Wings (kumpulan muzik Malaysia): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 106:
Tanggal 31 Oktober 2015 Wings telah mengadakan konsert berskala besar dan bersejarah yang bertemakan 'Konsert Wings 30 Tahun' di [[Stadium Merdeka]] [[Kuala Lumpur]] yang berjaya memukau lebih 20 ribu penonton. Tirai konsert berkenaan telah dibuka oleh beberapa artis jemputan iaitu Dato [[Hattan]], Ito [[Blues Gang]], [[Afdlin Shauki bin Aksan|Afdlin Shauki]], Azlan & Typewriter, Razlan Kristal, Aweera, Bila (AF 2015), [[One Nation Emcees (album One Nation Emcees)|One Nation Emcees]] serta persembahan lawak oleh [[Saiful Apek]] dan [[Yassin Yahya]]. Sejurus tiba kemunculan Wings penonton menjadi semakin gamat, terkejut dan teruja apabila Wings tampil mengimbau kembali dengan berpakaian imej rock 80an. Konsert ini juga adalah konsert untuk kebajikan bagi bersedia memberi sumbangan kepada mangsa - mangsa banjir akan datang. Awie muncul dengan berimej ala-ala penggusti lagenda Hiburan Gusti Dunia (WWE) The Ultimate Warrior. Konsert yang hebat dan bertenaga itu telah dimeriahkan sekali oleh bekas-bekas anggota Wings iaitu Mel, Mus, Sham dan Jojet. Wings telah menyampaikan sebanyak 28 buah lagu popular temasuk sebuah lagu baharu popular 'Ingatkan Dia'. Biarpun cuaca dalam keadaan hujan pada malam itu namun penonton langsung tidak berganjak sehingga konsert yang berjalan lancar itu selesai kira-kira jam pukul 3 pagi. Berbagai kemudahan telah disediakan untuk peminat-peminat setia seperti menyediakan hotel penginapan dengan harga yang berpatutan dan khidmat 'bus shuttle' untuk tarikh konsert itu. Sebelum tarikh konsert tersebut, Wings telah mengambil masa lebih kurang lima bulan untuk turun ke padang dengan menjelajah keseluruh tanahair untuk melancarkan promosi jualan tiket secara besar-besaran sambil diiringi dengan penyatuan beberapa kumpulan kelab motorsikal berkuasa tinggi yang diketuai oleh [[Awie]]. Selain itu sebelum tarikh konsert tersebut itu juga Wings turut melancarkan promosi untuk konsert besar itu seperti himpunan artis-artis Malaysia bersama kelab peminat Sayap2Wings di Swiss-Garden Hotel & Residences Kuala Lumpur dan tidak lama kemudian Wings telah menjayakan 'Hightlights Konsert Wings 30 Tahun' di [[Dataran Merdeka]] [[Kuala Lumpur]].
 
Pengunduran, penyingkiran atau pertukaran anggota termasuk penyanyi didalam sesebuah artis berkumpulan memang sudah menjadi perkara lumrah. Kumpulan Wings juga turut tidak terkecuali dari masalah sebegini, seperti anggota sebelum ini iaitu Awie, Mel, Mus, Sham, Black dan Jojet pernah terbang untuk bertukar angin atau berundur dari Wings. Terkini khabar angin giliran Joe pula telah terbang mula hangat diperkatakan dibeberapa laman blog internet. Dipenghujung tahun 2016 peminat digemparkan khabar angin berita Joe disingkir oleh Awie dari Wings. Khabar angin itu menular dibeberapa laman blog internet dengan sekelip mata dan sekaligus menjadi seribu dalam satu persoalan oleh para peminat melalui dilaman sosial. Namun Awie enggan mengulas berita khabar angin itu dan beliau meminta kepada semua pihak agar mereka diberi ruang untuk menyelesaikan kemelut khabar angin itu. Dalam daripada itu juga Awie menafikan Joe telah disingkir dari Wings dan Awie akui bahawa Joe masih lagi bersama Wings. Ini berikutan Awie mahu menenangkan situasi para peminat yang begitu resah dengan khabar angin itu. Manakala Joe sering mengelakkan diri untuk ditemuramah oleh wartawan. Turut menjadi seribu persoalannya juga, Wings muncul tanpa Joe dalam konsert jemputan di dua tempat yang berbeza iaitu di Pulau Pinang dan Melaka. Selagi Awie dan Joe tidak mengeluarkan sebarang jawapan sah tentang khabar angin tersebut selagi itu para peminat begitu resah dan tidak sabar-sabar untuk mengetahui jawapan sebenar berita yang sahih itu. Setelah beberapa bulan khabar angin itu tersebar luas dilaman sosial, akhirnya