Aziz Singah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Pengemasan.
Pengemasan.
Baris 18:
}}
 
'''Datuk Abdul Aziz Eddy Zaid Singah''' (3 Oktober 1941-11941–1 Julai 2016) merupakan pelakon lelaki [[Malaysia]] yang bergiat aktif di televisyen dan filem. Dengan kerjayanya yang bertahan selama lima dekad, beliau telah membintangi lebih 500 drama dan 13 filem sepanjang hayatnya.<ref>Farhana Ab Rahman (2 Julai 2016). [https://www.bharian.com.my/node/170658 Aziz Singah sukar dicari ganti - Yusof Haslam] ''[[Berita Harian]]''. Dicapai pada 24 November 2016.</ref>
 
==Kehidupan dan kerjaya==
Dilahirkan di [[Rembau]], [[Negeri Sembilan]], Aziz meniti kehidupan ketika kanak-kanak tanpa belaian seorang bapa.<ref name="Asal usul nama Singah"/> Dalam temuramah pada Ogos 1998, beliau menceritakan yang bapanya seorang askar sama unit dengan [[Leftenan Adnan]] terkorban pada usia 24 tahun dibunuh tentera Jepun sewaktu [[Perang Dunia Kedua]]. Usia Aziz ketika itu dua bulan.<ref name="Asal usul nama Singah"/> Aziz memulakan kerjaya awal sebagai Penyelia Kolej Makmal Dockyard, Sembawang, Singapura (1960-1964), Juruhebah Radio Televisyen Singapura (1964-1971), Juruhebah, Penerbit Drama Radio, Penyelia dan Ketua Unit Kasting RTM (1971-1992).<ref name="Asal usul nama Singah"/>