Bront Palarae: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Hafiz Sariman (bincang | sumb.)
Memperbaiki tatabahasa.
Baris 15:
'''Nasrul Suhaimin bin Saifuddin''' atau lebih dikenali sebagai '''Bront Palarae''' (lahir 27 September 1978) ialah seorang pelakon, penerbit, pengarah, penulis lakonlayar dan pengacara televisyen [[Malaysia]].<ref name="NST">{{cite web|url=http://www.nst.com.my/life-times/sunday-life-times/man-for-all-roles-1.360636 |last1=Chua |first1=Dennis |date=22 September 2013|title=Man for all roles |accessdate=26 January 2014|url-status=dead|archiveurl=https://web.archive.org/web/20140202232843/http://www.nst.com.my/life-times/sunday-life-times/man-for-all-roles-1.360636 |archivedate=2 February 2014 |df=dmy }}</ref> Bront memulakan kerjaya lakonan menerusi peranan kecil dalam drama ''Mat Nor Kusyairi and the Velveboys'' (2000) dan peranan pembantu dalam ''Dengan Nama Cinta'' (2003), kemudian mendapat peranan utama dalam ''Cinta Tsunami'' (2005). Beliau membuat penampilan sulungnya di layar lebar menerusi watak sampingan dalam filem ''[[Lang Buana]]'' (2003), serta telah membintangi beberapa filem terkenal yang menerima pengiktirafan kritis termasuk ''[[Castello]]'' dan ''[[Tipah Tertipu The Movie]]'' (kedua-duanya 2006), ''[[Anak Halal]]'' (2007), ''[[Kala Malam Bulan Mengambang]]'' (2008), ''[[V3: Samseng Jalanan]]'' dan ''[[Belukar (filem)|Belukar]]'' (2010), ''[[Ombak Rindu (filem)|Ombak Rindu]]'' (2011), dan ''[[Terbaik dari Langit]]'' (2014).
 
Bront memulakan kerjaya antarabangsanya pada tahun 2015 menerusi filem Jepun, ''Redemption Night'', seterusnya muncul dalam filem Indonesia, ''Headshot'' (2016). Sebagai kru filem, beliau telah mengarahkan beberapa filem termasuk ''[[Kolumpo]]'' (2013) yang mana beliau turut berkhidmat sebagai penulis skrip dan penerbit. Bront telah meraih anugerah [[Pelakon Lelaki Terbaik (FFM)|Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Utama]] di [[Festival Filem Malaysia ke-23]] pada 2010 menerusi lakonan berkesannya sebagai penyiasat insurans dalam filem ''Belukar''. Pada Jun 2018, ''[[Harian Metro]]'' menyenaraikan beliau sebagai salah seorang dari 10 pelakon popular yang meraih pengiktirafan di peringkat global.<ref name="Harum di pentas">{{cite news|author=Amirul Haswendy Ashari|date=30 Jun 2018|url=https://www.hmetro.com.my/rap/2018/06/353173/harum-di-pentas-dunia|title=Harum di pentas dunia|publisher=[[Harian Metro]]|accessdate=30 Jun 2018}}</ref> Beliau juga aktif mencipta nama sebagai pelakon di negara jiran, [[Indonesia]].<ref>{{Cite web|url=https://www.hmetro.com.my/utama/2020/01/538676/bina-nama-di-seberang|title=Bina nama di seberang|author=Georgie Joseph|work=[[Harian Metro]]|date=27 Januari 2020|access-date=4 Februari 2020}}</ref><ref>{{Cite web|url=https://www.hmetro.com.my/rap/2019/09/494494/bront-makin-laris-di-indonesia|title=Bront makin laris di Indonesia|author=Cik Pang|work=[[Harian Metro]]|date=8 September 2019|access-date=4 Februari 2020}}</ref><ref>{{Cite web|url=https://www.hmetro.com.my/rap/2017/11/284940/kian-menyerlah-di-seberang|title=Kian menyerlah di seberang|author=Ramlah Zainal|work=[[Harian Metro]]|date=18 November 2017|access-date=4 Februari 2018}}</ref>
 
== Kehidupan awal ==