Partai Komunis Indonesia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Jeluang Terluang (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Teg: Suntingan sumber 2017
Jeluang Terluang (bincang | sumb.)
Teg-teg: Lencongan baharu Suntingan sumber 2017
Baris 1:
== Pembentukan#LENCONG [[Parti Komunis Indonesia ==]]
{{unreferenced|date=Jun 2020}}
{{Infobox political party
|colorcode = red
|name = Partai Komunis Indonesia
|logo = Communist Party of Indonesia.svg
|founder = [[Henk Sneevliet]]
|founded = [[23 Mei]] [[1914]]
|headquarters = [[Jakarta|Djakarta]]
|newspaper = ''Soeara Rakjat''<br> ''Harian Rakyat''
|membership_year = [[1960]]
|membership = 3 million
|dissolved = [[12 March]] [[1966]]
|ideology = [[Komunis]], [[Marxisme-Leninisme]]
|international = [[Comintern]] (until 1943)
|colors = Merah
|youth_wing = [[People's Youth (Indonesia)|People's Youth]]
|wing1_title = Women's wing
|wing1 = [[Gerwani]]
|wing2_title = Labour wing
|wing2 = [[Sentral Organisasi Buruh Seluruh Indonesia|SOBSI]]
|wing3_title = Peasant wing
|wing3 = [[Peasants Front of Indonesia|BTI]]
|student_wing = [[Consentrasi Gerakan Mahasiswa Indonesia|CGMI]]
|symbol = [[Hammer and Sickle]]
|state = Indonesia
}}
[[Image:Hammer and sickle.svg|thumb|right|150px|[[Palu]] [[Arit]] sebagai logo rasmi PKI dan semua parti komunis di seluruh dunia]]
'''Partai Komunis Indonesia''' (singkatan: '''PKI''') ialah [[parti komunis]] terbesar bukan pememerintah dalam dunia sebelum dikalahkan pada [[1965]] dan diharamkan pada tahun berikutnya.
 
== Sebelum PKI ==
Organisasi sebelum PKI ditubuhkan atas inisiatif sosialis Belanda ''Henk Sneevliet'' pada tahun 1914, di bawah nama '''''Indische Sociaal-Democratische Vereeniging''''' atau ISDV (Inggeris: ''Indies Social Democratic Association'', "Pertubuhan Demokrasi Sosial Hindia"). ISDV dianggotai oleh 85 orang ahli daripada dua parti sosialis Belanda, SDAP dan SDP, yang aktif di Hindia Timur. Ahli Belanda dalam ISDV memperkenalkan idea Marxisme dan mengajar orang Indonesia untuk menentang penjajah.
 
Pada Oktober 1915, ISDV menerbitkan ''Het Vrije Woord'' (''Kata Merdeka''). Penyuntingnya ialah Adolf Baars. ISDV tidak menuntut kemerdekaan pada masa penubuhannya. Pada masa ini, ISDV mempunyai 100 orang ahli dan hanya tiga orang terdiri daripada orang Indonesia<!--Tapi Indonesia masih belum wujud ketika ini-->. Tetapi, parti ini bergerak ke arah radikal dan antikapitalis dengan cepat. Di bawah Sennevliet, ISDV tidak selesa berada di bawah telunjuk SDAP di Belanda yang mengasingkan diri mereka daripada ISDV. Pada tahun 1917, bahagian reformis dalam ISDV berpecah dan membentuk parti sendiri. Pada 1917, ISDV melancarkan penerbitan pertama dalam bahasa Indonesia, ''Soeara Merdeka'' (''Suara Merdeka'').
 
ISDV di bawah Sneevliet memandang legasi [[Revolusi Oktober]] sebagai jalan yang harus dipilih untuk Indonesia. Kumpulan ini berjaya mempengaruhi tentera laut dan tentera darat yang ditempatkan di koloni. [[Pengawal Merah]] dibentuk dan dalam masa tiga bulan jumlah mereka mencapai 3,000 orang. Pada akhir 1917, pemberontakan tentera laut dan darat tercetus di [[Surabaya]] yang merupakan pengkalan tentera laut pada masa itu lantas membentuk dewan soviet. Pihak berkuasa penjajah menekan dewan soviet Surabaya dan ISDV. Pemimpin belanda ISDV dihantar pulang ke Belanda termasuk Sneevliet. Pemimpin-pemimpin tentera yang memberontak pula dihukum penjara selama 40 tahun.
 
Sementara itu, ISDV menubuhkan satu blok dalam pertubuhan antipenjajah [[Sarekat Islam]]. Dua orang ahli Sarekat Islam dari Semarang, Semaun dan Darsono tertarik dengan idea Sneevliet. Hasil daripada strategi Sneevliet ini, ramai ahli Sarekat Islam terpengaruh untuk menubuhkan satu lagi parti yang didominasi ideologi Marxisme iaitu [[Sarekat Rakjat]] (Sarekat Rakyat).
 
ISDV terus bergerak secara halus. Ia melancarkan sebuah lagi terbitan iaitu ''Soeara Rakyat''. Selepas beberapa kader Belanda meninggalkan secara terpaksa, ditambah dengan kerja-kerja yang dilakukan dalam Sarekat Islam, keahlian ISDV berubah daripada majoritinya orang Belanda kepada majoritinya orang Indonesia. Pada 1919, ia hanya mempunyai 25 orang ahli belanda daripada jumlah kesemuanya 400 orang.
 
== Pembentukan Parti Komunis Indonesia ==
Pada Kongres ISDV di [[Semarang]] (23 Mei 1920), nama organisasi ini diubah menjadi '''Perserikatan Komunis di Hindia'''. [[Semaun]] diangkat sebagai presiden parti sementara [[Darsosno]] sebagai [[timbalan presiden]]. Setiausaha, bendahari dan tiga daripada lima ahli jawatankuasa pula terdiri daripada orang Belanda.
 
PKH ialah partai komunis pertama di [[Asia]] yang menjadi sebahagian daripada [[Komunis Antarabangsa]]. [[Henk Sneevliet]] mewakili parti ini pada kongres kedua Komunis Antarabangsa pada [[1921]].
 
Pada [[1924]] nama parti ini sekali lagi diubah; kali ini menjadi Parti Komunis Indonesia (PKI).
 
== Rujukan ==
{{reflist}}
 
[[Kategori:Parti komunis di Asia]]
[[Kategori:Parti politik Indonesia]]