pada awal tahun 2017 Awie mengumumkan dan menjawap kesahihan berita itu bahawa Joe sah berundur dari Wings. Sumber mendapati ia adalah berpunca Joe atas kegagalan konsert di Kota Kinabalu Sabah yang sepatutnya berlangsung pada Disember 2016. Biarpun Joe telah disahkan terbang dan membawa haluannya, Awie tetap enggan memberi ulasan lebih lanjut kepada wartawan tentang kemelut pengunduran Joe kerana beliau mahu menjaga semangat keharmonian sahabat bintang sejagatnya (Joe) itu dan lain-lain pihak terdekat, begitu juga sebaliknya Joe turut enggan mengulas lanjut kepada wartawan tentang kemelut yang melanda dirinya dengan Wings. Kepincangan antara Joe dari kumpulan itu turut merencatkan Wings sehingga rata-rata peminat setia tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewa yang telahpun menjadi bahan perbualan hangat dan kritikan hebat dilaman sosial kerana keserasian antara Joe dan Wings yang sudah begitu lama bersama serta sudahpun dianggap seperti adik beradik. Peminat-peminat beranggapan Wings tidak sempurna tanpa Joe yang diibarat '''''Keris Tak Bersarung'''''. Berita musibah ini juga adalah titik hitam yang menimpa dalan karier Wings. Kini Wings tinggal bertiga iaitu Awie, Eddie dan Black. Awie tetap memperjuangkan Wings walaupun tanpa Joe yang dikasihi Wings. Disamping itu Awie telah membuat keputusan muktamad atau kata putus bahawa Wings tidak akan mencari pengganti pemain gitar utamanya (Selain Syam dan Edrie adalah sebagai pemain gitar utama undangan) dan juga tidak bermusuh dengan Joe mahupun diri Joe sendiri yang juga tidak bermusuh dengan Awie. Menurut Awie lagi, Wings tidak hirau tanpa khidmat Joe kerana Awie berpendapat masih ramai lagi pemain gitar utama yang berbakat besar termasuk Syam (Pemain gitar utama asal Wings) jika Wings mahu memerlukan khidmat pengganti Joe selaku pemain gitar utama. Joe akui tetap menyokong Wings secara terbuka. Awie dan Joe tidak sesekali timbul perasaan dendam atau benci diantara satu sama lain. Manakala Awie akui lebih selesa bertiga dalam Wings. Tidak lama kemudian Joe mendapat angin baharu dengan menampilkan kumpulan terbaharunya iaitu Prime Domestic setelah 28 tahun beliau mengharungi sukaduka bersama Wings. Sementara itu kemunculan pertama Prime Domestic Joe meminta kepada semua pihak agar hanya Wings sahaja yang tahu dan tiada lagi mana-mana pihak yang masih menyoal tentang kemelut pengundurannya dari Wings. Sehingga kini rata-rata para peminat setia tetap berharap kemelut yang melanda antara Joe dan Wings dapat mengakhirkan kata sepakat agar Joe kembali kepangkuan Wings yang kini dikatakan patah sebelah sayap.<ref>[http://www.nst.com.my/news/2017/02/216203/joe-pursuing-own-activity-still-wings-says-awie Joe 'no longer with Wings', says Awie.]</ref>
 
Buat kali ke 4 Wings mengegarkan lagi IB dengan buat julung kali tanpa kelibat Joe selaku pemain gitar utama sejak beliau menyertai Wings dalam tempoh 28 tahun. Konsert yang bertema Wings & Superfriends - Belenggu Irama - berlangsung pada 6, 7, 8 dan 9 April 2017. Nama Syam (Bekas pemain asal gitar utama Wings) sering disebut-sebut oleh para peminat untuk menggantikan tempat kekosongan Joe untuk konsert kali ini kerana ia pilihan paling tepat dengan tema album pertama 'Belenggu Irama'. Konsert kali ini adalah konsert kebajikan untuk membantu artis-artis yang pernah menaikkan irama rock yang kini telah ditimpa musibah, teraniaya dan kesusahan khas untuk Yazid (Search) dan sebagainya. Konsert itu juga turut dimeriahkan oleh penyanyi no. 1 negara Dato [[Siti Nurhaliza binti Tarudin|Siti Nurhaliza]] yang menyampaikan lagu 'Sejati' selain itu Dato [[Hattan]], Dato [[M. Nasir]], Ito [[Blues Gang]], Razlan (Kristal), Dato [[Nashrudin Elias|Nash]], [[Jaclyn Victor]], [[Liza Hanim]], Sahara Yaakob dan ramai lagi. Lebih berbangga jualan tiket konsert itu habis dijual dalam tempoh empat malam berturut-turut.