Pilihan raya umum Malaysia 1999: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 115.135.69.43 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Addbot
k Kemasan
Baris 5:
 
==Gambaran keseluruhan==
Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 merupakan kali pertama di Malaysia yang mana sebuah parti campuran pembangkang telah ditubuhkan untuk mewujudkan sebuah sistem politik dwiparti bagi tujuan menentang keunggulan [[Barisan Nasional]] yang telah memerintah secara berterusan sejak kemerdekaan. Digelarkan [[Barisan Alternatif]] (BA), parti campuran ini terdiri daripada [[Parti Islam SeMalaysiaSe-Malaysia]] (PAS), [[Parti Tindakan Demokratik]] (DAP), dan [[Parti Keadilan Rakyat|Parti Keadilan]].
 
Parti Keadilan telah ditubuhkan oleh Datin Seri Dr. [[Wan Azizah Wan Ismail]] pada [[4 April]] [[1999]], selepas suaminya, bekas Timbalan Perdana Menteri [[Anwar Ibrahim]], telah ditahan oleh pihak polis atas tuduhan-tuduhan yang dianggap secara meluas sebagai ditimbulkan oleh alasan politik dan pertentangan pendapat antara [[Perdana Menteri Malaysia|Perdana Menteri]] [[Mahathir bin Mohammad|Datuk Seri Dr Mahathir Mohammad]] dengan timbalannya.
Baris 11:
Dengan sentimen-sentimen anti-Mahathir yang amat kuat ketika itu, khususnya di kalangan orang-orang [[Melayu]], pilihan raya ini memberikan peluang yang terbaik untuk parti-parti pembangkang menafikan Barisan Nasional satu majoriti dua pertiga dalam [[Dewan Rakyat]], jika bukan untuk mengambil alih kerajaan Malaysia. Selain itu, BA sebagai satu kumpulan pembangkang yang padu jelas merupakan satu kuasa yang lebih sukar diatasi berbanding pilihanraya-pilihanraya yang lalu: kepaduan BA membolehkannya untuk menentang BN dalam satu pertandingan satu lawan satu antara dua parti. Ini bermakna bahawa BN tidak boleh mengharapkan undi perpecahan antara pesaing-pesaing pembangkang yang sering berlaku pada masa dahulu. Oleh itu, Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 bukannya satu pilihan raya biasa yang mana keputusannya merupakan sesuatu yang sudah pasti seperti dahulu.
 
Bagaimanapun, ideologi-ideologi yang bertentangan sama sekali antara parti-parti komponen BA, khususnya antara [[Parti Islam Se-Malaysia|PAS]] dan DAP, telah mengakibatkan pertikaian-pertikaian dalam Barisan Alternatif yang mengurangkan keberkesanan parti campuran pembangkang ini. Oleh sebab [[Parti Islam Se-Malaysia|PAS]] merupakan "Abang" dalam parti campuran ini, parti ini telah berjaya untuk memaksakan manisfesto partinya yang menegaskan pembentukan sebuah negara Islam untuk dijadikan manisfesto Barisan Alternatif.
 
Akhirnya, keputusan pilihan raya 1999 hanya merupakan satu lagi pengulangan keputusan dari segi bahawa Barisan Nasional masih membentuk kerajaan dan parti-parti pembangkang kekal merupakan parti pembangkang.
Baris 18:
6,631,094 daripada 9,564,071 pengundi berdaftar mengundi dalam pilihan raya ini yang melihat BN dikembalikan untuk membentuk kerajaan Malaysia. Walaupun jumlah kerusi parlimennya sebanyak 148 jatuh 8.6% berbanding 162 kerusi yang diperoleh pada tahun 1995, pencapaian BN masih jauh lebih tinggi berbanding 129 kerusi yang diperlukan untuk memperoleh satu majoriti dua pertiga. Selain itu, BN juga memenangi semua pilihan raya negeri, kecuali [[Kelantan]] dan [[Terengganu]].
 
