Maktab Rendah Sains MARA Tun Ghafar Baba: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 29:
Maktab Rendah Sains MARA Tun Ghafar Baba ditubuhkan pada tahun [[1981]] dan terletak di daerah [[Jasin]] di atas satu kawasan seluas 50 ekar. Perasmian tapak telah disempurnakan oleh [[Ketua Menteri]] Negeri [[Melaka]] ketika itu YAB Datuk Mohd Adib Adam pada [[21 Jun]] 1981. Pembangunan fasa pertama mengandungi Blok Akademik, Blok Pentadbiran, Blok Asrama, Dewan Selera, Dewan Kuliah, Dewan Besar, Pusat Sumber Ilmu dan Blok Makmal. Pengambilan pelajar pertama ialah pada 2 Ogos 1982 terdiri dari 150 orang pelajar tingkatan satu dan 150 orang pelajar tingkatan dua. Manakala bilangan guru ialah seramai 16 orang. Pembukaan rasmi maktab ini telah dijalankan pada 8 Mac 1984 oleh Timbalan Perdana Menteri [[Datuk Musa Hitam]].
 
MRSM Tun Ghafar Baba mengalami proses pembesaran, dan pada tahun 1992, pengambilan masuk melebihi 1000 orang pelajar terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dan 5 sahaja. Kini MRSM Tun Ghafar Baba mempunyai 2 buah Dewan Besar, Bangunan Pentadbiran, 4 Blok Asrama lelaki, 3 Blok Asrama Perempuan, 2 Buah Dewan Selera, 2 Blok Bangunan AkedamikAkademik, Makmal Komputer Pusat Sumber, Kolam Renang, 2 Blok Bangunan Makmal dan Kemudahan sukan seperti padang 4 buah gelanggang tenis, 2 buah gelanggang bola keranjang, 3 buah gelanggang bola tampar dan 3 buah gelanggang sepak takraw.
 
Pada tahun 1996, MRSM Tun Ghafar Baba telah mengikuti Program Khas Pendidikan (PKP) sepenuhnya sehinggalah sekarang. Setakat tahun 2006 (SPM 2005), MRSM Tun Ghafar Baba telah menghasilkan lebih kurang 8000 pelajar yang berjaya. Sempena menyambut ulang tahun ke-25 ,MRSM Jasin ditukar nama kepada MRSM Tun Ghafar Baba pada 25/7/2006 oleh Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi, Y.B [[Mohamed Khaled Nordin|Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin]].
 
== Lagu Rasmi Maktab ==
Baris 112:
==Lokasi==
 
<center>[[Fail:Pelan-Lokasi-MRSMTGB.jpg|link=Special:FilePath/Pelan-Lokasi-MRSMTGB.jpg]]</center>
 
<center>''Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas''</center>