
Selepas menakluk Negera yang terakhir pada [[221 SM]], Qin Shi Huang merupakan raja Negera Qin yang memerintah seluruh China, satu pencapaian yang tidak pernah dilakukan sebelumnya. Berkeinginan untuk menunjukkan bahawa baginda bukan lagi raja biasa seperti ketika Tempoh Peperangan Negera, baginda mencipta gelaran baru, ''huangdi'' (皇帝), menggabungkan perkataan ''huang'' (皇) dari legenda Tiga ''Huang'' (Tiga yang Mulia) yang memerintah ketika permulaan sejarah China, dan perkataan ''di'' (帝) dari legenda Lima ''Di'' (Lima Maharaja) yang memerintah selepas Tiga ''Huang''. Tiga ''Huang'' dan Lima ''Di'' dianggap pemerintah sempurna, kuasa yang sangat hebat dan panjang umur. Perkataan ''huang'' juga bermakna "besar", "hebat". Perkataan ''di'' juga merujuk kepada Tuhan Utama di Syurga, pencipta dunia. Maka, dengan menggabungkan kedua-dua perkataan itu buat kali pertama, Qin Shi Huang mencipta satu gelaran yang padan dengan pencapaiannya menyatukan Negera Cina yang luas, malah menyatukan dunia. China kuno, seperti [[Rom purba]], percaya empayar mereka merangkumi seluruh dunia, konsep yang dirujuk sebagai "semua yang berada di bawah langit/syurga".
 
== Rujukan ==
Pengguna awanama