Kerajaan Aru: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Naval Scene (bincang | sumb.)
Naval Scene (bincang | sumb.)
Baris 75:
Di dalam Kerajaan Aru, ada tiga agama yang dianut oleh masyarakatnya: [[Islam]], kepercayaan yang dipegang oleh golongan elit kerajaan, keluarga bangsawan dan masyarakat pesisir; Hindu yang dipegang oleh golongan peneroka Tamil; dan pagan animisme asli yang diamalkan oleh penduduk Karo di kawasan pedalaman. Kerajaan Aru pada mulanya dibangun oleh [[Karo|masyarakat Karo]] yang lebih besar, yang berbudaya pagan [[animisme]].<ref name="Muljana-Haru"/> Sistem kepercayaan animisme tradisional Karo disebut ''[[Pemena]]''.
 
Rekod Ming CinaChina ''Yingya Shenglan'' (1416) menyebutkan bahawa Raja Aru dan rakyatnya telah memeluk agama Islam. Perpindahan masuk Islam kemungkinan besar berlaku lebih awal, iaitu pada akhir abad ke-13. Batu nisan Islam yang ditemui di Kota Rentang mengesahkan bahawa masyarakat Islam telah berakar kuat di kerajaan ini.<ref name="Kompas-Aru"/>
 
Penggalian arkeologi telah menemui serpihan lingam, yang menunjukkan bahawa sebahagian daripada masyarakat Aru, mungkin peneroka [[orang Tamil|Tamil]], menganut agama [[Hindu]].<ref name="Oetomo"/> Pedagang Tamil menetap di kerajaan, membawa pengaruh Hindu bersama mereka, dan mereka kemudian bergabung dengan masyarakat Aru.
 
===Ekonomi dan cara hidup==
Masyarakat Aru mencari nafkah dengan menjadi nelayan dan bertani. Namun, kerana tanahnya tidak sesuai untuk pertanian padi, kebanyakan dari mereka menanam kelapa dan pisang, atau komoditi hutan seperti rotan, kapur barus, dan [[pokok Kemenyan|kemenyan]]. Mereka memelihara ayam, itik dan kambing, dan meminum susu. Ketika mereka masuk ke hutan, mereka menggunakan busur dan anak panah beracun untuk perlindungan. Lelaki dan wanita kedua-duanya menutup badan bahagian bawah mereka dengan balutan kain, namun bahagian atasnya tidak ditutup. Mereka memperdagangkan barang komoditi mereka dengan barang-barang asing, termasuk seramik Cina, sutera, dan manik berwarna-warni.<ref name="Suprayitno">{{cite web | title = Kota Rentang dan Hubungannya Dengan Kerajaan Aru | author = Suprayitno | url = https://pussisunimed.wordpress.com/2010/06/26/kota-rantang-dan-hubungannya-dengan-kerajaan-aru/ | language = Indonesian | access-date = 2017-05-12 | archive-url = https://web.archive.org/web/20161229150835/https://pussisunimed.wordpress.com/2010/06/26/kota-rantang-dan-hubungannya-dengan-kerajaan-aru/ | archive-date = 2016-12-29 | url-status = live }}</ref>
 
Penemuan dan artifak arkeologi menunjukkan bahawa Kerajaan Aru telah menjalin hubungan perdagangan dengan India dan China. Menurut rekod China, apabila berbanding dengan Melaka dan Pasai, Aru bukanlah pusat perdagangan yang lebih hebat. Nampaknya Aru gagal bersaing dengan Melaka dan Pasai untuk menarik pedagang Muslim serantau dan global. Ini menyebabkan raja-raja Aru sesekali beralih kepada pe[[lanun]]an dan perompakan,<ref name="Archaeology Highlands of Sumatra-Aru"/> dengan bantuan [[Orang Laut]], suku gipsi laut yang bersekutu dengan Aru.<ref name="Suma-Aru"/>
 
== Rujukan ==