Kesultanan Samudera Pasai: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
kTiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 38:
 
== Sejarah ==
Perkataan "Samudera" berasal daripada perkataan [[Sanskrit]], iaitu ''Samundra'' atau ''Samandara'', yang membawa pengertian "lautan". Menurut [[Hikayat Raja-raja Pasai|Hikayat Raja-raja Pasai,]] Merah Silu dikatakan ternampak seekor semut sebesar kucing. Baginda menangkap dan memakannya lalu menamai tempat itu sebagai "Samandara". Merah Silu yang menjadi raja pada tahun [[1267]] kemudian memeluk agama [[Islam]] dan menukarkan namanya menjadi Malikussalih[[Malikussaleh]]. Makam Sultan Malikussalih[[Malikussaleh]] bertarikh 1297 ditulis sepenuhnya dalam [[Bahasa Arab]] dan sekarang ini masih boleh didapati di desa [[Beuringin, Peureulak Barat, Aceh Timur|Beuringin]], Kecamatan [[Samudera, Aceh Utara]].
 
Berdasarkan [[Hikayat Raja-raja Pasai]], menceritakan tentang pendirian Pasai oleh [[Malikussaleh|Merah Silu]], sesudah sebelumnya ia menyingkirkan seorang raja yang bernama Sultan Malik al-Nasser. Merah Silu ini sebelumnya berada pada satu kawasan yg disebut dengan Semerlanga kemudian sesudah naik tahta bergelar [[Malikussaleh|Sultan Malik as-Saleh]], ia wafat pada tahun 696 H atau 1297 M.
 
Dalam [[Hikayat Raja-raja Pasai]] mahupun [[Sulalatus Salatin]] nama Pasai & Samudera telah dipisahkan merujuk pada dua kawasan yang berbeza, namun dalam catatan Tiongkok nama-nama tersebut tak dibezakan sama sekali. [[Marco Polo]] dalam lawatannya mencatat beberapa daftar kerajaan yang ada di Pantai Timur Pulau Sumatera waktu itu, dari selatan ke utara terdapat nama Ferlec (Perlak), Basma dan Samara [Samudera]. Pemerintahan Sultan Malik as-Saleh kemudian dilanjutkan oleh puteranya Sultan Muhammad Malik az-Zahir dari perkawinannya dengan puteri Raja Perlak. Pada masa pemerintahan [[Sultan Muhammad Malik az-Zahir]], koin emas sebagai mata wang telah diperkenalkan di [[Pasai]], seiring dengan berkembangnya Pasai menjadi salah satu kawasan perdagangan sekaligus tempat pengembangan dakwah agama [[Islam]].
 
Sekitar tahun 1326 ia meninggal dunia dan digantikan oleh anaknya [[Sultan Mahmud Malik az-Zahir]] dan memerintah sampai tahun 1345. Pada masa pemerintahannya, ia dikunjungi oleh [[Ibn Batuta]], kemudian menceritakan bahawa sultan di negeri Samatrah [Samudera] menyambutnya dengan penuh keramahan, & penduduknya menganut Mazhab Syafi’i.
 
Selanjutnya pada masa pemerintahan [[Sultan Ahmad Malik az-Zahir]] putera Sultan Mahmud Malik az-Zahir, datang serangan dari [[Majapahit]] antara tahun 1345 dan 1350, menyebabkan Sultan Pasai terpaksa melarikan diri dari ibu kota kerajaan. Kesultanan Pasai juga dikenali dengan nama Samudera Darussalam, atau Samudera Pasai, ialah kerajaan Islam yang terletak di pesisir pantai utara Sumatera, terletak di sekitar [[Lhokseumawe|Kota Lhokseumawe]] dan [[Aceh Utara|Aceh Utara,]] [[Aceh|Provinsi Aceh]], [[Indonesia]].
 
== Salasilah Pemerintah Kerajaan Samudera Pasai ==