Perbezaan antara semakan "Kerajaan Aru"

1,093 bait ditambah ,  3 bulan lalu
k
 
Penemuan dan artifak arkeologi menunjukkan bahawa Kerajaan Aru telah menjalin hubungan perdagangan dengan India dan China. Menurut rekod China, apabila berbanding dengan Melaka dan Pasai, Aru bukanlah pusat perdagangan yang lebih hebat. Nampaknya Aru gagal bersaing dengan Melaka dan Pasai untuk menarik pedagang Muslim serantau dan global. Ini menyebabkan raja-raja Aru sesekali beralih kepada pe[[lanun]]an dan perompakan,<ref name="Archaeology Highlands of Sumatra-Aru"/> dengan bantuan [[Orang Laut]], suku gipsi laut yang bersekutu dengan Aru.<ref name="Suma-Aru"/>
 
===Budaya===
Rekod-rekod China menyebutkan bahawa budaya Aru, seperti adat istiadat, tradisi perkahwinan dan pemakaman, bahasa dan perdagangan, sangat mirip dengan budaya Melaka, Pasai, dan Jawa. Sumber-sumber semula jadi dan komoditi yang diperdagangkan di sana juga serupa dengan negara-negara lain di wilayah ini.
 
Menurut ''Sulalatus Salatin'', Kerajaan Aru menerapkan etika dan [[Etnik Melayu#Budaya|budaya]] istana Melayu; raja-raja mereka menggunakan [[Darjah kebesaran Melayu|gaya dan gelaran Melayu]] seperti "Raja Pahlawan" dan "Sri Indra". Namun, [[masuk Melayu|akulturasi Melayu]] yang terjadi tidak sepenuhnya, kerana jejak budaya bukan Melayu, iaitu unsur asli Karo, masih bertahan hingga hari ini.
 
Aru mengekalkan hubungan budaya dan perdagangan yang erat dengan kerabat mereka di pedalaman, orang Karo di [[Tanah Karo]], pada masa mereka masih mempraktikkan bentuk asli animisme dan paganisme, termasuk praktik adat kanibalisme.<ref name="Munoz-Aru"/> Oleh itu, di lihat dari perspektif rekod asing, wilayah Aru terkenal sebagai asal dari orang-orang kanibal yang buas.<ref name="Suma-Aru"/>
 
== Rujukan ==
{{reflist|2}}
 
{{tunas-sejarah}}
[[Kategori:Kerajaan di Nusantara]]
2,244

suntingan