[[Parti Islam Se-Malaysia|PAS]] mencapai prestasi yang amat baik. Selain daripada mengekalkan negeri Kelantan, parti ini juga mengambil alih kerajaan Trengganu daripada BN. Kekuatan [[Parti Islam Se-Malaysia|PAS]] di Parlimen bertambah dari hanya 7 kerusi pada tahun 1995 sehingga 27 kerusi, iaitu satu lompatan hampir empat kali ganda. Serupa juga pada peringkat negeri, kekuatannya bertambah hampir tiga kali ganda dari 33 kerusi sehingga 98 kerusi dalam pilihan raya ini. Berdasarkan keputusan ini, [[Parti Islam Se-Malaysia|PAS]] mengambil alih kepimpinan pembangkang dalam Parlimen yang dipegang oleh [[Lim Kit Siang]] daripada parti DAP.
 
Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 tidak begitu baik untuk parti DAP. Walaupun parti ini berjaya untuk mendapat lagi satu kerusi berbanding sembilan kerusi pada tahun 1995, iaitu satu kenaikan 11%, kedua-dua ahli kuatnya, iaitu Lim Kit Siang dan [[Karpal Singh]] ditewaskan. Perikatan DAP dengan [[Parti Islam Se-Malaysia|PAS]] jelas telah menjejaskan parti ini sehingga mengalami kehilangan sokongan pengundi-pengundi bukan Melayu.
 
Kemenangan 5 kerusi parlimen dan 4 kerusi negeri merupakan satu permulaan yang baik untuk Parti Keadilan, akan tetapi semua pemimpinnya telah ditewaskan dalam pilihan raya ini, kecuali Dr. Wan Azizah. Ini merupakan satu tanda yang amat buruk untuk parti ini. Jika Parti Keadilan telah bertanding secara berasingan tanpa perikatan dengan [[Parti Islam Se-Malaysia|PAS]] dalam BA, keputusannya mungkin akan amat teruk. Walau pun Datuk Seri Anwar Ibrahim memainkan peranan yang ketara sebagai ikon dalam perjuangan parti ini, adalah tidak mungkin bahawa Parti Keadilan akan dapat merupakan parti alternatif untuk undi-undi Melayu.
 
Pilihan raya 1999 telah menunjukkan bahawa BN tidak boleh beranggapan bahawa partinya akan selalu menang. Sokongan Melayu untuk UMNO tidak terjamin, dan kejayaannya dalam pilihan raya ini adalah disebabkan oleh undi-undi pengundi bukan Melayu serta sokongan yang kuat daripada negeri Sabah dan Sarawak.
 
Pilihan raya 1999 juga menunjukkan kemunculan [[Parti Islam Se-Malaysia|PAS]] sebagai sebuah parti yang boleh mengumpulkan undi-undi Melayu. Bagaimanapun, sedangkan Islam jelas mempunyai daya tarikan yang kuat untuk orang ramai di kawasan tengah Melayu, sokongan [[Parti Islam Se-Malaysia|PAS]] untuk sebuah rejim [[Teokrasi|teokratik]] masih tidak dapat diterima oleh penduduk-penduduk bukan Melayu serta banyak orang Melayu moden. Oleh itu, sehingga [[Parti Islam Se-Malaysia|PAS]] mengamalkan pendirian sekular, parti ini tidak boleh berharap untuk menjadi sebuah parti politik negara yang alternatif.
 
Majoriti BN yang amat dikurangkan serta pencapaian parti-parti pembangkang mungkin disebabkan oleh kesedaran yang lebih tinggi di kalangan pengundi terhadap keterlaluan BN, seperti dalam pelaksanaan projek-projek awam secara besar-besaran dan caranya dalam memperlakukan kes Anwar. Ini menimbulkan soalan adakah keputusan pilihan raya ini merupakan satu pertunjukan bantahan terhadap kerajaan BN, berbanding suatu percubaan untuk menggantikannya dengan alternatif yang lain. Bagaimanapun, kemenangan BN pada tahun 1999 merupakan satu sokongan terhadap keutamaan pengundi untuk sebuah kerajaan yang kukuh, iaitu BN, serta untuk kegigihan Dr Mahathir dalam politik Malaysia, termasuk caranya untuk menangani [[Krisis Kewangan Asia 1997]].